Sunday, January 25, 2015
Laman Utama Tags Posts tagged with "CEO"

CEO

856

SELEPAS kerap dihujani pelbagai spekulasi negatif Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatan, hari ini.

Beliau mula berkhidmat dengan syarikat pelaburan strategik negara itu sebagai Ketua Pegawai Operasi sejak Ogos 2012.

Pengganti beliau adalah Arul Kanda Kandasamy, 38, yang merupakan Naib Presiden Eksekutif, Ketua Kumpulan Perbankan Pelaburan dan Ketua Bahagian Kewangan Korporat, bagi Abu Dhabi Commercial Bank sejak Julai 2008.

Laporan media tempatan menyebut, Arul Kanda pernah berkhidmat sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Investment Bank Bhd Malaysia dari Julai 2009 hingga 10 Mei 2011.

Dalam tempoh itu, Arul turut merupakan pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Capital Bhd, selain menjadi pengarah RHB Islamic Bank Bhd.

Arul Kanda Kandasamy

Arul Kanda Kandasamy

1MDB pernah dilanda kontroversi berhubung portfolio hutangnya dan kerana menyimpan sejumlah RM7.18 bilion di Kepulauan Cayman.

Bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin, menerusi blognya pernah menulis, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir pernah ‘membelasah’ pegawai tertinggi 1MDB dalam satu pertemuan sebelum ini.

(BACA: Pegawai Tertinggi 1MDB ‘Dibelasah’ Dr Mahathir)

“Beliau curiga cara syarikat itu menggunakan dana mereka untuk perniagaan, ingat, modal berbayar syarikat itu hanyalah RM3.4 juta.

“Beliau kecewa isu yang menyelubungi 1MDB tidak dibincangkan dengan serius ketika Perhimpunan Agung Umno lalu,” tulisnya.

1MDB adalah dana kekayaan negara Malaysia yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.

Tun dikatakan turut melahirkan kebimbangan bagaimana dalam tempoh lima tahun operasinya, dana itu diberitakan mengumpul RM38 bilion hutang.

Begitu pun kebimbangan terhadap kedudukan kewangan ini telah diketepikan oleh Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang berkata, mereka punyai aset berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya RM48.9 bilion, pada 31 Mac lalu.

Berkaitan tindakan 1MDB melabur dana di Kepulauan Cayman, Lodin berkata tiada yang luar biasa dengan keputusan itu memandangkan ia salah satu bidang kuasa kumpulan wang berdaftar terbesar di peringkat antarabangsa, malah Pihak Berkuasa Kewangan Cayman diiktiraf  antara pengawal selia dana terkemuka di dunia. – MYNEWSHUB.CC

Apa yang dicari?:

arul kanda kandasamy,about arul kanda kandasamy,arul kanda,arul kanda abu dhabi,arul kandasamy,arul kandasamy abu dhabi,Gambar Arul Kanda Kandasamy

574

Syarikat Khazanah Nasional Bhd diminta mendedahkan angka sebenar gaji yang akan dibayar kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) yang baru, Christoph R. Mueller.

Gesaan itu dibuat Ahli Dewan Negara Senator Khairiah Mohamed yang berkata perkara itu perlu didedahkan kepada umum memandangkan ada pihak tidak berpuas hati dengan pelantikan itu.

“Di saat kerajaan menyebut mengenai langkah penjimatan, semua rakyat perlu tahu berapakah gaji dan elaun yang dibayar kepada Mueller kerana saya difahamkan gaji dan elaunnya agak besar,” katanya.

MENARIK – Christoph R. Mueller Tokoh Tepat Pulih Kemelut MAS

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Negara ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.

Difahamkan MAS memilih Mueller kerana kecemerlangan pentadbiran dan pengalaman beliau dalam industri penerbangan selama 25 tahun.

Beliau dikatakan sebelum berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan bermasalah AER Lingus dalam masa singkat.

Bagaimanapun, pelantikan beliau dikritik banyak pihak termasuk bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang menganggap pemilihan itu satu pembaziran. – MYNEWSHUB.CC

Video Temubual Christoh R Mueller Pada 2011

Apa yang dicari?:

gaji ceo 2014

465

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) yang baru Christoph Mueller dilihat amat memerlukan sentuhan ajaib untuk memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

Syarikat itu kini mengalami masalah dari segi operasi perniagaan serta pasaran industri berada dalam situasi sukar untuk dibaikpulih.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Datuk Nur Jazlan berkata, pelantikan orang asing untuk mengemudi MAS dilihat sebagai pilihan terakhir kerajaan dalam usaha memulihkan MAS.

BACA – ‘Orang Malaysia Bodoh’, Komen Tun M Isu CEO MAS Baru

“Saya berharap beliau akan dapat melakukan keajaiban untuk memulihkan MAS sebab syarikat itu sekarang banyak masalah dari segi operasi perniagaan dan sebagainya.

“Keadaan pasaran industri penerbangan sendiri, jangan sampai kerajaan terpaksa mengadakan undang-undang khas iaitu Akta MAS untuk memulihkan MAS dan sekarang ini mengambil CEO dari luar negara yang menafikan bakat-bakat CEO yang ada di Malaysia. Saya harap langkah-langkah drastik ini akan memulihkan MAS,” katanya.

Nur Jazlan sebelum itu menghadiri kempen kemaskini penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pusat Khidmat Parlimen Pulai di Johor Bahru hari ini.

Jika dilihat dari rekod Mueller, beliau berjaya memulihkan syarikat penerbangan AER Lingus ketika menyertainya pada September 2009.

“Apabila dimiliki oleh kerajaan, kerajaan akan menampung pembiayaan syarikat penerbangan ini setakat mana yang boleh tetapi apabila syarikat penerbangan itu bermasalah kerajaan akan bertindak memulihkan syarikat penerbangan itu.

“Jadi bila dalam keadaan ini timbul masalah lebihan kapasiti. Semua syarikat penerbangan kerana matlamat nasionalnya dia nak membesarkan syarikat penerbangan mereka.

“Ini akan menyebabkan lebihan kapal terbang, kerusi dan sebagainya. Ini bukan lagi dikira ancaman low cost airline yang begitu meluas di Asia Tenggara yang berkembang.

“Ini belum lagi ancaman daripada syarikat penerbangan Timur Tengah yang sekarang ini sudah mula memindahkan hub penerbangan antara rantau ini dan Eropah ke Timur Tengah seperti Dubai, Abu Dhabi dan sebagainya.” katanya memetik laporan laman web Astro Awani.

Mueller dilantik sebagai CEO mas yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2015 di bawah pelan pemulihan MAS.

Selain Mueller, Khazanah turut mengumumkan pelantikan CEO dan Pengarah Axiata Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.

MAS mengalami kerugian teruk ekoran dua tragedi membabitkan dua buah pesawat miliknya iaitu MH370 dan MH17 dalam tempoh 5 bulan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video – Penerbangan AER Lingus

Apa yang dicari?:

langkah untuk memulihkan syarikat penerbangan negara MAS

795

Christophe de Margerie, eksekutif minyak Perancis yang terbunuh malam Isnin lalu apabila jet peribadinya merempuh jentolak salji di landasan penerbangan Moscow, adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak Perancis terbesar, TOTAL.

Christophe de Margerie  TOTAL

Dikenali sebagai Si Kumis Besar di kalangan rakan-rakan, gelaran itu  adalah panggilan mesra mereka di kalangan ketua-ketua negara, terutama negara yang kaya dengan minyak di Teluk Parsi. Beliau turut dikenali dengan personaliti berkarisma dalam membuat tawaran.

Insiden yang meragut nyawa berlaku jam 11.57 malam waktu Moscow. Jarak penglihatan ketika itu sejauh 350 meter.

Menurut jurucakap Rusia, pemandu jentolak salji dipercayai mabuk mungkin menyimpang ke landasan secara tidak sengaja ketika pesawat De Margerie ingin berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo. Tiga anak kapal turut meninggal dunia.

De Margerie baru saja meninggalkan persidangan pelaburan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dmitri Medvedev dan ingin kembali ke Paris.

Pada persidangan itu, beliau bertegas dan berpendapat bahawa syarikat-syarikat minyak Barat perlu terus menyambung urusniaga dengan Rusia walaupun berlaku krisis di Ukraine.

Sangat mengutamakan sentuhan peribadi, antara kata-kata mendiang yang paling diingati adalah “Tidak ada yang dapat menggantikan kehangatan manusia dan berjabat tangan. Anda tidak akan dapat memenangi kontrak melalui telefon.”

Suspek, pemandu jentolak salji menafikan dia mabuk ketika mengendalikan jentera itu.

Suspek, pemandu jentolak salji menafikan dia mabuk ketika mengendalikan jentera itu.

Beliau dilantik menjadi pengarah eksplorasi dan pengeluaran sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada 2007, selain mengambil peranan tambahan sebagai Pengerusi pada 2010.

Walaupun TOTAL sudah menjadi pemimpin industri ketika De Margerie menjadi ketua, beliau bertanggung jawab memenangi kontrak penggerudian untuk mendapat prospek pertumbuhan syarikat seperti di Iraq, Kurdistan, Myanmar, Qatar dan Rusia.

De Margerie meninggalkan seorang isteri, Bernadette, naib presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu anak-anak yatim, dan tiga anak iaitu Laetitia, Diane dan Fabrice.

Christophe de Margerie  wife

De Margerie dan isterinya Bernadette. Mendiang memperoleh pendapatan RM8.3 juta setahun sebagai CEO TOTAL.

TOTAL merupakan syarikat minyak ketiga terbesar dunia. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN