Tuesday, October 21, 2014
Laman Utama Tags Posts tagged with "cinta"

cinta

380

Baru-baru ini kecoh industri seni perihal Miera Liyana yang sanggup berlakon adegen berbikini di hadapan Fizz Fairuz dalam filem ‘Dendam Orang Mati’.

miera4

Kini ada lagi cerita kurang enak untuk didengari apabila sebuah ruangan gosip mendakwa Miera dan Fauzi Nawawi dilihat berpegangan tangan dalam satu majlis.

Alahai bagaimana cerita ini boleh timbul?

Kalau betul,  kesian pula kami pada nasib pelakon terkenal, Lisdawati yang merupakan isteri Fauzi.

Screen-Shot-2014-10-20-at-10.55.38-AM
Namun Fauzi cepat menangkis segala tomahan dan gosip yang menimpa dirinya dan menjelaskan hal sebenar demi menjaga perasaan keluarga tercinta.

Memetik petikan mStar Online:

“Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka,” ujar Fauzi setegas-tegasnya menolak gosip yang disebarkan itu.

“Mungkin sebelum ini saya pernah bercakap; ‘Bertuah sangat kalau Miera tu nak bagi pegang tangan’ pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan.

“Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih,” jelas Fauzi lagi.

Bagaimanapun, Fauzi turut meluahkan rasa simpati pada Miera yang hebat dilanda kontroversi akhir-akhir ini.

“Kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat yang bakal ditayangkan 6 November ini,” tambahnya.

Screen-Shot-2014-10-20-at-10.56.35-AM

Kalau dah macam itu penjelasan Fauzi tak apalah, semoga tiada lagi cerita-cerita tak elok yang boleh rosakkan rumah tangga muncul lepas ni harapnya ye?

Apa pun, anak kecil Fauzi dan Lisda ni sangat comel! - MYNEWSHUB.CC

Oleh: Kakak Bunga

Sertai Kami!