Wednesday, September 2, 2015
Laman Utama Tags Posts tagged with "ganja"

ganja

76

ALOR GAJAH – Seorang pemandu lori ditahan kerana memiliki dadah disyaki ganja seberat 3.97 kilogram yang dianggarkan bernilai RM10,000 di rumahnya di Kampung Pegoh Dalam di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata kesemua dadah berkenaan ditemui dalam sembilan bungkus plastik kecil berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki daun ganja dan satu bekas plastik berisi ceraian tumbuhan yang sama dalam serbuan kira-kira 11.30 malam.

“Ketika serbuan suspek berada di pangkin hadapan rumahnya bersama beberapa paket kecil dadah berkenaan dan dadah selebihnya ditemui dalam beg di salah sebuah bilik di rumahnya.

“Siasatan awal mendapati suspek membungkusnya dalam paket kecil untuk dijual semula pada harga RM50 hingga RM200 sepaket,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki berusia 41 tahun itu dipercayai penagih dadah dan juga aktif mengedar dadah di sekitar Alor Gajah sejak setahun lepas.

Muhammad Ismail berkata ujian saringan urin mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis ganja dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh.

Katanya polis percaya penangkapan lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dan penagihan dadah di sekitar daerah Alor Gajah.

Beliau berkata lelaki kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata seramai 31 lelaki dan 10 wanita ditahan ketika terlibat dalam parti liar di dua banglo di pusat peranginan di sini dalam serbuan kira-kira 2 pagi Isnin lepas.

Katanya seorang lelaki berusia 20-an didapati memiliki dadah jenis ganja seberat 4 gram manakala 21 lagi lelaki dan empat wanita positif dadah pelbagai jenis.

“Ketika serbuan kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 31 tahun itu sedang berpesta. Mereka merupakan pekerja swasta dan penganggur dan berasal dari sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka saling tidak mengenali dan jemputan untuk menghadiri pesta tersebut diterima melalui aplikasi Whatsapp dan Wechat dan mereka tidak dikenakan sebarang bayaran. – BERNAMA

245

IPOH – Polis menahan tiga lelaki dan merampas lima ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 4.7 kg bernilai RM46,500 di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas dekat Kuala Kangsar, kira-kira 50 kilometer dari sini semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Supt R Ravi Chandran berkata mereka yang berumur 21 hingga 24 tahun yang menaiki kereta Proton Saga ditahan kira-kira pukul 2 petang, selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil siasatan ke atas mereka, polis menemui lima ketul mampat dadah jenis ganja anggaran berat 4,650 gram di dalam kereta yang mereka naiki,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek mengedar dadah di kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Siput dan dadah itu boleh menampung keperluan kira-kira 50,000 penagih.

Ravi berkata dua daripada suspek yang berasal dari Kedah manakala seorang berasal dari Johor itu didapati positif dadah dan direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.

“Sekiranya disabitkan kesalahan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori,” katanya.

Sementara itu, Ravi berkata sepanjang tempoh Januari hingga semalam, polis menahan seramai 1,260 pengedar dadah manakala mereka yang ditahan kerana memiliki dadah adalah seramai 2,590 orang.

“Sebanyak RM3.26 juta dadah dirampas sepanjang tempoh tersebut, manakala nilai sitaan harta sebanyak RM5.83 juta bagi tempoh yang sama,” katanya. – BERNAMA

221

JAKARTA – Polis menahan tiga warga Malaysia dan merampas bungkusan kertas yang mengandungi ganja ketika mereka hendak memasuki Pulau Sebatik di Kalimantan Utara semalam.

Menurut laporan media tempatan, mereka ditahan di Pos Pelabuhan Sei Nyamuk, Pulau Sebatik ketika baru tiba dari Tawau, Sabah petang semalam.

Ketua Polis Sei Nyamuk, Iptu Oman dipetik sebagai berkata pada mulanya, polis memeriksa dokumen penumpang feri dari Malaysia di Pelabuhan Sei Nyamuk dan mendapati tiga rakyat Malaysia itu tidak menggunakan pasport untuk memasuki Pulau Sebatik di Indonesia.

Seorang daripada mereka merupakan penjawat awam sebuah jabatan persekutuan manakala dua lagi ialah pengurus sebuah syarikat perladangan dan ahli perniagaan.

Hasil siasatan mendapat mereka berasal dari Sandakan, Sabah dan ketika dibawa untuk siasatan di balai polis Nunukan, seorang daripada mereka secara tergesa-gesa telah membuang sebuah bungkusan kertas.

“Setelah membuat pemeriksaan, bungkusan surat khabar itu didapati mengandungi ganja dan hasil soal siasat, mereka mengakui akan menyertai satu pesta dadah bersama rakan lain di pulau berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, jumlah atau berat ganja itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Indonesia mengamalkan hukuman penjara atau denda atau mati mandatori bagi kesalahan pengedaran dadah di negara itu. – BERNAMA

252

GEORGE TOWN – Seorang lelaki, dipercayai antara anggota sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini, ditahan dan polis menemui sejumlah 86 kilogram ganja bernilai RM258,000 dalam but keretanya di sebuah kawasan apartmen di Relau di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata pemeriksaan di rumah lelaki berusia 41 tahun itu dibuat Isnin (10 Ogos) lepas, hasil siasatan terhadap lelaki terbabit yang ditahan di Alor Star, Kedah, sehari sebelum itu (9 Ogos).

“Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) menemui 86 kilogram ganja itu dalam ruang khas dalam but kereta jenis Honda Civic milik lelaki terbabit yang diletakkan di kawasan parkir apartmen itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang ditahan itu adalah anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif di negeri ini dan siasatan mendapati penganggur itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak enam bulan lepas.

Lelaki terbabit mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah dan polis percaya kesemua ganja yang dirampas itu adalah untuk pasaran negeri-negeri di utara Semenanjung, katanya.

Gan berkata polis percaya penahanan lelaki terbabit berjaya melumpuhkan antara sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja terbesar di negeri ini dan usaha mengesan beberapa lagi anggota sindiket itu giat dijalankan. – BERNAMA

 

347

ALOR SETAR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman merampas 172 kilogram ganja dalam serbuan di tiga lokasi di Kedah dan Pulau Pinang dan menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga asing.

Timbalan Pengarahnya DCP Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam serbuan pada semalam dan kelmarin, polis turut merampas 159 biji disyaki Ecstasy .

“Ia merupakan rampasan terbesar dadah jenis ganja tahun ini dengan nilai keseluruhan RM522,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah Selasa.

Katanya, serbuan di Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani dan Bayan Lepas itu bermula 8.40 malam Ahad dan berlanjutan sehingga 3 pagi Isnin, melibatkan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik STING).

Menurut Mohd Dzuraidi, penahanan tujuh lelaki berusia 17 hingga 59 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 36 tahun telah melumpuhkan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja.

Beliau berkata seorang daripada lapan suspek yang ditahan iaitu lelaki berumur 41 tahun dikenal pasti sebagai ketua kepada sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja itu.

“Kita telah melakukan pemantauan terhadap operasi sindiket ini sejak enam bulan lepas,” katanya.

Dzuraidi berkata sesemua suspek direman antara empat hingga tujuh hari bermula semalam hingga 16 Ogos ini dan mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak setahun lepas dan ganja itu diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Katanya turut dirampas dalam serbuan berkenaan adalah wang tunai sebanyak RM5,000, sebuah kereta Toyota Corolla Altis, sebuah motosikal Yamaha Ego Lc dan sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton.

Nilai harta sindiket itu yang disita adalah RM92,000, katanya. – BERNAMA

 

416

KUALA LUMPUR – Polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dan menangani isu berhubung kewujudan perisa yang mengandungi dadah dalam penggunaan rokok elektronik.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mempromosi, menawar dan menjual bahan terlarang itu.

“Mereka yang cuba menjual mahupun mempromosikan bahan terlarang yang berupa cecair berperisa dadah dan bahan terlarang yang menyalahi undang-undang ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Mokhtar turut menyeru kerjasama daripada orang ramai untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang melibatkan promosi, penawaran dan penjualan perisa terlarang ini. – BERNAMA

556

KUALA LUMPUR – Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukan ini akan menyiasat sejauh mana penggunaannya.

“Saya telah mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengumpul maklumat dan menyiasat penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.

“Kita akan lihat dari segi perundangan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka ini sekiranya ia benar (wujud),” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan wujudnya bancuhan perisa rokok elektronik yang mengandungi ekstrak ganja sebagai bahan utama. – BERNAMA

368

BESUT – Seorang lelaki yang dibebaskan dari penjara April lalu kerana memiliki dadah, sekali lagi ditahan Khamis lepas kerana memiliki pelbagai jenis dadah di Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata suspek berumur 28 tahun yang merupakan seorang nelayan ditahan di Kampung Nail.

Beliau berkata lelaki itu pada mulanya dilihat sedang tidur di dalam kereta sambil memegang senjata tajam.

“Apabila anggota polis peronda menghampiri untuk mengejutkan suspek, dia yang tiba-tiba tersedar terus terjun keluar dari tingkap kereta berkenaan.

“Anggota polis terus mengejar suspek hingga berlaku pergelutan yang suspek juga cuba merampas pistol dipinggang seorang anggota polis. Suspek akhirnya dapat diberkas,” katanya kepada pemberita.

Khaled berkata pemeriksaan pada beg pinggang suspek mendapati pelbagai jenis dadah di dalam botol plastik, tiub straw dan paket.

Di dalam kereta pula ditemukan ketulan mampat yang dipercayai ganja seberat satu kilogram, katanya.

Beliau berkata kereta tersebut juga didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu yang keretanya dilapor hilang di Pulai Condong, Kelantan sebelum ini.

Suspek kini direman selama tujuh hari.

Rampasan ganja tersebut merupakan rampasa terbesar sejak empat tahun lalu di Terengganu yang dipercayai untuk dijual kepada pelancong di Pulau Perhentian, kata Khaled. – BERNAMA

Video: Lelaki Tumbang Terlebih Hisap Dadah

582

ALOR SETAR – Pihak polis percaya mereka menemui kaedah baharu menjual ganja apabila ia dijadikan hanya seberat 500 gram bagi setiap ketul.

Penemuan ini didapati apabila seorang lelaki ditahan di Sungai Petani tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, ACP Abd Razak Mohd Zin berkata selama ini ketulan ganja selalunya seberat satu kilogram dan bukan 500 gram.

“Namun kita sedang siasat perkara ini, sama ada ia lebih senang untuk dijual dengan cara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata suspek berumur 44 tahun tersebut ditahan ketika sedang menaiki kereta di Taman Sejati.

Pemeriksaan di bonet kereta itu membawa kepada penemuan 20 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 10.4 kilogram, kata Abd Razak.

Beliau berkata turut ditemui ialah bungkusan yang dipercayai mengandungi syabu seberat 214.30 gram.

Kesemua rampasan dianggar bernilai RM44,000.

Abd Razak berkata suspek dipercayai mengedar dadah di kawasan utara dan suspek yang berasal dari Pulau Pinang itu mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Suspek direman sehingga 21 Julai. – BERNAMA

 

1327

WASHINGTON DC – Selama ini mungkin ramai kalangan kita menyangka saluran kumbahan najis bawah tanah dipenuhi dengan tikus atau lipas, tetapi kajian penyelidik di Eropah menemui sesuatu yang jauh lebih unik.

Menurut stesen penyiaran terkenal BBC, London memiliki jumlah pembuangan kokain di saluran tersebut yang paling tinggi di benua Eropah, hasil kajian sebuah badan pemantauan ubat narkotik Kesatuan Eropah (EU).

Data penyelidikan itu turut mendapati, jika sistem saluran tandas di ibu kota Britain itu dipenuhi dadah jenis kokain, ibu negara Belanda, Amsterdam pula dikesan banyak bahan buangan manusia yang mengandungi ganja.

Baca: Apabila Istana Raja Belanda Disangka Tandas Awam

European Monitoring Centre for Drugs and Drug Addiction merumuskan penemuan aneh tersebut dengan mengkaji kandungan kumbahan dengan mengambil sampel dari saluran najis di lebih 50 bandar besar di Eropah.

Hasil penyelidikan berkenaan jelas membuktikan sebahagian besar penduduk di dua kota terkenal EU itu banyak mengambil dadah berbahaya tersebut sama ada untuk penagihan secara haram atau tujuan perubatan lain.

Kajian oleh agensi EU itu menunjukkan secara purata penduduk London membuang kumbahan mengandungi kira-kira 737 miligram kokain bagi setiap 1,000 orang dalam masa seminggu pada sepanjang tahun 2014 lalu.

Baca: Majlis Bandaran Silap Tanam Ganja Jadi Pokok Hiasan

Jumlah kokain dalam air buangan najis di kota London bahkan meningkat drastik pada hari Jumaat dan Sabtu apabila ramai berlibur, namun ia mulai berkurangan pada hari Ahad dan Isnin apabila mereka kembali bekerja.

Sementara itu jumlah ganja yang ditemui daripada jamban di Amsterdam didapati terus meningkat setiap hari dan paling tinggi pada hari minggu susulan ramai menghabiskan masa dengan bersuka ria di pub atau kelab malam.

Penyelidik membuat kesimpulan, peningkatan kadar penggunaan ubat narkotik secara gelap di Belanda pada hari Ahad mungkin disebabkan kebanjiran pelancong Britain di negara itu. – Agensi/MYNEWSHUB/H.A.AMREE

2182

ASTANA – Pihak berkuasa majlis perbandaran di ibu negara Kazakhstan pada Rabu melancarkan satu siasatan terperinci susulan penemuan ribuan pokok ganja hidup subur menghiasi kawasan hijau di pusat bandar raya itu.

Terdahulu, penduduk tempatan di Astana, menyedari bau-bauan aroma luar biasa ketika mereka berjalan di Auezova Street sehingga menyebabkan ramai mengadu pening kepala selain berkhayal macam penagih dadah.

Keadaan itu mengakibatkan ramai memaklumkan kepada pihak berkuasa majlis tempatan dan akhirnya setelah disiasat pegawai bahagian landskap, baharulah diketahui tanaman hiasan terbabit sebenarnya ialah marijuana!

Majlis bandar raya Astana segera mengarahkan penyiasatan dilakukan ekoran penemuan amat mengejutkan itu yang menyaksikan sepanjang jalan utama tersebut ditanam ribuan spesies kanabis diharamkan pemerintah.

Siasatan awal merumuskan pokok ganja berkenaan mungkin ditanam secara tidak sengaja oleh pekerja landskap majlis tempatan yang tidak tahu ia adalah tumbuhan narkotik atau memang ditanam sindiket dadah tertentu.

Seorang jurucakap firma kontraktor perkhidmatan tanaman bandar, Zelenstroy yang mendapat tender landskap oleh majlis tempatan berkata, mereka turut menjalankan siasatan dalaman terhadap semua pekerja terlibat.

291AD0B700000578-3099143-Officials_say_they_are_mystified_as_to_where_the_plants_have_com-a-17_1432729980145

“Jika benar itu memang sah ganja, kami tidak teragak-agak membuang tumbuhan marijuana tersebut dengan segera dan digantikan kepada pokok hiasan lain,” tegas jurucakap berkenaan dalam satu kenyataan media.

Seorang penduduk awam, Mihail Malorod yang merupakan individu pertama menyedari pokok narkotik itu mendakwa, tanaman spesies kanabis itu juga ditanam subur di sepanjang bahu laluan Dzhangeldina Street.

Astana yang menggantikan Almaty sebagai ibu negara baharu Kazakhstan sejak 1997, merupakan bandar raya terancang dengan banyak landskap tanaman menghiasi seluruh kawasan pentadbiran. – Agensi/H.A.AMREE

344

KUALA LUMPUR – Seorang penjual alat ganti kenderaan yang dipercayai mengedar dadah jenis ganja sejak empat bulan lalu ditahan di Jalan Padang Balang Setapak, di sini, kelmarin, membabitkan rampasan bernilai RM94,000.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, berkata berdasarkan serbuan yang dilakukan di rumah suspek berusia 40-an itu, berjaya menemui sebanyak lebih 30 kilogram dadah jenis ganja.

“Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula semalam akan disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, (IPKKL), sebentar tadi.

BH Online

294

TUARAN – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dipercayai jenis ganja seberat 316 gram bernilai RM2,000 di Jalan Gayaratau Bundu Tahuri, Tamparuli semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tuaran ASP Juraimah Ismail berkata dadah itu ditemui di dalam kereta yang dipandu suspek berusia 30-an itu semasa Unit Kereta Peronda Polis Tuaran memriksanya kira-kira 3.30 pagi.

“Polis menemui lima kiub (ganja mampat dalam bentuk kiub) dan 15 paket plastik pelbagai saiz berisi daun kering mampat dipercayai dadah jenis ganja,” katanya di sini hari ini.

Juraimah berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

389

BUKIT MERTAJAM – Polis merampas 90 kilogram ganja bernilai RM300,000 dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan di Kubang Semang, di sini, semalam.

Susulan rampasan itu, polis menahan seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dalam serbuan di sebuah rumah di Tanah Liat di sini, awal pagi ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

“Hasil pemeriksaan terhadap kereta Proton Waja itu pada 8.30 malam tadi, polis menemui 90 ketul daun kering disyaki dadah jenis ganja,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Beliau berkata polis menemui kunci kereta Proton Waja itu dalam pemeriksaan di rumah lelaki berusia 28 tahun terbabit pada 1.30 pagi dan polis turut merampas dua telefon bimbit serta sebuah motosikal Kawasaki.

“Siasatan polis mendapati lelaki itu aktif mengedar ganja di sekitar SPT secara sendirian sejak lima bulan lepas. Dia direman sehingga 27 Jan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata kertas siasatan kes kanak-kanak perempuan yang diselamatkan dalam keadaan kelaparan di Sungai Dua, Butterworth, Khamis lepas diserah kepada Ketua Unit Pendakwaan hari ini.

“Bapa kanak-kanak itu masih direman sehingga esok dan dia yang berusia 34 tahun akan didakwa menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan dan pengabaian terhadap mangsa,” katanya.

Kanak-kanak perempuan murid tahun satu itu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik selepas seorang guru membuat laporan polis mengesyaki sesuatu berlaku selepas dia tidak hadir ke sekolah. – BERNAMA

693

ALASKA – Seorang penyampai berita di televisyen KTVA, Charlo Greene yang mengejutkan penonton kerana mengumumkan dia meletak jawatan ketika berita sedang keudara bagi memperjuangkan usaha membenarkan penggunaan ganja, sebenarnya pernah menyebabkan seorang kanak-kanak jatuh sakit.

Budak berusia empat tahun itu, yang juga jirannya, sakit selepas Greene menghisap terlalu banyak ganja di rumahnya, hinggakan asap ganja itu memudaratkan budak tersebut.

Menurut jirannya yang juga bapa kanak-kanak tersebut, Tyler Gilbrech, Greene dan kekasihnya mula menjadikan apartmen mereka sebagai sarang menghisap ganja sejak kedua-duanya berpindah ke apartment tersebut pada bulan Jun lalu.

“Keadaan menjadi bertambah buruk hinggakan anak perempuan saya menjadi sakit akibat asap ganja tersebut.

“Saya kemudiannya membuat aduan kepada pengurus apartmen tetapi Greene meminta pengurus terbabit supaya tidak masuk campur hingga memaksa saya mengambil tindakan,’’ katanya.

Menurut Gilbrech, Greene sebaliknya mendakwa beliau yang mengganggu dia dan kekasihnya .

Susulan itu Gilbrech berkata, pasangan kekasih itu kemudiannya diperintahkan oleh mahkamah supaya menjauhi keluarga Gilbrech sekurang-kurangnya 20 kaki.