Thursday, July 30, 2015
Laman Utama Tags Posts tagged with "emas"

emas

405

GEORGETOWN – Emas dianggap sebagai logam yang paling berharga sejak berzaman-zaman lagi kerana ia melambangkan kedudukan, kedaulatan dan kekayaan kesihatan.

Tanggapan emas sebagai simbol ketulenan, bernilai tinggi, pengukur pergerakan mata wang dan dapat mengelak daripada kesan buruk inflasi sejak dahulu lagi, masih wujud dan tidak lenyap ditelan zaman moden.

Justeru, semakin ramai yang meminati emas bukan sahaja untuk perhiasan diri malah sebagai pelaburan, tetapi pernahkah anda melihat atau menyentuh jongkong emas tulen dengan tangan sendiri?

Kini, peluang itu diberikan kepada orang ramai yang ingin merasai sendiri aura jongkong emas di muzium emas Public Gold, lebih-lebih ia seberat 50 kilogram dengan nilai RM7.5 juta.

Selain emas, pengunjung juga boleh memegang jongkong perak seberat 30 kilogram yang bernilai lebih RM70,000 di dalam muzium seluas 7,000 kaki persegi itu.

Pengunjung turut diberikan maklumat, perbandingan dan gambaran jelas mengenai nilai emas dan mata wang, di mana satu jongkong emas seberat 12.5 kilogram bersamaan dengan RM400,000 pada 2001 tetapi kini nilainya mencecah RM1.8 juta.

Terletak di Lebuh Bishop, muzium sedemikian bukan sahaja yang pertama di Malaysia tetapi di Asia Tenggara kerana ia bukan sekadar muzium biasa, tetapi membawa pengunjung kembali ke lombong emas seperti pada zaman silam.

Menurut pengurus muzium Denise Tang, kira-kira sejam diambil untuk menerokai muzium itu dengan reka bentuknya seperti laluan di bawah tanah, ditambah pula dengan kesan bunyi menggali pada abad dahulu bagi melahirkan suasana unik dan nostalgia buat pengunjung.

“Dimulakan dengan maklumat dan sejarah emas, pengunjung juga diberikan peluang merasai sendiri proses mendulang dan sesiapa sahaja yang mendapat ketulan emas ketika proses itu dianggap bernasib baik.

“Selain itu, proses melebur perak turut ditunjukkan kepada pengunjung serta pameran koleksi yang diperbuat daripada emas berusia lebih 60 tahun serta produk emas daripada Public Gold,” katanya kepada Bernama.

Tang berkata pelbagai jenis peralatan dan acuan untuk menghasilkan produk berasaskan emas seperti duit syiling sempena ulang tahun, loket dan barang kemas turut dipamerkan serta produk kecantikan berasaskan emas yang kian mendapat sambutan.

Katanya muzium emas yang dibuka Mei lepas itu bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai mengenai nilai dan sejarah emas serta meningkatkan ilmu mereka supaya tidak tertipu dengan emas tiruan.

“Sejak dibuka Mei lepas, muzium ini menerima lebih 3,000 pengunjung khususnya daripada rombongan sekolah malah berjaya menarik minat pelancong tempatan dan luar negara antaranya dari negara Arab, Australia dan Indonesia,” katanya.

Selain itu, Tang berkata pembukaan muzium itu adalah untuk memenuhi ruang atas pejabat Public Gold yang kosong sejak dua tahun lepas sekaligus dapat meningkatkan industri pelancong yang kian berkembang pesat di negeri ini.

Menurutnya, kebanyakan pengunjung teruja kerana reka bentuk muzium yang bukan sahaja unik dan menarik malah mereka diberikan ruang untuk mendapat maklumat serta berseronok ketika perjalanan dalam laluan lombong emas.

Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang termasuk cuti umum, pengunjung dikenakan bayaran dengan harga promosi RM28 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak dan warga emas) manakala bagi kanak-kanak tujuh tahun ke bawah masuk adalah percuma.

– BERNAMA

625

NEW DELHI – Empat puluh lima penumpang AirAsia adalah antara 56 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam di Andhra Pradesh, dan daripada itu, mereka merampas 62kg jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94 juta), menurut akhbar Times of India.

Ia tidak jelas sama ada rakyat Malaysia adalah antara mereka yang ditahan.

Menurut akhbar itu, bertindak atas maklumat awam, pegawai-pegawai Direktorat Risikan Hasil (DRI) di Chennai, dalam satu operasi khas pada malam Ahad, bergerak ke lapangan terbang antarabangsa yang baru ditauliahkan dan menjalankan pemeriksaan teliti ke atas dua penerbangan dari Kuala Lumpur dan satu dari Singapura.

Pada mulanya, para pegawai memeriksa 20 penumpang penerbangan AirAsia yang membawa banyak barang-barang elektronik, dan menemui jongkong emas tersembunyi di dalam barangan itu, menurut akhbar harian itu.

Pemeriksaan ke atas 10 penumpang penerbangan Silk Air dari Singapura juga menemui jongkong emas dalam barangan elektronik mereka.

Pemeriksaan ke atas 25 penumpang AirAsia dalam penerbangan kedua dari Kuala Lumpur juga mendedahkan penyeludupan jongkong emas.

Menurut akhbar itu, ramai di antara mereka yang ditahan ialah mereka yang kerap melancong dan kebanyakan mereka bertindak sebagai ‘kurier’.

Akhbar harian itu memetik pegawai DRI sebagai berkata mereka yang ditahan semata-mata sebagai “pembawa” dan tugas mereka berakhir dengan penyerahan emas kepada seseorang di luar lapangan terbang.

“Mereka terbabit dalam perniagaan itu semata-mata kerana wang. Bergantung kepada kuantiti, pembawa terbabit akan dibayar, kata akhbar itu memetik kenyataan pihak berkuasa DRI.

Kurier akan sentiasa mencari jalan baharu dan destinasi baharu, kata para pegawai.

Satu lagi kemungkinan adalah bahawa penerbangan baharu akan diperkenalkan di antara destinasi Visakhapatnam dan Asia Tenggara atau kekerapan penerbangan antara kedua-dua destinasi mungkin meningkat, kata para pegawai.

Jadi, ia boleh menarik kurier untuk menukar kepada destinasi yang baharu, jauh dari rumah mereka, kata pegawai. – BERNAMA

2082

LONDON - Anda mungkin biasa tahu dildo; sejenis alat rangsang seks wanita cukup popular yang juga disebut zakar palsu, tetapi pernahkah anda menemui satu lagi alat bantu seks dikenali vibrator dengan harga mahal?

Atas permintaan ramai, sebuah firma Britain menghasilkan vibrator paling mahal di dunia yang memberikan sensasi tersendiri sekali gus kemewahan bagi para penggunanya menikmati nafsu seks secara lebih eksklusif.

Istimewanya alat bantu seks ini, menurut laporan dari majalah ternama wanita Glamour di Amerika Syarikat (AS), vibrator yang baharu dilancarkan di pasaran itu diberi nama Nell Pleasure Seed dan ia dilapisi oleh emas tulen.

Baca: Wanita Tidak Cukur Bulu Kemaluan Berisiko Sakit

Berdasarkan ulasan dari pengedar alat ini, Coco de Mer of London, produk canggih itu lebih mengutamakan faktor kenikmatan di samping pastinya harga yang mahal khusus untuk sasaran utama ialah pelanggan berprofil tinggi.

Apa tidaknya, Nell Pleasure Seed mendapat permintaan amat tinggi dari kalangan wanita elit sehingga dilaporkan dijual pada harga serendah 12,000 pound sterling di pasaran Britain (kira-kira RM66,240) bagi setiap unit.

Ada beberapa sebab sebenarnya yang menyebabkan alat bantu seks kaum Hawa ini boleh dinobatkan sebagai yang paling mahal harganya di dunia. Pertama, permukaan vibrator ini sendiri dilapisi dengan emas sebesar 18 karat.

Baca: Jumpa Zakar Tiruan Zaman Purba Usia 300 Tahun

Bukan itu sahaja, produk ini juga diukir kemas dalam sebuah peti kemasan kayu secara eksklusif yang juga dilapisi emas tulen dan sebab kedua, ia memiliki lima pola getaran unik yang dapat dinikmati dalam pelbagai situasi.

“Setiap pola getaran itu dapat dihayati dengan alternatif peningkatan kadar tekanan yang menyajikan peluang eksperimen untuk tahap kenikmatan yang tidak pernah selesai,” jelas kenyataan pihak Coco de Mer of London.

Jangan bimbang bagi yang kurang berkemampuan, syarikat itu juga ada menawarkan vibrator bentuk sama tetapi versi tanpa emas dengan harga lebih murah; hanya 220 pound sterling (RM1,237). – Agensi/H.A.AMREE

3838

Dihiasi perhiasan emas dan permata, Istiadat Persandingan Diraja anak Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang juga merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia, telah berlangsung dalam suasana cukup mewah dan meriah.

Majlis tersebut telah dilangsungkan di istana yang memiliki 1,788 buah bilik iaitu Istana Nural Iman yang terletak di Bandar Sri Begawan, semalam.

277B382900000578-3035550-image-a-5_1428832252681 277B397D00000578-3035550-image-a-13_1428832334904 277B44DE00000578-3035550-image-a-2_1428832159627 277B3D8A00000578-3035550-image-a-12_1428832328901 277B3DB600000578-3035550-image-a-10_1428832324729

Pengiran Abdul Malik, 31, selmat dinikahkan bersama pasangannya Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah, 22, di hadapan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja dan jemputan khas.

Memetik laporan Daily Mail, istiadat itu turut dihadiri oleh Sultan-Sultan dari Malaysia dan Gabenor Arab Saudi.

Kedua-dua mempelai menyarung baju berwarna emas yang turut dihiasi permata, manakala pengantin perempuan memegang sejambak bunga yang digubah dari batu berlian tulen.

277E56B000000578-3035550-image-a-2_1428857371990 277B407F00000578-3035550-image-a-22_1428832363754

Dayangku Raabi’atul turut menyarungkan sepasang sepatu jenama mewah Christian Laboutin yang penuh diselaputi permata.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita Majlis Istiadat Perkahwinan Anak Sultan Brunei

1323

SYDNEY – Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.

Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.

“Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas.

“Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak,” katanya.

Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000).

– DPA

1648

PENEMUAN objek pelik dan menjijikkan dalam makanan boleh kata sudah acapkali didengar.

Namun lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang wanita bernama Haisyah Yusoff apabila sayur yang dibelinya di sebuah restoran membawa ‘pulangan’ seutas gelang tangan emas!

Dia terkejut kerana tidak sangka menemui gelang emas itu ketika sedang menjamah hidangan tersebut.

Haisyah yang memuatnaik ‘penemuan’ rare tersebut di laman Facebook dengan kapsyen ‘Nak kata rezeki ke penyakit ni? Nasib baik tak tertelan…’ menarik perhatian ramai.

10993498_842469525820067_8395149472518359618_n

Rata-rata netizen meluahkan keterujaan dengan penemuan gelang emas dalam masakan sayuran tersebut.

Amboi… cuba kalau benda lain, mesti berbakul-bakul dikeji! Haha…

Pun begitu, ada juga yang menasihati Haisyah agar memulangkan kembali kepada pemiliknya yang asal. – MYNEWSHUB.CC

Video Sushi Dibalut Emas

Oleh: FARAH