Laman Utama Terkini Festival ‘Kejam’ Daging Anjing Di China Perlu Dihentikan

Festival ‘Kejam’ Daging Anjing Di China Perlu Dihentikan

624

FESTIVAL daging anjing di Yulin, China, perlu dihentikan dengan serta-merta kerana festival ini melibatkan berpuluh ribu anjing dijadikan korban dengan kejam tanpa belas kasihan.

Menurut sumber, setiap tahun, sekurang-kurangnya 10 ribu ekor anjing akan dijadikan santapan dan dibunuh hidup-hidup sama ada dibakar atau direbus dengan zalim.

Walaupun dibantah, festival tersebut tetap diteruskan walaupun dihalang oleh pihak berkuasa atau pun tidak.

Festival tidak berperikemanusian ini lazimnya dijalankan di wilayah Guangxi bagi menyambut solstis bulan Jun dengan mengorbankan anjing yang kebanyakan adalah anjing peliharaan orang ramai yang dicuri.

wm 3

Bagi menghentikan gejala ini, pihak bertanggungjawab memohon sokongan orang ramai dari seluruh dunia untuk menyokong kempen yang dilancarkan bagi meletakkan tekanan terhadap penganjur festival itu.

Turut memberi sokongan serta menggalakkan protes terhadap festival ini berlansung, pelawak, Ricky Gervais juga mengambil bahagian dalam usaha menghentikan festival ini.

Sedih melihat kekejaman yang berlaku kepada haiwan seperti anjing ini dijadikan korban, tidak terlepas kucing juga antara yang menjadi mangsa kepada golongan yang tidak berhati perut ini.

Diharapkan festival seumpama ini dapat dihentikan serta-merta dan tidak lagi dianjurkan kerana kekejaman yang berlaku kepada haiwan seperti ini sememangnya tidak boleh diterima.

wm

– MYNEWSHUB.CC

Komen

comments