Penajaan Program Haji 1MDB Libatkan Lebih RM56 Juta 

KUALA NERUS – Penajaan  Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB)  yang melibatkan lebih RM56  juta  sejak  2011, memberi manfaat kepada  5,711 orang  di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Program berkenaan,  Datuk Jailani Ngah  berkata  jumlah tersebut tidak termasuk subsidi  yang disediakan pihak kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa komited untuk meneruskan program itu meskipun  melibatkan jumlah  yang besar  dan dikecam pelbagai pihak.

Katanya  jumlah bayaran  bagi mengerjakan  Haji tahun ini ditetapkan sebanyak  RM9,980 manakala subsidi  diberikan sebanyak  RM9,570 bagi seorang jemaah.

“Tahun ini seramai  1,100 jemaah telah  ditawarkan menyertai  program ini. Antara calonnya  ialah  Imam, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Yayasan Pondok, Guru Tahfiz…ada juga  di kalangan pengamal  media dan tok batin,”  katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  majlis  penyerahan  surat  jemputan  program berkenaan  yang disampaikan  oleh  Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di sini hari ini.

Mengikut rekod,  program tersebut  melibatkan seramai  111 orang  pada  2011 dan  400 orang  (2012) serta    776 orang  (2013)  manakala  tiga tahun selepasnya  masing-masing  melibatkan seramai  984 orang, 1,181 orang dan 1,090 orang.

Sementara itu, menerusi majlis hari ini,  seramai 87 orang menerima  surat tawaran masing-masing  dan dijangka berlepas  ke Madinah menerusi penerbangan terakhir antara  9,10 dan 11 Ogos  sebelum ke Makkah.

Sementara itu, menerusi majlis hari ini,  seramai 87 orang menerima  surat tawaran masing-masing  dan dijangka berlepas  ke Madinah menerusi penerbangan terakhir antara  9,10 dan 11 Ogos  sebelum ke Makkah.

Empat orang pengamal media turut menerima  surat  tawaran hari ini dan rata-rata mereka mengucapkan syukur kerana berpeluang menunaikan  Haji menerusi tajaan tersebut.

Tuan Azam Tuan Johan, 65, yang merupakan  wartawan sambilan Bernama, berkata  jika  menunggu giliran  sepertimana ditetapkan Tabung Haji, beliau  perlu menunggu  10 tahun lagi untuk ke Tanah  Suci.

“Tidak terkata gembiranya apabila menerima tawaran ini. Setelah pencen saya bukan sahaja menjadi wartawan sambilan  tetapi juga merupakan  Pengerusi JKKK di kampung  Seberang Tuan Chik, di sini dan peluang ini akan dimanfaatkan   sepenuhnya bukan  semata-mata untuk beribadah tetapi  juga  membantu  pihak pengurusan sekiranya diperlukan nanti,”  katanya.

Pengamal media lain ialah  Ruslan Abdul Rahman  iaitu  Timbalan Pengarah  (Operasi) Unit Komunikasi  Negeri, Mohd Yassin Embong  (Pemasaran  akhbar  New  Straits  Times) dan Khalid Abdullah (RTM). – BERNAMA

Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta

LOS ANGELES – Sebuah unit robot R2-D2 yang digunakan dalam beberapa filem  Star Wars  berjaya dijual pada harga hampir AS$3 juta (RM12.02 juta), kata agensi pelelong di selatan California.

Agensi di Los Angeles itu dalam katalog profil sejarahnya berkata, robot tersebut dipasang daripada bahagian yang digunakan dalam tiga filem  Star Wars  di antara 1977 dan 1983 dan dua filem di antara 1999 dan 2005.

Watak setinggi 109 sentimeter itu sebahagian besarnya dilakonkan aktor Inggeris, Kenny Baker yang terkenal dengan jenakanya.

Difahamkan, robot yang dijual itu mempunyai alat mekanikal dalaman dan bahagian luarnya diperbuat daripada aluminium, besi dan gentian kaca.

Pembeli yang enggan dikenali itu membayar AS$2.76 juta (RM11.85 juta) untuk robot itu, menjadikan ia lelongan termahal dalam sesi tiga hari membabitkan peralatan lakonan Hollywood.

Ia termasuk banyak alat lakonan lain daripada syarikat Lucasfilm, dengan lelongan keseluruhan berjumlah AS$14 juta (RM60.11 juta).

Pedang cahaya Skywalker daripada dua filem pertama,  ‘A New Hope’  dan  ‘The Empire Strikes Back’  berjaya dilelong pada harga AS$450,000 (RM1.93 juta).

Manakala topeng Darth Vader daripada filem asal dijual pada harga AS$96,000 (RM412,000).  – AFP/BH ONLINE

Wan Azizah, PH Dapat Malu Radar Tentera Tak Hilang

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan yang dihebahkan secara meluas oleh media-media propembangkang kononnya sebuah kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy menjelaskan, kontena itu sebenarnya tidak hilang, tetapi telah sampai ke destinasi yang ditujui iaitu Pelabuhan Rotterdam di Belanda.

Beliau turut menjelaskan siasatan JKDM berhubung peralatan itu sebelum ini sebenarnya menjurus kepada prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit dibawah Akta Perdagangan Strategik (ISTA) 2010.

“JKDM menafikan kenyataan tersebut kerana kontena yang mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi yang dilaporkan hilang sebenarnya telah sampai ke destinasi yang ditujui,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin Pakatan Harapan hari ini dengan penuh ghairah mengecam dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia diatas dakwaan tersebut tanpa berfikir panjang sama ada laporan mengenai kehilangan radar tentera berteknologi tinggi itu benar atau sebaliknya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail malah dalam nada berbaur politik membayangkan kononnya wujud elemen rasuah, persekongkolan dan menggesa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau dalam usaha meraih merit politik buat pembangkang mendakwa kejadian itu merupakan kebolosan keselamatan negara yang amat serius dan mendakwa kononnya rakyat menuntut kerajaan Malaysia memberi penjelasan mengenai kehilangan peralatan tersebut.

“Peralatan radar ketenteraan bernilai berjuta-juta ringgit yang dalam perjalanan dari Australia ke Netherlands telah ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana ketiadaan permit dibawah Akta Perdagangan Strategik 2010 bulan lalu, tetapi didapati telah hilang dan dipercayai telah diseludup keluar dari negara ini.

“Insiden ini bukan sahaja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini.

“Jika peralatan radar ketenteraan boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya,”  kata Wan Azizah secara semborono dalam kenyataan yang dikeluarkan PKR.

Sementara Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong pula dalam nada berbaur provokasi menuntut satu siasatan dilakukan oleh badan bebas untuk menyiasat kehilangan peralatan radar tentera berteknologi tinggi itu yang didakwa telah memalukan negara.

Lebih teruk beliau menuduh Malaysia kini menjadi titik transit bagi penyeludupan senjata antarabangsa dan percaya radar tentera berteknologi tinggi itu telah sampai ke destinasi yang dibawa oleh pencurinya.

“Bagaimana pihak berkuasa Malaysia bertindak balas terhadap kecurian peralatan ketenteraan yang sensitif itu sangat penting untuk memulihkan keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa,”  katanya. –  MYNEWSHUB.CC

Penajaan Program Haji 1MDB Libatkan

Awas Taktik Sindiket Curi Data Peribadi!

GOMBAK – Berhati-hati apabila anda diminta untuk mendedahkan butiran peribadi kerana ia mungkin akan berakhir di tangan sindiket pencuri data.

Terbaharu seorang pesara, Liang Ngan Kan, 73, mendapati dirinya telah berhutang bil pascabayar walaupun tidak pernah memiliki telefon bimbit.

Beliau kini berhutang sebanyak RM1,800 dengan syarikat telekomunikasi selepas butiran peribadinya dieksploitasi oleh pihak tidak dikenali dengan cara mendaftarkan beberapa nombor pascabayar, lewat tahun 2015.

Isterinya, Mariamah Anamalai, 62, dan kakak iparnya, Papati, 66, juga mula menerima bil walaupun mereka tidak mempunyai akaun dengan syarikat tersebut.

Anak perempuan Ngan Kan, Kasthuri, 32, terkejut orang seperti bapanya yang tidak mempraktikkan penggunaan telefon bimbit berdepan dengan caj tinggi perkhidmatan yang tidak pernah dilanggannya.

Beliau membuat laporan polis bagi pihak ibu bapanya dan ibu saudaranya, tetapi memutuskan untuk tidak membawa kes itu ke mahkamah.

“Kami membuat keputusan untuk mengabaikan bil-bil itu kerana banyak urusan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa saya yang sudah tua,” kata Kasthuri kepada  The Star  semasa melawat keluarganya di sebuah flat kos rendah di Taman Prima Selayang, Batu Caves, baru-baru ini.

Ibu bapa dan ibu saudaranya hanyalah tiga daripada 15 orang dari kawasan kediaman yang sama yang membuat aduan tersebut.

Setiap mangsa mempunyai satu nombor prinsipal dan beberapa nombor tambahan yang didaftarkan di bawah nama mereka.

Arokiasamy Thomas, 86, membuat dua laporan polis selepas mula menerima bil pada pertengahan 2015.

Bil-bil itu yang tiba setiap bulan, telah membuatkan Arokiasamy ‘berhutang’ beribu-ribu ringgit.

Selama dua tahun, beliau menerima surat-surat agresif dan panggilan daripada agensi pengutip hutang, mengancam tindakan undang-undang terhadapnya jika gagal menyelesaikan tunggakan.

Mangsa lain juga menerima panggilan dan mesej yang sama.

Seorang lagi mangsa ialah ibu tunggal, Renukah Doraisamy, 40, yang berniaga di gerai di Taman Prima Selayang.

“Kebanyakan mangsa sama ada bersara, menganggur atau bergaji rendah.

“Mereka (pengutip hutang) selalu menghubungi kami. Ia menyebabkan kami mengalami banyak tekanan,” katanya.

Mangsa berkata pelbagai organisasi akan datang ke kawasan perumahan kos rendah untuk memberi sumbangan, seperti beras dan peruntukan lain.

Untuk menerima barangan itu, penduduk terpaksa memberi salinan kad pengenalan mereka.  Mereka mengesyaki cara tersebut menjadi punca bagaimana maklumat peribadi mereka jatuh ke tangan orang yang salah.

Lapan daripada mangsa, termasuk Arokiasamy dan Renukah, telah membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada 8 Jun.

Kes-kes tersebut telah diselesaikan.  Pembekal perkhidmatan mengesahkan bahawa pendaftaran untuk akaun pascabayar itu adalah tidak sah.

“Ini telah dikelaskan sebagai penipuan,” wakilnya menulis dalam e-mel.  Pembekal perkhidmatan berkata pihaknya akan mengetepikan bil-bil yang belum dibayar untuk akaun tersebut.

Dalam satu temu bual, ketua penguatkuasa dan penyelidik SKMM, Datuk Mohd. Shafie Harun menyifatkan kes di Taman Prima Selayang dilakukan oleh ‘sindiket yang didorong oleh keuntungan untuk mencuri data peribadi”. –  mStar Online

Iraq Sahkan: “Daesh Sudah Berakhir!”

SETELAH tiga tahun mencetuskan krisis global dengan pelbagai serangan bersenjata, kekuatan Daesh kini terjejas teruk. Kekalahan di kubu kuat militan itu di Masjid Al-Nuri dan simbol menara al-Habda di Mosul, menjadikan mimbar pertama pengisytiharan Negara Khalifah itu kini dirampas tentera Iraq.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi dalam kenyataan semalam nengesahkan, tentera Iraq berjaya menguasai Mosul sepenuhnya. Satu kejayaan besar setelah Daesh mengisytiharkan Mosul sebagai bandar Khalifah pertama tiga tahun lalu.

“Kini Masjid al-Nuri dan menara al-Hadba milik rakyat, dan kawalan Daesh, sudah berakhir,”  kata beliau.

Minggu lalu, ketika diambang kekalahan, akibat serangan besar-besaran tentera Iraq sejak empat bulan lalu, militam Daesh meletupkan masjid bersejarah itu.

Masjid Al-Nuri dibina pada zaman pertengahan dan terkenal dengan menara condong, ditawan sepenuhnya tentera Iraq yang disokong AS.

Sejak Mac lalu, tentera Iraq melancarkan operasi khas merampas kembali Mosul.

Sejak Jun 2014, Daesh diketuai Abu Bakar Al Baghdadi mengibarkan bendera hitam di puncak menara al-Hadba dan mengisytiharkan Mosul sebagai tapak pemerintah khalifah.

Al-Baghdadi mengaku dirinya keturunan Nabi Ibrahim. Selain itu turut mengumumkan misi negara Khalifah merangkumi Rom, Itali dan Perancis.

Al Baghdadi dalam khufbah pertamanya turut mengakui dirinya diutuskan Tuhan untuk menubuhkan kerajaan Khalifah.

Sejak Jun 2014, Daesh berjaya mengumpulkan puluhan ribu tentera di Iraq dan Syria. Malah, kempen berkesan media sosial militan itu berjaya merekrut sokongan di seluruh dunia.

Dia Asia Tengara kumpulan pengganas di selatan Filipina termasuk Abu Sayyaf dan Maute turut menyatakan sokongan terbuka dan berbaiah dengan Daesh. –  MYNEWSHUB.CC

Baik Punya Kang Gary ‘Pekena’ Cendol Penang

SEJAK Mei lalu, akaun Instgram milik bekas ahli program Running Man terus dibiarkan kosong tanpa sebarang entri selepas beberapa insiden dan kontroversi mengenai dirinya diperkatakan media massa.

Sehinggalah pada tanggal 19 Jun lalu, Kang Gary kembali memuatnaik sekeping gambar berlatar panaroma pantai di Hawaii yang sekali gus pasti menggembirakan hati 3.1 juta pengikutnya.

Terbaru sejak Isnin, figura tersohor ini berada Pulau Pinang, dalam usaha mempromosikan misi konsert solo pertamanya di Malaysia pada tarikh yang belum dinyatakan selepas pembatalan konsert tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 21 Mei lepas.

Selama berada di Pulau Pinang, Gary dilihat memuatnaik beberapa keping gambar di Instagramnya @kang_gary8888 yang antara lain menunjukkan dia sedang menikmati cendol dengan kapsyen: #cendol #penang.

Oh! Rupa-rupanya Kang Gary ni penggemar cendol!

Buktinya pada hari berikutnya, dia sekali lagi memuatkan gambar sedang menikmati cendol di sebuah restoran dengan kapsyen ‘cendol love’ di mana gambar tersebut menarik lebih 6000 komen dengan 290 ribu tanda suka (Like).

Buktinya pada hari berikutnya, dia sekali lagi memuatkan gambar sedang menikmati cendol di sebuah restoran dengan kapsyen ‘cendol love’ di mana gambar tersebut menarik lebih 6000 komen dengan 290 ribu tanda suka (Like).

Antara komen yang ditinggalkan peminat yang rata-ratanya dari Malaysia dan Indonesia bertulis;

@aniswana: Wah Gary suka makan cendol lah!

@aimeeaqilah: Ni kalau orang tak kenal hang mesti ingat u local chineese hahah

@_una_05: Gary, you must try rendang and ketupat juga

Malah pada entri berikutnya, sekeping gambar dia sedang mengayuh beca sambil membawa seorang pakcik (pemilik beca) sedang bersiar-siar turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyifatkan pakcik tersebut sangat beruntung.

@hadfa: Pindah sini je la bang oii

@Ainnradak: Untungnya pakcik tu. Tapi aku rasa dia tak kenal Kang Gary hahaha

@whatforlibby: Best tak Malaysia bang?

Selama berada di Pulau Punang, Kang Gary sempat bersiar-siar di sekitar Georgtown tanpa diawasi pengawal peribadi selain turut mengambil peluang melalui laluan berkaca Rainbow Skywalk di Menara Komtar.

Sebuah video berdurasi 18 saat dimuatnaik Gary saat melalui Rainbow Skaywall turut mengundang rasa gayat netizen yang dikongsi pada ruangan komen.

Wahh, nampaknya Kang Gary begitu enjoy selama berada di Pulau Pinang! Adakah beliau akan menjadikan Malaysia sebagai ‘rumah kedua’ selepas ini? Kita tunggu saja. –  mStar Online