Laman Utama Tags Posts tagged with "Hudud"

Hudud

349

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang‎ memohon Mahkamah Tinggi membatalkan saman difailkan empat individu berhubung pembentangan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sidang Parlimen.

Abdul Hadi, menerusi affidavit sokongan berkata keempat-empat individu itu ‎tidak mempunyai hak untuk menghalang cadangan, pembentangan dan perbahasan mengenai perkara berkenaan.

Beliau juga mendakwa saman pemula yang difailkan Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin itu juga tidak mempunyai merit dan sebagai anggota Dewan Rakyat, beliau mempunyai hak keistimewaan serta imuniti.

Abdul Hadi memfailkan permohonan itu pada 2 Julai lepas melalui Tetuan Wan Jawahir & Takiyuddin.

Mansoor dan lain-lain memfailkan saman pemula berkenaan pada 12 Jun lepas dengan menamakan Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan pertama hingga kelima.

Keempat-empat individu itu juga memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili empat defendan iaitu Pandikar, Ismail, Ronald dan Roosme, memberitahu pemberita bahawa permohonan itu didengar di dalam kamar Hakim Datuk Asmabi Mohamad hari ini untuk pengurusan kes.

Katanya, Asmabi menetapkan 28 Sept untuk pendengaran permohonan Abdul Hadi. – BERNAMA

762

DALAM pada keghairahan ‘Mat Sabu and the gang’ yang dikatakan bakal menubuhkan parti baru iaitu Gerakan Harapan Baru, bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi ingatan kepada mereka supaya tidak hanya berperanan sebagai ‘burung kakak tua’ kepada DAP dan mengikut telunjuk parti tersebut.

Amaran tersebut dikeluarkan kerana menurut Mustafa, beliau khuatir puak progresif PAS itu akan hilang perjuangan asal mereka untk melaksanakan Hudud kerana semua sedia maklum, DAP amat menentang keras perlaksaaannya walaupun sudah seribu kali diberitahu, ia tidak melibatkan orang Islam.

BERKAITAN: GHB Bakal Jadi Parti Sekular – PAS

PAS_PC

Datuk Mustafa Ali

Memetik kenyataannya menerusi portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), “Yang menjadi pertikaian antara PAS dan DAP adalah Hudud. DAP kata, anda hendak bersama dengan kita tinggal Hudud sebab DAP merasakan dia boleh mengusai pengundi Cina sekarang.

“Mereka ini hendak menang pilihan raya memerlukan undi Cina sebab dia punya matlamat. Pada saya, pada waktu itu dia punya matlamat jangka pendek hendak menang pilihan raya.”

Melihat situasi terkini kumpulan tersebut, beliau yakin seandainya mereka tidak berhati-hati, mereka bakal meninggalkan Hudud sebagai tujuan utama perjuangan. “Dia orang akan ikut (tolak Hudud) dan itu adalah jangkaan saya.”

Mustafa Ali Cabar Mulut Celupar Guan Eng Berdebat

233

KOTA BAHARU – DAP hari ini diselar kerana disifatkan sengaja buat-buat tidak faham mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bukan Islam sepatutnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud kerana ia tidak melibatkan mereka dan hukuman hanya dikenakan terhadap orang Islam sahaja.

“Sepatutnya tak timbul dia (DAP bantah) sebab kita pinda mengikut kehendak dia (undang-undang tidak terpakai kepada bukan Islam), sepatutnya dialah yang paling setuju.

“Alih-alih dia pula yang lawan. Jadi bukan mereka tak faham, (tapi) mereka buat-buat tak faham,” katanya pada Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di sini, malam tadi.

Persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 18 Jun lepas masih belum membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan kerana memberi laluan kepada agenda dan urusan kerajaan lain.

Mohd Nassuruddin berkata dalam rundingan yang dilakukan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, PAS telahpun menyatakan hasrat parti untuk memperkasakan syariat Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan negara.

“Dalam Perlembagaan negara disebut dalam Perkara 3 iaitu Islam bagi agama Persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan. (Selain itu) Perkara 11 juga sebut setiap orang berhak mengamalkan kepercayaan masing-masing.

“Hudud ini kepercayaan agama Islam dan jelas disebut dalam al-Quran (termasuk hukuman yang perlu dikenakan kepada pesalah),” katanya.

Katanya PAS sentiasa terbuka dalam membincangkan perkara ini dan sentiasa memberi penjelasan lanjut kepada mana-mana pihak yang mahukan pencerahan berhubung hukum hudud berkenaan.

“Jadi saya pun tak faham kenapa mereka tak faham, saya pun tak reti kenapa mereka tak reti. Tapi saya reti kenapa mereka buat tak reti. Kita terbuka dan memang sentiasa beri penjelasan … bukan kita tak bagi,” katanya.

RUU itu dicadangkan susulan keputusan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang sebulat suara meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas bagi pelaksanaan hudud di negeri itu. – BERNAMA

656

KEPALA BATAS – Pas akan tetap meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, Pas tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

“Dalam hal ini, Pas mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. Pas tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah… biar dia sahaja yang bersuara, kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak…qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.

“Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak,” katanya pada ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah Pas negeri Pulau Pinang, Pongsu Seribu di sini Sabtu malam.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dan barisan kepimpinan Pas negeri Pulau Pinang.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.

“Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.

“Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah. Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota Pas untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.

“Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.

“Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan,” katanya. – BERNAMA

 

154

KUALA LUMPUR – Rang undang-undang Persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan membuka laluan kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan tersenarai dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-Undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) itu bagaimanapun disenaraikan sebagai usul terakhir untuk dibahas pada persidangan kali ini yang akan berakhir esok.

Berdasarkan perkembangan itu, kemungkinan besar rang undang-undang yang dikemukakan untuk kali keduanya itu akan berdepan nasib sama seperti sebelum ini, iaitu gagal dibentangkan kerana perlu memberi keutamaan kepada usul-usul lain yang dikemukakan oleh kerajaan.

Menurut kertas aturan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat hari ini, terdapat 12 lagi rang undang-undang yang perlu diberi keutamaan serta 15 usul yang dikemukakan anggota Parlimen lain bersabit pelbagai isu.

Rang undang-undang Persendirian yang dikemukakan Presiden PAS itu bertujuan meminda Seksyen 2, Akta 355 bagi menggantikan peruntukan sedia ada berhubung bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ke atas penganut agama Islam.

Pada persidangan lepas, Abdul Hadi mengemukakan usul rang undang-undang itu dan telah disenarai dalam kertas aturan mesyuarat Dewan Rakyat pada 7 April lepas, dua hari sebelum persidangan itu berakhir, menyebabkan ia tidak sempat dibentangkan kepada sidang dewan.

Rang undang-undang itu dicadangkan susulan keputusan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang sebulat suara meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas. – BERNAMA

 

605

Dalam ucapan perasmian Dewan Ulama PAS di Gombak, Selangor pagi ini, Mursyidul AM PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, tahaluf siyasi atau kerjasama politik diputuskan sebagai wasilah (jalan baik) untuk memastikan nilai, dasar dan hukum Islam ditegakkan demi keredaan Allah S.W.T.

Lantas itu, beliau berkata, kerjasama perlu mendorong kepada maslahah iaitu kebaikan dan bukannya mafsadah iaitu keburukan, sebagai contoh permusuhan, kritikan yang memporak-perandakan parti serta campur tangan pihak tertentu.

DAP ‘Angkat Kaki’ Keluar Pakatan Andai Hadi Kekal Presiden PAS

Memetik kenyataannya seperti disiarkan portal Malaysiakini, “Talafuf siyasi bukan janji. Tahaluf sekarang ini adalah tahaluf siyasi ta’awun lil-maslahah (kerjasama politik untuk mendapat kebaikan).

“Jika tidak ada maslahah, faham-faham sajalah.

“Kalau ada maslahah kita pakai, Kalau berlaku mafsadah seperti permusuhan, kritikan pecah belah, kritikan, campur tangan, kita kena rujuk kepada Al-Quran.”

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar ahli PAS, termasuk Ahli Syura dan ulama PAS yang menyayangi parti itu untuk sama-sama memperkukuhkannya.

“Oleh itu saya menggesa ahli, ahli syura dan ulama PAS yang menyayanyi PAS beriltizam untuk mempertahankan PAS di tengah-tengah tentangan segenap penjuru.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Haron Din – Hudud Lebih Penting Berbanding Pakatan

736

KOTA BHARU – Muktamar tahunan PAS 2015 Jun ini dilihat bakal memperteguhkan lagi keazaman parti itu untuk melaksanakan hudud.

Sekalipun sekutu mereka DAP semakin keras menentang, namun penganalisis politik yakin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus mendapat kepercayaan anggota untuk memimpin parti bagi menjayakan pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata serangan pemimpin-pemimpin DAP terhadap PAS jelas menunjukkan adanya perancangan parti itu untuk menguasai PAS melalui pemilihan pada muktamar kali ini.

Beliau berpendapat DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin PAS yang berani berkata ‘tidak’ kepada DAP yang begitu keras menentang hudud.

Serangan DAP itu dilihat bertujuan untuk mengendurkan perjuangan PAS dalam melaksanakan hudud, katanya.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff melihat DAP mahu kalangan pemimpin PAS yang selari pemikiran dengan mereka menang pada pemilihan muktamar nanti.

“Persepsi masyarakat umum pada pemilihan kali ini ialah ia melibatkan pertentangan antara mereka yang mahu menegakkan Islam dengan kumpulan yang mahu menegakkan sekularisme di negara ini.

“Saya tidak dapat melihat bagaimana Muktamar Tahunan PAS 2015 ini akan mengendurkan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud, sebaliknya akan memperteguhkan lagi keazaman mereka,” katanya.

Kamarul Zaman yakin golongan ulama yang menjadi tunjang kepada perjuangan PAS selama ini akan menang besar.

“Saya melihat bahawa golongan pro kepada DAP akan mengalami kekalahan teruk kepada pendukung kepimpinan ulama dalam muktamar itu nanti,” katanya.

Muktamar Tahun PAS 2015 akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada 4 hingga 6 Jun ini.

Tindakan DAP menyerang PAS dilihat semakin memuncak selepas keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud ke Dewan Rakyat.

Presiden PAS itu berbuat demikian selepas kerajaan Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lepas dengan turut disokong oleh kesemua 12 anggota DUN daripada Barisan Nasional (BN).

Walaupun pelaksanaan kanun jenayah syariah tersebut hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf dan tidak kepada orang bukan Islam, DAP amat tidak senang sehinggakan Penasihat DAP Lim Kit Siang ketika berceramah di Kota Baharu pada 10 Mei lepas, seolah-olah mengajar PAS bagaimana untuk melaksanakan hudud.

Tindakan Kit Siang itu dikecam pemimpin PAS dalam kalangan ulama.

“Serangan bertubi-tubi para pemimpin DAP ke atas presiden PAS dan hudud itu menyebabkan team ‘erdogan’ kini semakin sukar untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan PAS nanti,” kata Kamarul Zaman. – BERNAMA

739

KUALA LUMPUR – “Saya tidak perlu meminta maaf kepada PAS”.

Demikian reaksi tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung desakan pemimpin PAS Kelantan supaya beliau meminta maaf kepada PAS kerana mempertikaikan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu dalam satu ceramahnya di Kota Bharu baru-baru ini.

Kit Siang sebaliknya menegaskan PAS yang sepatutnya meminta maaf kerana menghancurkan hubungan baik Pakatan Rakyat kerana pelaksanaan undang-undang hudud tidak pernah menjadi persetujuan bersama Pakatan Rakyat selama ini.

“Sudah seminggu selepas ucapan saya dalam ceramah perdana anjuran PAS Kota Bharu dan saya masih tercari-cari apa ucapan saya yang didakwa menghina Islam, hudud dan PAS.

“Saya pun tertanya-tanya pada minggu lalu mengapa ucapan saya dalam ceramah itu menimbulkan reaksi tidak rasional, beremosi dan panik dalam kalangan pemimpin PAS Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Kit Siang, mungkin pemimpin PAS Kelantan percaya pelaksanaan hudud di Kelantan adalah satu-satunya cara untuk mereka menyelamatkan parti itu daripada kehilangan negeri berkenaan selepas enam penggal memegang kerajaan negeri.

Namun, kata beliau, pendirian itu tidak bermakna PAS boleh beranggapan apa sahaja keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan adalah suci dan tidak boleh dibahaskan atau dipersoalkan

Malah, katanya, beliau sepatutnya meminta maaf dengan rakyat jika gagal untuk bercakap dengan benar dan jujur ​​dalam ceramah itu bahawa Pakatan Rakyat akan kehilangan peluang ke Putrajaya berdasarkan senario semasa.

“Semua kejayaan dikecapi Pakatan Rakyat adalah sia-sia jika Pakatan Rakyat gagal untuk menegakkan rangka kerja dasar bersamanya,” kata beliau.

Majlis Syura Ulamak PAS Pusat sebelum ini meminta Kit Siang memohon maaf kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud semasa menyampaikan ceramahnya di Kelantan, negeri yang melaksanakan undang-undang Islam itu.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr. Nik Zawawi Salleh berkata, Kit Siang sepatutnya lebih berhati-hati dalam ceramahnya di Padang Perdana di sini pada 10 Mei lepas, yang dianjurkan PAS Kawasan Kota Bharu.

Kit Siang dalam ceramah itu dilaporkan menjadikan dua negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam, namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam. – mynewshub.cc

684

MACHANG – PAS meminta Penasihat DAP,Lim Kit Siang memohon maaf kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud semasa menyampaikan ceramahnya di Kelantan, negeri yang melaksanakan undang-undang Islam itu.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Nik Zawawi Salleh berkata, Lim sepatutnya lebih berhati-hati dalam ceramahnya di Padang Perdana di sini pada 10 Mei lepas, yang dianjurkan PAS Kawasan Kota Bharu.

Lim sepatutnya menghormati dasar PAS setelah dijemput bercermaah di Kelantan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini, hari ini

“Beliau tidak sepatutnya bercakap begitu dan (Lim sepatutnya) lebih berhati-hati,” katanya apabila diminta mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kenyataan Lim itu.

Akhbar melaporkan bahawa dalam ceramah berkenaan, Lim menjadikan dua negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam, namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Lim dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

Nik Zawawi berkata PAS sentiasa menghormati dasar DAP, dan pada masa sama berharap DAP menghormati dasar PAS berasaskan persefahaman yang terbentuk dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata walaupun PAS boleh menyanggah banyak dasar-dasar yang diperjuangkan DAP, tetapi PAS tidak pernah berbuat demikian semata-mata kerana menghormati parti itu.

Pada 19 Mac lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud selepas mendapat persetujuan sebulat suara daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Di KUALA LUMPUR, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menyelar PAS kerana menyifatkan ia sebagai parti melampau selepas mencabar perlembagaan rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015)di Mahkamah Persekutuan.

Mah berkata apa yang amat membimbangkan parti itu ialah jika pelaksanaan undang-undang hudud tidak mengikut perlembagaan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Gerakan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Kami hanya mahu mempertikaikan apa yang dikatakan oleh para pemimpin PAS bahawa kami melampau sebab hujah kami ialah undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan kami mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan jawapan kepada kekeliruan ini,”katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti hari ini.

Mah, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Gerakan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi, dan “kita tidak mampu untuk mempunyai sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. ” – BERNAMA

1085

KUALA LUMPUR – Mengapa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menyatakan pendirian rasmi mengenai rancangan PAS untuk membentangkan cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan pada sidang Parlimen akan datang?

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang mempersoalkan perkara itu berkata, DAP dan PKR seolah-olah sengaja mahu mengelak daripada isu itu dibangkitkan kerana ketiga-tiga parti berkenaan perlu bekerjasama dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

“Saya merujuk kepada sidang Parlimen yang akan bermula pada 18 Mei ini. Dua hari lalu pemimpin PAS mengesahkan telah menyerahkan notis kepada Parlimen untuk membentangkan cadangan undang-undang hudud di Kelantan.

“Sehingga hari ini, DAP dan PKR tidak pun memanggil mesyuarat Pakatan Rakyat untuk menghentikan PAS daripada meneruskan hasrat tersebut sedangkan kedua-dua parti itu menentang cadangan tersebut sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Liang berkata, sikap DAP dan PKR mendiamkan diri dan tidak membuat bantahan ke atas PAS menunjukkan kedua-dua parti itu sebenarnya bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud di kelantan.

Justeru, katanya, DAP dan PKR perlu bersikap tegas dengan menghalang PAS daripada meneruskan rancangannya untuk mengelak kedua-dua parti itu disalah erti.

– MYNEWSHUB.CC

1782

pas 1

KUALA LUMPUR – Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS pada hari ini sudah begitu teruk musnahnya sehingga ada di kalangan pemimpin parti itu sanggup membawa pemimpin kafir seperti Lim Kit Siang untuk berucap di Kota Bharu bagi menolak hukum Allah (hudud).

Tindakan itu katanya dibuat oleh pihak-pihak yang selama ini seolah-oleh tidak sabar menanti ayahanda beliau meninggal dunia.

Beliau yakin, sekiranya ayahanda beliau (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) masih hidup, tidak akan ada mana-mana pemimpin PAS yang akan berani bertindak demikian.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan TGNA rahimahuLlah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah,” katanya hari ini.

Beliau meluahkan kekecewaan yang mendalam itu melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Semalam, Lim Kit Siang secara berani dan terbuka berucap menolak Hudud di hadapan ribuan penyokong dan ahli PAS dalam program Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana.

Antara baris ayat mengalahkan ulamak masyhur yang disebut Kit Siang adalah seperti berikut;

“Saya baca bila saya ke Jordan. Saya baca adalah saujana-saujana dan ustaz dan ulama Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan ia mempunyai syarat sebelum ia dilaksanakan.

“Ketua Persatuan Ulama Islam Dunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan maknanya masa tidak sampai untuk melaksanakan, ataupun tidak ada keutamaan. Bukan saya kata, itu yang saya baca,”.

mynewshub.cc

Dalam pada itu, Nik Abduh dalam status yang sama berdoa agar Allah swt mengukuhkan istiqamah ahli PAS agar mereka meneruskan perjuangan ayahanda beliau bersama dengan Presiden parti yang masih berjuang bersungguh-sungguh menentang badai penipuan yang sedang melanda dalaman PAS.-MYNEWSHUB


Sebagai orang Islam…. admin malu dengan kesungguhan seorang yang bukan Islam mempertahankan Tabung Haji dan 1MDB dengan menggunakan akal dan bukanya emosi…sudah tentu dia banyak membaca …. sebab itu dia dapat membezakan pelaburan sah oleh sebuah syarikat hartanah dengan apa yang kononnya bailout…apakah kita masyarakat Islam berpegang kepada wahyu pertama yang menyeru kita agar membaca? Atau kita hanya membaca bahan-bahan yang disusun rapi sebagai satu bentuk propaganda oleh pahlawan keyboard DAP? Ingat bagaimana hebatnya isu pengundi Bangla dimainkan sehingga ramai yang bersungguh percaya….hanya selepas emosi tenang baru ramai dapat berfikir secara rasional…namun kemusnahan dan sikap memperbodohkan diri sendiri sudah pun berlaku masa kesedaran datang berkunjung dalam jiwa….BACALAH:

Bagaimana Seorang Bukan Islam Pertahankan TH Dan 1MDB

849

KEPUTUSAN yang dibuat parti Gerakan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Mahkamah Persekutuan disifatkan sebagai satu tindakan melampau.

Pandangan tersebut dilontarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Namun, tidak akan menyerah kalah, beliau menambah, PAS akan berjuang habis-habisan bagi menegakkan syiar Islam di Kelantan.

[PAS Tetap Berusaha Laksana Hudud Walaupun Ditentang DAP]

Mohd-Amar-Nik-Abdullah

Dalam satu kenyataan kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan semalam, “Kita akan lawan, cuma saya tertanya-tanya, apa tujuan Gerakan yang bersungguh-sungguh, sebab usaha (Hudud) ini boleh ditolak dalam Parlimen.

“Kenapa Gerakan perlu failkan di mahkamah dan jadikan benda ini secara ‘legal’ sebab ia boleh ditolak dalam Parlimen.”

Mohd Amar menambah, tindakan Gerakan akan menyebabkan masyarakat Islam meragui parti tersebut.

Jumaat lalu, Gerakan menfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan perundangan tersebut.

Menurut Timbalan Pemuda dan Ketua Pasukan Perundangan Gerakan, Andy Yong Kim Seng, notis usul itu dikemukakan di Pusat Sehenti Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, di Putrajaya kira-kira jam 11 pagi.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Kerajaan Persekutuan Tak Halang Hudud Di Kelantan

411

ROMPIN – Kempen PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin dilihat lebih tertumpu kepada isu Felda dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST daripada menerangkan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan parti itu.

Beberapa penganalisis politik berpendapat PAS akan lebih menggunakan isu-isu yang kini laku dan mampu mempersonakan rakyat seperti Felda, GST dan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana isu hudud mampu menjejaskan sokongan kerana ditentang sekutunya DAP dan PKR.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata jika isu hudud dibawa dalam kempen ia dilihat mampu memberi kesan terhadap sokongan kepada PAS khususnya daripada pengundi bukan Islam.

Sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berbeza pendirian dengan pemimpin DAP dan PKR dalam isu itu bakal menjauhkan pengundi bukan Islam terhadap calon PAS, katanya.

“Malah isu hudud dilihat mampu memecah-belah sokongan pengundi bukan Islam yang sebelum ini memberikan sokongan kepada calon pembangkang atas semangat pakatan pembangkang,” katanya kepada Bernama.

Kawasan Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar dengan majoritinya Melayu manakala 1,352 pengundi Cina, India (621) dan lain-lain termasuk Orang Asli sebanyak 4,541 orang.

Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat memang menjangkakan PAS tidak akan menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia bukan isu yang mampu menggoncang kubu kuat BN.

“Mereka akan lebih menggunakan isu-isu yang kini laku dan mampu mempersonakan rakyat seperti CBP dan 1MDB,’ kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Nasrudin Hassan tidak menafikan bahawa parti lebih menumpukan kepada isu nasional seperti GST dan Felda daripada hudud .

PAS akan hanya memasukkan isu hudud jika terdapat pengundi yang memerlukan penerangan mengenainya, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya untuk program jelajah kempen PRK Rompin, parti turut membawa penceramah dan ustaz yang mahir mengenai hukum hudud untuk memberikan penerangan.

“Selain itu, parti turut mengeluarkan risalah yang memberi penerangan lanjut mengenai hudud dan isu nasional seperti GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan),” kata Nasrudin.

PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. – BERNAMA

474

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak menyokong hudud kerana lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan dan keamanan negara.

Mohamed Azmin berkata dasar bersama PR dalam hal ehwal keselamatan adalah jelas dengan memberi tumpuan penuh terhadap isu lebih besar yang dihadapi rakyat negara ini sekarang.

“Pemerkasaan ekonomi, kebajikan dan sistem pendidikan adalah isu keselamatan sebenar rakyat Malaysia sekarang dan dasar bersama PR berhubung perkara ini adalah jelas,” kata Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam forum ‘Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi’ bertempat di Kompleks Media Karangkraf di sini semalam, Abdul Hadi berkata terdapat pemimpin dalam pakatan pembangkang yang menolak pelaksanaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud kerana mementingkan kemenangan dalam pilihan raya serta takut akan kehilangan undi khususnya dalam kalangan pengundi bukan beragama Islam.

Kata presiden PAS itu lagi tidak seperti parti komponen PR yang lain, matlamat PAS adalah mahukan negara yang selamat, kerana perjuangan PAS bukanlah perjuangan politik dan perjuangan pilihan raya tetapi untuk rakyat sepanjang masa.

Dalam forum itu juga, Abdul Hadi memberi jaminan masyarakat di negara ini akan hidup aman sekiranya hudud dilaksanakan. – BERNAMA

4234

JAKARTA – Hanya dalam tempoh waktu kurang daripada 72 jam, kerajaan Arab Saudi sekali lagi memancung kepala seorang wanita rakyat Indonesia sebagai hukuman hudud ke atas pesalah terbabit kerana jenayah pembunuhan dilakukan.

Setelah Siti Zainab Duhri Rupa dari Bangkalan, Madura dipenggal kepalanya pada pagi Selasa di Madinah, kali ini Arab Saudi menghukum mati Karni Medi Tarsim, berasal dari Brebes, Jawa Tengah pada pagi Khamis di penjara Yanbu dekat Jeddah.

Pemancungan itu dibuat setelah pihak keluarga mangsa enggan memaafkan pesalah yang membunuh anak perempuan mereka berusia empat tahun ketika bertugas sebagai pembantu rumah pada 2012 dan suspek dijatuhi hukuman pada 2013.

Siti Zainab Duhri Rupa

Sebelum ini, dua warganegara Indonesia telah menjalani hukuman pancung atas kesalahan sama pada 2008 dan 2011, manakala 34 lagi rakyat republik itu masih menunggu ‘giliran’ dipenggal kepala mereka jika proses rayuan gagal.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia Arrmanantha Nassi berkata, republik itu menghormati kedaulatan undang-undang Arab Saudi, namun sedih rayuan peringkat tertinggi termasuk melibatkan presiden ditolak keluarga mangsa.

“Pelbagai langkah telah kita lakukan, termasuk surat dari presiden, satu kali oleh Susilo Bambang Yudhoyono dan dua kali oleh Joko Widodo yang memohon ihsan Raja Arab Saudi untuk menunda hukuman mati dan memujuk keluarga korban,” katanya.

Karni Medi Tarsim

Bahkan Presiden Indonesia sendiri sanggup meminta jasa baik Raja Salman Abdulaziz Al-Saud untuk menjadi ‘orang tengah’ ketika proses rayuan agar hukuman berat itu boleh diturunkan sehingga ke peringkat qisas iaitu penjara dan denda.

“Keluarga Karni sudah dua kali ke sana bertemu Karni dan keluarga korban untuk mohon maaf. Menteri Luar juga pada pertemuan dengan wakil Menteri Luar Arab Saudi akhir bulan lalu minta bantuan,” ujar Arrmanantha.

Namun, semua usaha keras yang sudah dilakukan sejak 2013 masih tidak mampu membuka kemaafan daripada keluarga mangsa dan mereka menilai apa yang dilakukan Karni terlalu kejam, sehingga enggan memaafkan perbuatannya.

Sejak Januari lalu sehingga kini, Arab Saudi sudah menghukum mati 61 pesalah asing termasuk dari Pakistan, Syria, Myanmar, Jordan, Yaman, India dan Filipina manakala sepanjang 2014, seramai 90 orang dihukum pancung. – Agensi/A.AMREE

1100

Dalam satu kenyataannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS wajib menerima perlawaan rundingan dari UMNO bagi memastikan perlaksanaan hukuman Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan.

Tambah beliau lagi, ahli parti Islam tersebut tidak wajar mempertikaikan keikhlasan UMNO yang dilihat menyokong hasrat kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

[TERDAHULU: Pejabat Presiden PAS Kata Abdul Hadi Tak Sokong POTA]

Umno-Pas

Menerusi sebuah akhbar tempatan, Abdul Hadi berkata, “Umno ajak kita berunding (dalam isu hudud), maka kita wajib berunding. Kalau ada pihak mengatakan (UMNO) tipu, itu urusan Tuhan yang mengetahuinya.

“Bagi kita (PAS), kita anggap (sokongan UMNO dalam isu hudud) semuanya ikhlas. Jangan ditangguh urusan ikhlas ini.”

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tingkah DAP yang terus-menerus masuk campur dalam hal ehwal agama Islam dan mahu PAS menangguhkan hasrat tersebut.

“DAP tak setuju laksanakan Hudud, minta ia ditangguh-tangguh. Kita pilih pandangan ulama bahawa Hudud itu dilaksanakan ke atas orang Islam, orang bukan Islam mereka ada hak ikut undang-undang lain.

“Tetapi dia (DAP) nak ganggu juga hal mengenai orang Islam. Kita nak laksanakan hukum ini bukan seperti yang dilakukan IS (kumpulan militan Negara Islam) dan Taliban, belum apa-apa bunuh.”

– MYNEWSHUB.CC

Penerangan Tentang Hudud Oleh Abdul Hadi Awang

1011

SHAH ALAM – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti berkenaan perlu mengadakan rundingan dengan UMNO dalam
usaha mereka (PAS) untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Beliau menganggap UMNO ikhlas dalam menyokong usaha PAS itu.

“Bagi kita, kita anggap semuanya ikhlas. Jadi, jangan tangguh urusan ikhlas ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Nadwah Fiqh Ikhtilaf anjuran Pemuda PAS di sini hari ini.

Malah, anggota Parlimen Marang itu turut mempertikaikan tindakan segelintir anggota PAS yang mempersoalkan keikhlasan UMNO itu.

Abdul Hadi bagaimanapun kesal apabila sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, DAP yang terus menekan PAS supaya menangguhkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Beliau menyatakan pelaksanaan hukum Hudud yang ingin diketengahkan PAS tidak melibatkan orang bukan Islam dan DAP sepatutnya tidak perlu risau.

“Kita nak laksana hudud bukan macam Taliban atau IS kerana mereka dirikan negara tak mengikut asas yang betul,” katanya. – BERNAMA

929

KUALA LUMPUR – “Majotiri negara Islam di dunia ini tidak melaksanakan hudud,” tegas Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Menurut beliau, tiada satu daripada negara berkenaan dianggap mana-mana pihak sebagai anti-Islam hanya kerana tidak melaksanakan undang-undang tersebut.

Justeru, dakwanya, rancangan PAS untuk membentangkan undang-undang hudud semata-mata bagi membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

“Majoriti negara Islam tidak melaksanakan hudud. Pastinya tiada sesiapapun mencadangkan bahawa kesemua negara Islam itu adalah anti-Islam.

“Rancangan kerajaan perpaduan menggunakan hudud secebis daripada usaha untuk menganggu PAS dan Pakatan Rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang yang bukan beragama Islam turut berhujah menggunakan nama Ulama tersohor, Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang didakwanya menyatakan masalah dalam hudud kerana kesilapan melaksanakannya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan akan tetap membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Marang itu berkata, keputusan berkenaan adalah muktamad dan parti itu tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan termasuk dari parti sekutu dalam Pakatan Rakyat.

– MYNEWSHUB.CC

791

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan akan memberi sokongan kepada PAS dalam pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud.

Tegas beliau, beliau memberi sokongan itu tanpa mempedulikan pandangan pihak lain terutama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Allah SWT.

“Saya tetap akan sokong. Sokong kerana Allah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan PAS mengakui telah memohon supaya Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud didahulukan dalam Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik berkata, perkara itu telah diusulkan kepada Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan kini sedang menunggu keputusan dari pihak Pandikar.

Abdul Hadi berkata, perkara itu merupakan hak kerajaan negeri Kelantan tanpa perlu mengambil kira pandangan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

– MYNEWSHUB.CC

463

KUALA LUMPUR – PAS mengakui telah memohon supaya Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud didahulukan dalam Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara itu telah diusulkan kepada Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan kini sedang menunggu keputusan dari pihak Pandikar.

“Ya, kita (PAS) ada minta usul persendirian didahulukan. Kita tunggu keputusan Speaker untuk kemukakan di Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kesanggupan PAS mengorbankan persahabatan dengan PKR dan DAP dengan meneruskan niat membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan hak kerajaan negeri Kelantan memandangkan banyak perkara dilakukan rakan sekutu itu tanpa pengetahuan PAS.

“Dalam perjalanan kita di Pakatan Rakyat, ada banyak perkara yang dilakukan oleh DAP dan PKR tanpa diberitahu kepada PAS. Tidak perlu terkejut kerana perkara itu sudah lama dan berkait dengan orang Islam saja,” kata anggota Parlimen Marang itu.

Abdul Hadi telah mengemukakan notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas yang akan membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac.

Abdul Hadi berkata pihaknya bersedia menerima sebarang reaksi daripada semua pihak mengenai rancangan melaksana hudud itu.

– BERNAMA

748

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Parlimen hari ini.

Pembentangan rang undang-undang itu yang akan membuka laluan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan disenaraikan sebagai perkara terakhir (No.24) untuk dikemukakan kepada mesyuarat.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu mungkin tidak berpeluang untuk dibentangkan berdasarkan senarai aturan urusan kerajaan yang panjang.

Abdul Hadi telah mengemukakan notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas. Usul itu akan membolehkan Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pada 19 Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak selepas 44 anggota DUN sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.

Ketegasan Pas untuk membentangkan usul persendirian itu telah meretakkan hubungan dalam pakatan pembangkang, khususnya antara PAS dan DAP.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengan Abdul Hadi, sebagai protes pelaksanaan undang-undang hudud itu.

Rakan sekutu PAS di Sabah dan Sarawak pula bertindak menamatkan kerjasama dengan parti itu. – BERNAMA

1062

Anak sulung Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Mohamad Abduh mengakui bahawa dia turut menerima amanat dari bapanya agar PAS dan UMNO menjalinkan hubungan baik dan tidak bersengketa bagi memudahkan perlaksanaan hukuman Hudud di Kelantan.

Memetik laporan dari sebuah akhbar tempatan, Nik Abduh berkata, sebelum pemergian bapanya, mantan Menteri Besar Kelantan itu berpesan tentang kerjasama antara kedua-dua parti bagi memartabatkan kesucian Islam.

[BERKAITAN: Nik Aziz Pernah Pesan Agar PAS Berbaik Dengan UMNO…]

nik-aziz-rocky0042qiadah

Justeru itu, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk bapanya menyampaikan amanat sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan Umno dalam semua isu.

Saya akui Ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan Umno demi membawa agenda Islam lebih baik.”

Awal bulan ini, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendedahkan bahawa Nik Aziz pernah berpesan agar PAS tidak mengkritik dan berbaik dengan parti pemerintah.

Memetik kenyataannya dalam laporan Berita Harian bertarikh 3 April lalu, “Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

“Kenapa isu ini perlu dibangkitkan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga, hubungan itu sudah terjalin.

“Perlu ingat, UMNO mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi, tidak perlu pertikaikan isu hubungan baik PAS dengan kerajaan Persekutuan, sebaliknya beri keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat.”

– MYNEWSHUB.CC

Amanat Nik Aziz Mahu PAS-UMNO Berbaik

1214

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor berpendapat, Sabah dan Sarawak berkemungkinan menuntut kemerdekaan seandainya Kerajaan Kelantan meneruskan hasrat untuk melaksanakan hukuman Hudud.

Ujar beliau, walaupun PAS menjanjikan undang-undang syariah itu hanya dikuatkuasakan kepada masyarakat Islam sahaja, namun ia tetap tidak terkandung dalam perjanjian ketika pembentukan Malaysia satu ketika dahulu.

“Sebagai contoh, baru-baru ini Scotland mengadakan pungutan suara tentang usaha memerdekakan negara itu daripada pemerintahan England.

[BERKAITAN: Hudud PAS Hanya Untuk Raih Undi – Tun M]

“Secara ikhlas, saya katakan jangan kita lupa butiran perbahasan yang dibentangkan semasa proses pungutan suara kemerdekaan Scotland dijalankan mungkin berlaku di negara kita kerana pihak berkenaan misalnya penduduk Sabah dan Sarawak, mereka mempersoalkan tentang perkara yang dijanjikan kepada mereka sebelum 2 negeri itu menyertai Malaysia.

“Mereka tidak dijanjikan tentang pelaksanaan hudud. Isu ini membabitkan agama. Kita tidak seharusnya lupa majoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak beragama Kristian.”

pas-hudud2

Tambahnya lagi, beliau kini bimbang dengan tahap pemikiran hak asasi manusia yang semakin berkembang, lantas ia mampu mengetepikan persepakatan yang dibuat berdekad lalu.

“Maklumat kini bergerak pantas dan dapat dibaca melalui telefon pintar. Malah, sewaktu rundingan sebelum penubuhan Malaysia, ada pemimpin Sabah dan Sarawak yang tidak mahu Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan.

“Pada masa itu lagi mereka sudah bersikap sensitif tentang isu itu. Mereka bimbang dianaktirikan daripada segi agama. Saya bimbang hari demi hari perkara yang bergolak seperti ini akan menimbulkan kesangsian dalam kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Apabila situasi ini berlaku, akan timbul isu menyentuh integriti, keselamatan dan keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan.”

Menurut Rahim, sebelum perlaksanaan Hudud dapat dilaksanakan, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut semua individu memiliki hak sama dan berhak mendapat perlindungan sama rata di bawah undang-undang perlu diperhalusi.

Ini kerana, Malaysia memiliki masyarakat yang berbilang kaum dan agama, dan hukuman Hudud, ia bakal menimbulkan isu sensitif dan menyentuh pegangan agama lain.

– MYNEWSHUB.CC

ISA Patut Dihidupkan Semula – Rahim Noor

862

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengkritik hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dengan menyifatkan ia sebagai ‘tidak Islamik’ dan hanya bertujuan untuk meraih undi.

Beliau menjelaskan bahawa hukum hudud mengalakkan keadilan dan undang-undang hudud yang dicadangkan PAS mengecualikan orang bukan Islam daripada hukuman dan oleh itu ia tidak adil.

“Di dalam al-Quran terdapat 43 ayat yang mengatakan bahawa apabila kamu menjatuhkan hukuman, anda mesti menghakiminya dengan adil. Tetapi dibawah hudud PAS, ia hanya diguna pakai terhadap orang Islam. Sekiranya orang Islam dan bukan Islam ditangkap kerana merompak, yang Islam akan dipotong tangannya manakala yang bukan Islam hanya dihukum penjara.

“Beritahu saya adakah ia adil? Sekiranya tidak adil, ia bukan Islamik,” kata Dr Mahathir ketika menjawab soalan yang diajukan peserta persidangan kepimpinan ‘What Youth Should Know’ di sini Sabtu.

Dr Mahathir juga berkata niat PAS untuk melaksanakan hudud bukan atas sebab Islam tetapi demi politik.

“Niat PAS bukan untuk Islam. Ia hanya untuk memenangi pilihan raya dan membuktikan mereka lebih Islamik berbanding Umno. Sekiranya niat anda untuk politik, maka hudud yang anda cuba laksanakan tidak lagi bersifat Islamik.

“Umno Kelantan menyokong hudud tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya yang mereka sokong,” katanya.

Dr Mahathir berkata sebagai sebuah negara berbilang kaum, kerajaan tidak mampu melaksanakan hudud di negara ini.

“Kami tidak boleh melaksanakan hudud di Malaysia kerana ia sebuah negara berbilang kaum. Tetapi terdapat undang-undang sedia ada yang mampu menegakkan keadilan.

“Saya percaya apabila anda menegakkan keadilan, maka anda sebenarnya menegakkan prinsip Islam,” katanya.

- mStar Online

1032

PETALING JAYA – Doktor diingatkan supaya mengangkat sumpah Hippocratic dengan serius dan tidak melakukan sebarang kemudaratan kepada orang ramai berkaitan usaha Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sumpah tersebut memerlukan doktor untuk merawat dan bukan melakukan sebaliknya.

“Sumpah kami adalah yang pertama tidak melakukan sesuatu yang membahayakan,” katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam juga berkata kementerian itu tidak akan membenarkan doktor untuk melaksanakan pemotongan tangan terhadap penjenayah.

Dr Noor Hisham dan Dr Subramaniam berkata demikian bagi mengulas kenyataan dalam sebuah portal berita yang memetik ahli jawatankuasa pelaksanaan hudud Kelantan, Dr Azhar Abdullah yang berkata kerajaan negeri itu mungkin mengupah doktor beragama Islam untuk melaksanakan pemotongan tangan dibawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II).

Dr Azhar mendakwa seorang pakar bedah dan pakar bius sudah menyatakan kesediaan mereka untuk menjalankan tugas tersebut.

Dr Noor Hisham berkata doktor tidak perlu melakukan kerja pemotongan tangan tersebut.

“Ia sepatutnya dilakukan oleh seorang yang ditugaskan untuk menghukum pesalah,” katanya.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Adeeba Kamarulzaman turut mengesa doktor untuk membuat pertimbangan sewajarnya sebelum terlibat dalam pelaksanaan hudud.

Beliau berkata negara ini tidak memenuhi prasyarat yang dikehendaki Islam untuk pelaksanaan hudud seperti kesaksamaan, keadilan dan belas kasihan.

“Terlalu banyak ketidakadilan dan ia tidak adil kepada golongan miskin dan lemah,” kata Dr Adeeba yang merawat dan memberi kaunseling kepada ramai penagih dadah dan pesakit HIV. - mStar Online

1032

TIMBALAN Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akhirnya mendedahkan satu rahsia iaitu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berpesan kepada ahli parti itu untuk berbaik dengan parti pemerintah yakni UMNO.

Ia bersandarkan kepada alasan bahawa UMNO merupakan kunci kepada perlaksanaan hukuman Hudud di Kelantan.

Memetik laporan Berita Harian hari ini, bekas Mursyidul Am PAS itu berpesan kepada PAS untuk tidak mengkritik UMNO kerana mereka perlu berurusan dengan pihak tersebut.

[BERKAITAN: PAS Wajar Berjuang Sendirian Demi Hudud]

Mohd Amar Nik Abdullah

Dalam kenyataannya seperti disiarkan akhbar tersebut, “Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

“Kenapa isu ini perlu dibangkitkan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga, hubungan itu sudah terjalin.

“Perlu ingat, UMNO mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi, tidak perlu pertikaikan isu hubungan baik PAS dengan kerajaan Persekutuan, sebaliknya beri keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat.”

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan pemerintah negeri melaksanakan hukuman tersebut di Kelantan.

– MYNEWSHUB.CC

PAS – Hanya Dengan UMNO, Hudud Boleh Dilaksanakan

699

KUALA LUMPUR – “Kita (PAS) jangan mudah percayakan orang lain untuk membawa apa yang kita perjuangkan sekian lama,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Tegas beliau, PAS tidak boleh berharap kepada pihak lain untuk memperjuangkan pelaksanaan hudud tetapi sesiapa yang ingin membantu parti itu dipersilakan manakala yang enggan menyokong tidak mengapa.

“Menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud adalah kewajipan umat Islam yang diimani oleh PAS.

“Membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat yang membuka jalan untuk pelaksanaan undang-undang Allah adalah satu kemuliaan dan fadhilat yang pasti diberi pahala. Ia tidak patut diserahkan kepada orang lain kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab PAS sebagai parti Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Mohd. Khairuddin menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam supaya menyokong usaha PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menurutnya, PAS sudah banyak berdailog secara ilmu dan harmoni dengan pimpinan politik bukan Islam bagi menjelaskan tentang undang-undang jenayah Islam selama berpuluh tahun.

“Ada yang berdolak-dalik enggan menerima kebenaran. Ada yang enggan menerimanya walaupun atas konsep hak demokrasi,” dakwanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS tidak boleh memaksa mereka bersetuju malah menghormati hak mereka untuk tidak bersetuju, namun perjuangan dan dakwah PAS tetap diteruskan.

DAP dan PKR sebelum ini menentang kuat rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan meskipun ketiga-tiga parti pernah mencapai kesepakatan untuk `bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam beberapa perkara termasuk hudud.

– MYNEWSHUB.CC

680

KUALA LUMPUR – PAS tetap akan meneruskan hasrat membentangkan di Dewan Rakyat Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud untuk pelaksanaan di Kelantan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anggota Parlimen Marang itu berkata, keputusan itu muktamad dan partinya tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan termasuk daripada parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, DAP.

“Selaras dengan perbincangan saya dengan Mursyidul Am (Datuk Dr Haron Din), saya tetap akan bentangkan rang undang-undang ini,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, Isnin.

Abdul Hadi telah pun mengemukakan pada 18 Mac lalu notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.

Rang berkenaan iaitu rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac. – BERNAMA

864

SETELAH minggu lalu DAP Sarawak mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) negeri itu atas alasan sekutunya, PAS menyeleweng dari matlamat asal, hari ini DAP Sabah mengikut jejak langkah serupa.

[BERKAITAN: DAP Sarawak Keluar Pakatan Rakyat Sarawak]

Dalam satu kenyataan bersama, DAP dan PKR Sabah mengumumkan bahawa mereka memutuskan hubungan kerjasama dengan parti Islam negeri itu kerana PAS bertegas mahu meneruskan misi mereka melaksanakan Hudud.

Tambah wakil daripada kedua-dua parti, usahasama antara kedua-duanya akan berterusan tanpa kehadiran PAS.

Pada sidang media sama, mereka turut menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin Islam PKR tidak menolak tuntutan Hudud yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran, cuma menolak pelaksanaannya di Malaysia.

Memetik laporan Malaysiakini, kenyataan tersebut ditandatangani oleh Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dan Pengerusi DAP Sabah Jjimmy Wong.

IMG_2936.storyimage

Kedudukan PAS dalam Pakatan kini dilihat terumbang ambing setelah pemimpin parti sekutu dilihat berterusan menghentam mereka, terutama Lim Guan Eng.

Malah dalam satu kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak pasti tentang masa depan parti itu bersama Pakatan.

IMG_9168

Namun yang terbaharu, menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, PAS mengumumkan untuk terus kekal dalam gabungan tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, hubungan parti itu bersama PR tidak dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

“Kami tidak bincang perkara tersebut hari ini dan kami kekal bersama Pakatan Rakyat,” katanya yang turut mencetuskan ‘kontroversi dalaman’ baru-baru ini apabila tersebar rakaman audio mirip suaranya memperkatakan tentang suatu rancangan menjatuhkan Abdul Hadi.

– MYNEWSHUB.CC

DAP Sarawak Umum Keluar Pakatan Rakyat

746

ALOR SETAR – Pemuda UMNO Kedah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemilik portal Malaysian Insider berhubung laporannya yang mendakwa kononnya Majlis Raja-Raja berkenan menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Ketuanya Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata laporan oleh portal tersebut yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan hukum Hudud menggambarkan Malaysian Insider kini terdesak.

“Institusi Diraja adalah simbol kebanggaan negara dan tidak perlu dicemari dengan tangan-tangan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.

Terdahulu, pembantu khas beliau, Shamsul Baharin Shaarom membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar meminta siasatan polis dilakukan terhadap Malaysian Insider berhubung laporannya itu.

Khamis lepas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata pihak majlis telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan oleh portal itu adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat majlis berkenaan.

Beliau berkata Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya dan pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac yang menyentuh hudud. – BERNAMA

815

ALOR SETAR – DAP Kedah yang dipengerusikan Tan Yen Chai menyifatkan keputusan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud, sebagai tidak mengamalkan demokrasi.

Beliau berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan dengan itu PAS mempunyai hak untuk mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud di Dewan Rakyat.

“DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Setiausaha Organisasi DAP Kedah Law Theng Hooi pula berpendapat tindakan Lim itu sebagai terburu-buru.

Beliau bimbang keadaan itu akan menyebabkan timbul persepsi buruk dalam kalangan pengundi, selain menyebabkan kemelut PR bertambah buruk.

“Dia (Lim) patut ada semangat Pakatan Rakyat (PR), jangan terburu-buru sebab dia perlu ambil kira penyokong PR pelbagai kaum yang banyak beri sumbangan,” kata Law.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata DAP tidak boleh lagi bekerjasama dengan Abdul Hadi kerana didakwa tidak jujur dan tidak bermaruah.

Ini susulan tindakan Abdul Hadi mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa DAP Kedah yang diterajui Tan tidak diiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kebangsaan, apabila pada Mei 2013, Lim melantik Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah. Pada Konvensyen Biasa DAP Kedah 2014, Anggota Dewan Undangan Negeri Derga Tan Kok Yew dipilih sebagai Pengerusi DAP Kedah.

Bagaimanapun, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf jawatankuasa dipengerusikan Lee Guan Aik ketika itu sebagai sah, menyebabkan wujud dua kumpulan dalam DAP Kedah. Tan Chun Ping dipilih menggantikan Guan Aik pada Konvensyen Biasa DAP Kedah 2014, sebelum diterajui Tan. – BERNAMA

429

IPOH – Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum Allah yang wajib dilaksanakan, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Bagaimanapun, beliau berkata umat Islam boleh memberi kritikan untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.

“Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna?.. itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum Allah itu, dia akan menerima bencana daripada Allah SWT.

“Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok…mungkin yang dikritik itu adalah caranya…hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib,” katanya selepas melancarkan projek pembinaan Kompleks Tarbiah Baitul Ridzuan di Kampung Manjoi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pihak yang mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Harussani berkata umat Islam seharusnya bersatu dan menerima hukum tersebut dan bukan berpecah-belah.

“Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut tetapi masih tidak dipersetujui puak lain, jadi mereka cuba pertahankan.

“Konsep Islam, umumnya, tidak boleh mempertikai hukum hudud, sekiranya dia mempertikaikan hukum hudud bermakna dia mempertikai hukum Allah,” katanya.

Mengulas teguran beliau baru-baru ini berhubung pendakwah yang cenderung bergurau dan melawak ketika menyampaikan ceramah, Harussani berkata tindakan itu bukan bertujuan mengutuk atau menuduh seseorang, sebaliknya untuk menyelesaikan masalah.

Katanya, menjadi kewajipan beliau untuk memberi sebarang teguran atau peringatan dan terpulang kepada mereka sama ada mahu menerima atau sebaliknya. – BERNAMA

348

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi peluang mendengar semua pandangan sebelum membuat sebarang kenyataan kerana ia merupakan keputusan penting bagi negara.

“Saya berpendapat beliau tidak perlu tergesa-gesa membuat kenyataan berdasarkan apa yang beliau rasa kerana beliau juga perlu mendengar daripada rakyat, termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak, NGO (badan bukan kerajaan), bukan Melayu dan ulama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan belia ‘What Youth Should Know’ di sini hari ini.

Beliau berkata kabinet juga sedang membincangkan tentang hudud dan semua anggota memberi pendapat serta idea mengenainya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata walupun negara ini sedang berdepan dengan beberapa isu, tiada siapa patut memberi ruang kepada suara pelampau, tetapi sebaliknya, memberi tempat kepada suara kesederhanaan. – BERNAMA

793

KOTA BHARU – Kesemua 21 anggota Parlimen PAS perlu menyatakan pendirian terhadap rang undang-undang (RUU) persendirian berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan yang bakal dibentangkan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini adalah bagi memastikan pendirian mereka memandangkan mereka sering mempertikaikan sokongan UMNO dalam soal pelaksanaan hudud.

“Yang sering dipersoalkan adalah sokongan orang lain. Macam mana dengan kelompok kita (PAS), ini yang perlu ditanya kerana yang lebih penting adalah dalam PAS sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-4 Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di sini, hari ini.

Ahmad Jazlan berkata di Kelantan sudah terbukti Barisan Nasional (BN) telah sebulat suara bersetuju dan menyokong RUU berkenaan.

Pada 19 Mac lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) selepas kesemua 44 anggota dewan termasuk 12 daripada BN menyokong RUU itu. – BERNAMA

842

PADAH menyiarkan satu artikel mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Travers pagi tadi terhadap sebuah portal politik.

wakil-raja2

Dalam satu kenyataan disiarkan Agenda Daily, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membuat laporan polis terhadap The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut tentangnya, Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata, laporan tersebut dilakukan bagi menyangkal fakta dalam artikel disiarkan portal tersebut kerana ia tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

Persidangan-raja-raja-melayu

“Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

“Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac yang menyentuh perkara itu,” ujar beliau.

Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan siasatan terhadap portal berkenaan atas dakwaan mengaitkan hudud dengan institusi Raja.

Menurut Menteri Komunikasi Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek, “Perkara itu tidak benar… ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

“Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial.”

The Malaysian Insider pada Rabu, telah mengeluarkan satu artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja dalam satu mesyuarat telah memutuskan untuk menolak hukuman hudud yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Memetik kenyataan ‘sumber’, artikel berkenaan mendakwa, satu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan paa 11 Mac lalu menolak cadangan meminda akta bagi memboleh pelaksanaan Hudud dilaksanakan kerajaan Kelantan.

– MYNEWSHUB.CC

SKMM Siasat Kenyataan Palsu Raja-Raja Tolak Hudud

952

HUKUM hudud itu hukum Allah, tiada siapa boleh menentang. Itulah kenyataan yang dipegang penyokong pelaksanaan hukum hudud.

Kontroversi yang dicetuskan oleh hudud, telah menimbulkan pelbagai reaksi termasuklah video viral menampilkan Aisyah Tajudin baru-baru ini.

Namun ada yang lebih menarik daripada itu, iaitu di saat segelintir umat Islam menyindir pelaksanaan hudud, muncul wanita Kristian yang menyokong jika ia diimplemen di negara ini.

Sokongan yang dinyatakan menerusi Facebook ini, turut menyatakan sebab-sebabnya seperti berikut:

hudud kristian.jpgWM

Antara hujahnya, dia percaya hudud boleh mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.

Kerana bagusnya hukum hudud ini juga, wanita yang mengakui dia beragama Kristian itu menyatakan supaya kepentingan politik diketepikan dalam hal ini bagi mengutamakan kepentingan masyarakat.

– MYNEWSHUB.CC

571

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan meneruskan hasratnya untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud pada persidangan Parlimen akan datang.

Beliau berkata, rang undang-undang yang akan dikemukakan bukanlah rang undang-undang hudud, sebaliknya pindaan dalam Akta Mahkamah Syariah.

“Tujuan rang undang-undang itu dibentangkan untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan beberapa aspek Syariah dapat dilaksanakan untuk penganut Islam.

“Sebagai makhluk berilmu, bertamadun serta matang, mereka terlebih dahulu perlu mendengar apa yang akan dikemukakan dan jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya,” katanya melalui akaun laman sosial Facebooknya hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, mereka yang bercadang untuk membahas atau membicarakan tajuk itu jangan menjadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menyebut kalimah seperti diajar tuannya.

“Burung kakak tua walaupun pandai menyebut kalimah seperti diajar tuannya, tetapi tetap berstatus binatang tanpa akal dan tidak memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan diucapkan.

“Maka menjelaskan dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting,” katanya.

BH Online

732

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang cuba mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dakwaan itu tidak benar dan menggesa rakyat supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tersebar khususnya di media sosial.

“Perkara itu tidak benar…ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

“Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kementerian itu di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas sama ada SKMM akan melakukan siasatan ke atas sebuah portal berita yang mengeluarkan satu laporan pada Rabu yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Travers pagi tadi bagi menafikan ia mengeluarkan kenyataan berkenaan.

– BERNAMA

776

PETALING JAYA – Usaha PAS untuk memperkenalkan undang-undang hudud memperlihatkan peluang yang tipis untuk diluluskan di Parlimen, berdasarkan jumlah ahli Parlimen parti pemerintah dan pembangkang yang membantah pelaksanaannya.

Dua rang undang-undang perlu mendapatkan kelulusan di Parlimen sebelum hudud dijadikan undang-undang iaitu – meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan meminda Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun rang undang-undang untuk Akta Mahkamah Syariah hanya memerlukan majoriti mudah untuk lulus, meminda Perlembagaan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 148 daripada 222 ahli Parlimen, iaitu majoriti dua pertiga.

Jumlah pemimpin MCA, MIC, Gerakan, DAP, PKR dan parti-parti di Sabah dan Sarawak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud berjumlah 111 kesemuanya.

PAS mempunyai 21 ahli Parlimen, manakala Umno masih tidak menyatakan pendiriannya, tetapi seandainya semua 88 ahli Parlimen Umno berpihak kepada PAS, ia hanya akan memberi tambahan sehingga 109 undi.

Satu-satunya ahli Parlimen dari Parti Sosialis Malaysia Dr Michael Jeyakumar, yang ditahan dan direman semasa protes anti-GST pada Isnin tidak dapat dihubungi, tetapi ia tidak menunjukkan seperti beliau akan menyokong hudud.

Turut tidak diketahui pendiriannya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, yang kini merupakan seorang ahli Parlimen Bebas selepas dipecat daripada PKR.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengesahkan bahawa sebarang pindaan kepada Perkara 76A (1) memerlukan sokongan dua pertiga.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin percaya usaha PAS akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Beliau berkata adalah mustahil bagi PAS untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan kerana ramai pemimpin parti berada dalam BN dan Pakatan Rakyat menentang hudud.

“Sukar juga bagi PAS untuk mendapatkan majoriti mudah,” katanya.

Beliau menjelaskan, walaupun semua pemimpin ahli Parlimen Umno dan PAS menyokongnya, angka itu masih lagi tidak mencukupi untuk 112 undi yang diperlukan bagi majoriti mudah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah ketika dihubungi menegaskan bahawa kedua-dua rang undang-undang hanya memerlukan majoriti mudah untuk lulus.

Beliau berkata cadangan pindaan kepada Perkara 76A (1) hanya melibatkan perubahan peruntukan tertentu.

“Terdapat pandangan yang berbeza, tetapi peguam kami dan sarjana undang-undang mengatakan bahawa perubahan tersebut tidak begitu besar, jadi hanya majoriti mudah diperlukan,” katanya.

- mStar Online

806

SHAH ALAM – Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi peluang menjelaskan mengenai undang-undang hudud dan kenapa dia melanggar rangka kerja dasar umum Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu itu.

Mohamed Azmin, yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata Abdul Hadi bertindak secara unilateral apabila membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud dalam sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

“Saya berpendapat Abdul Hadi perlu hadir dalam perjumpaan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bagi menjelaskan isu (Hudud) yang ditangani Jawatankuasa Pusat DAP dan PKR sebelum ini.

“Ini adalah penting memandangkan majoriti pemimpin PAS mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan berikutan sebarang salah faham (dalam kalangan parti komponen) akan menimbulkan keretakan dalam Pakatan.

“Kekuatan PR berdasarkan kepada perbincangan, konsensus dan rundingan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program hijrah Selangor di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada PKR akan bertindak sebagai pengantara bagi menyelesaikan isu hudud di antara DAP dan PAS, Mohamed Azmin berkata PKR sentiasa memainkan peranan itu dalam Pakatan sejak 15 tahun lalu.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah keputusan yang tidak munasabah.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata tindakan DAP itu diibaratkan seperti parti itu telah memutuskan hubungan dengan PAS kerana Abdul Hadi mewakili parti PAS.

“Ia sama macam putus dengan parti sebab presiden mewakili parti, mana boleh tolak presiden tetapi ingin terima parti… ia tidak boleh diterima,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mohd Amar berkata kesemua parti dalam pakatan pembangkang tidak boleh berdiri sendiri sebaliknya saling memerlukan antara satu sama lain.

“Kita capai kejayaan hari ini semua kerana kerjasama, kalau PAS tidak sokong belum tentu DAP boleh dapat Pulau Pinang, (PKR) belum tentu boleh dapat Selangor,” katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya hari ini berkata DAP hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi dan mahu menghentikan sebarang hubungan dan kerjasama dengan beliau.

DAP mendakwa Abdul Hadi sebagai mengkhianati pakatan pembangkang dengan mengemukakan notis kepada parlimen bagi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan pada 18 Mac lepas.

DAP mendakwa tindakan tersebut sebagai melanggar janji yang dibuat pemimpin berkenaan iaitu sebarang pembentangan usul tersebut perlulah mendapat persetujuan daripada pakatan pembangkang terlebih dahulu yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Feb lepas. – BERNAMA

1534

KITA memang maklum janji Allah Taala bahawa hambaNya yang terpesong akidah akan dihukum dengan sekeras-keras azab.

Namun hati mana-mana penganut Islam pun sudah pasti sakit melihat sudah terlalu banyak penghinaan melampau dilakukan seorang wanita murtad dari Malaysia yang kini menetap di Sweden, Adlin Abd Jalil terhadap agama yang pernah dianutinya.

Menyorok di sebalik kekebalan negara yang ditumpangnya kini, terbaharu Adlin bukan sahaja menyebut hudud adalah hukum setan malah bertindak menghina Sultan Kelantan dengan sumpah seranah gara-gara enakmen hudud yang sedang diperjuangkan untuk diimplemen di negeri tersebut.

10849943_965310406832391_5105595994255441333_n

Selain Adlin, seorang lagi pengkhianat bangsa dan rakyat Malaysia yang melarikan diri kerana berdepan hukuman undang-undang selepas menghina Sultan Johor iaitu Ali Abd Jalil turut berada di Sweden sekarang.

BACA: Ali Belum Ditahan, Bersekongkol Dengan Melayu Murtad Sweden

Tak apalah, satu hari nanti pasti ada pengajaran akan menimpa manusia yang bukan sahaja sesat malah mendabik dada mencabar Allah Taala ini… percayalah.

Oleh: Rem Ramzi

– MYNEWSHUB.CC

1226

KUALA LUMPUR – Bodoh dan tiada guna. Itu adalah reaksi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan yang sedang hangat dibincangkan.

“Saya tidak peduli jika pandangan saya boleh diguna pakai terhadap kedua-dua belah parti yang mempunyai jurang politik.

“Bagi saya, ia tidak pernah menjadi isu,” katanya kepada The Star Online.

Beliau mengulas langkah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengemukakan notis kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Memetik prosedur dan Perlembagaan sebagai cabaran, Nazri berkata langkah itu adalah ‘usaha sia-sia’ yang disedari sepenuhnya oleh PAS.

Beliau berkata sebarang pindaan kepada Perlembagaan untuk membolehkan pelaksanaan hudud memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nazri, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang berkata PAS tidak boleh menyatakan dengan pasti bahawa mereka akan mendapat sokongan semua ahli parlimen Islam.

“Mereka (PAS) masih memerlukan sokongan majoriti dua pertiga (148) di Parlimen,” katanya.

Terdapat 222 kerusi di Parlimen yang mana 149 daripadanya dipegang oleh ahli Parlimen beragama Islam, termasuk dua daripada DAP dan 14 dari PKR. Barisan Nasional mempunyai 133 ahli Parlimen dan Pakatan Rakyat 89.

Nazri berkata rang undang-undang itu tidak mungkin dapat dibincangkan memandangkan aturan urusan kerajaaan belum selesai dan tidak akan ada masa untuk ia dibincangkan.

“Mereka bertindak bodoh. Umno tahu mengenainya beberapa tahun yang lalu dan sebab itu kami tidak meneruskannya,” katanya.

Nazri menegur PAS yang menggunakan hudud untuk muslihat politik bagi mendapatkan semula sokongan yang hilang dari akar umbi selepas pilihan raya umum lepas.

“Mereka sedar bahawa ia tidak mungkin tetapi masih juga melakukannya.

“Ini semua satu wayang kulit dan Sandiwara untuk memenangi semula sokongan terhadap mereka (PAS) yang hilang,” katanya sambil menambah PAS perlu bergerak dan memberi tumpuan kepada membantu rakyat dan membangunkan negara.

mStar Online

1328

PEGUAM Michelle Yesudas digesa oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan tweet yang ditulisnya pada Jumaat lalu.

Michelle menulis di laman mikro Twitter dengan menggunakan tweet handle @chelle_yesudas, “Because I am positively terrified that these crazy, rape-frenzied people are actually the majority in my country (kerana saya betul-betul takut orang-orang yang tidak siuman dan gila rogol merupakan majoriti negara ini).

tweet

Khalid menggesa Michelle menjelaskan tweet berkenaan dan tidak menimbulkan sebarang keresahan rakyat ekoran tweet yang dipercayai berkaitan dengan pelaksanaan hukuman hudud.

“Mohon @chelle_yesudas jelaskan kepada @PDRMsia, apa yang dimaksudkan dengan tweet di bawah, jangan timbulkan keresahan rakyat,” kata Khalid menerusi akaun Twitternya, @KBAB51.

tweett

Menerusi Malaysian Insider, Michelle mengatakan pihak polis sudah menghubunginya dan dia akan disiasat tidak lama lagi berhubung kenyataannya di media sosial itu.

Difahamkan, Michelle mengirimkan tweet berkenaan selepas penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin menerima ugutan bunuh dan ekoran video yang dimuat naik mengkritik pelaksanaan hudud di Kelantan.

– MYNEWSHUB.CC

948

KUALA LUMPUR – “Saya menentang hudud PAS kerana enakmen yang dirangka PAS itu bukan hukum Allah yang kudus,” kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari.

Dakwa beliau, hudud PAS itu sebaliknya undang-undang yang sudah terbancuh dengan pentafsiran manusia sedangkan hukum yang ditetapkan dalam Al-Quran lengkap dan tidak boleh dipinda.

“Sebagai contoh, rang undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu merupakan pindaan kepada enakmen yang sama pada tahun 1993. Antara kandungan pindaan pada Seksyen 15(2) dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.

“Pindaan ini jelas menunjukkan bahawa apabila sesuatu ajaran agama yang suci itu diimplementasikan sebagai undang-undang dalam kerangka kenegaraan moden, maka ia akan terbuka kepada pentafsiran yang menghilangkan sisi kudusnya,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairil turut mempersoalkan seanjal mana pentafsiran itu berlaku seperti wanita diharamkan memandu kereta di Arab Saudi sementara di Sudan diharamkan memakai seluar.

“Di manakah garis sempadan pentafsiran ini dan siapakah yang berhak untuk menentukan batasannya jika segala yang dibuat kononnya atas nama kitab suci Al-Quran?” katanya.

Beliau turut membangkitkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 yang diluluskan kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS mempunyai perbezaan dengan enakmen Kelantan.

Menurutnya, enakmen hudud di Terengganu memiliki tujuh perkara, yakni zina, qazaf, mencuri, minum arak, murtad, merompak dan bughah (derhaka), manakala enakmen di Kelantan hanya mempunyai enam perkara dan tidak merangkumi hukum bughah.

“Akhirnya, perkara ini telah digugurkan daripada enakmen Terengganu. Apakah demikian mudah hukum “Tuhan” boleh dipinda-pinda dengan begitu sahaja?” soalnya lagi.

Beliau turut mendakwa terdapat banyak kritikan lain terhadap kedua-dua enakmen itu khususnya berkenaan kedudukan bukan Islam, penindasan terhadap wanita dan ketidakselarian antara kedua-dua enakmen.

Katanya, terdapat tokoh-tokoh agama yang berpandangan hukuman rejam sehingga mati seperti yang diperuntukkan dalam hudud Kelantan tidak termaktub dalam Al-Quran dan sebenarnya merupakan nas hadis yang sepatutnya disifatkan sebagai takzir kerana berasal daripada syariat Yahudi.

“Dalam erti kata lain, ini menunjukkan bahawa hudud PAS mengandungi pelbagai sisi yang menjadi pertikaian ulama dan tidak wajar diterima bulat-bulat,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

419

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan sedia menghadapi tindakan saman daripada mana-mana pihak dalam usahanya hendak melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaaan 2015) di negeri ini.

Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata walaupun menerima bantahan dan saman, kerajaan negeri sedia berdepan dengan perkembangan itu.

“Kita difahamkan sebuah parti politik telah memfailkan saman ke atas kerajaan negeri baru-baru ini.

“Bagi saya tindakan ini tidak ‘gentleman’ kerana mereka tidak faham pun hal ini dan belum lagi diluluskan oleh dewan (ketika saman difailkan Rabu lepas) tetapi terus membawanya ke mahkamah.

Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS menyatakan demikian kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, GERAKAN memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kota Baharu bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sehari kemudian.

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai defendan. – BERNAMA

1594

PERDEBATAN mengenai hukuman hudud memang sudah lama dibahaskan baik daripada kalangan pemimpin mahu pun rakyat Malaysia.

Seperti yang semua sudah ketahui, negeri Kelantan menerusi Persidangan Dewan Undangan Negerinya telah meluluskan pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) selepas mendapat undian sebulat suara, Khamis lalu.

Kelulusan itu membolehkan kerajaan negeri membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II dilaksana.

Belum lagi dijalankan hukumannya, sudah kedengaran cakap-cakap yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang Islam ini.

Pelbagai kata-kata kurang enak dikeluarkan oleh mereka yang tidak menelaah secara lebih lanjut mengenai perkara ini.

Antara yang paling kuat menentang adalah parti politik seperti DAP dan PKR (malang PKR ramai Ahli Parlimen beragam Islam).

Sebenarnya, mudah sahaja, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia seharusnya melaksanakan hukum Hudud yang sememangnya termaktub dalam Al-Quran.

Bak kata penceramah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias atau DUKE ini, tiada siapa yang boleh menolak hudud kerana ia merupakan undang-undang Allah SWT.

Tetapi menurut beliau, kita belum sampai satu tahap untuk melaksanakannya hanya kerana disebabkan sikap umat Islam sendiri yang sentiasa berpecah-belah dalam kebanyakan perkara.

Menurutnya lagi, semua pihak terlibat perlu duduk berbincang dan bekerjasama bagaimana untuk meneruskan perkara ini.

“Negara kita ini dun berparlimen, kalau nak laksanakan hudud, boleh dengan syarat orang-orang yang menjadi ahli parlimen Islam bersatu bawa usul (hudud). Bila kita kuat, Islam pun kuat,” katanya memetik video ceramah beliau berkenaan isu hudud.

DENGARKAN ULASAN BELIAU MENGENAI HUDUD MELALUI DUA VIDEO DI BAWAH;

707

KUALA LUMPUR – Pimpinan PAS berharap Ahli Parlimen UMNO akan menyokong pindaan ke atas Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rakyat Islam negara ini amat mengharapkan UMNO akan memberi sokongan kepada pindaan tersebut.

“Doakan UMNO ikhlas menyokong. Istiqamah adalah jalan PAS. Tiada putus asa menyeru kesatuan ummah di atas jalan Islam.

“Anda sia-sia jika harapkan UMNO mungkiri janji semata-mata kerana kepentingan politik anda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, pelaksanaan hudud di Kelantan akan berlangsung dengan aman jika UMNO memberi sokongan di Parlimen.

“Benda ini boleh selesai dengan aman jika Kerajaan Pusat serius mahu memartabatkan syariat Allah. PAS hanya minta dibuat di Kelantan,” katanya.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, UMNO perlu menyatakan pendirian rasmi dengan segera.

Beliau turut berharap UMNO mengabaikan gelagat MCA dan Gerakan yang mengkritik pelaksanaan Hudud di Kelantan.

– MYNEWSHUB.CC

1150

KUALA LUMPUR – Pengacara stesen radio BFM Media Sdn. Bhd. (BFM Media), Aisyah Tajuddin mendakwa beliau tidak menghina hukum hudud melalui video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi?.

Beliau sebaliknya mendakwa, video itu bertujuan mempersoalkan keutamaan PAS untuk melaksanakan undang-undang itu di Kelantan.

“Video itu adalah mengenai politik, kata-kata dan perbuatan ahli politik, semestinya bukan tentang agama,” dakwanya dalam satu kenyataan media yang disiarkan oleh BFM Media hari ini.

Aisyah mendakwa, liputan media mengenai penyebaran video itu yang menyebabkan tujuan sebenar video berkenaan telah disalah anggap oleh orang ramai.

Beliau mendakwa berasa tidak selamat kerana dirinya dan keluarga serta rakan sekerja menerima ancaman bunuh dan rogol berikutan salah faham tersebut.

Wanita itu turut melahirkan rasa kesal kerana ancaman yang diterimanya itu dianggap bukan karakter sebenar rakyat Malaysia.

Justeru, beliau memohon maaf kepada semua pihak kerana bukan niatnya untuk mengejek dan menghina hukum Islam yang merupakan agamanya. – mynewshub.cc

691

KOTA BAHARU – Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) meminta DAP berhenti campur tangan dalam urusan agama Islam khususnya menentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan.

Presidennya Che Azmi Mohd Ali berkata undang-undang berkenaan adalah hak orang Islam yang tidak perlukan campur tangan pihak lain.

“Hentikanlah campur tangan atau apa bentuk pendapat yang boleh cetuskan ketegangan kaum kerana ini urusan orang Islam.

“Ini (campur tangan) kerana tindakan tersebut boleh mencetuskan kacau bilau dan perkara yang di luar jangkaan dalam sekelip mata sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya berkata kaum lain perlu menghormati orang Melayu dan agama Islam yang diamalkan di negara ini sepertimana yang dilakukan orang Melayu kepada kaum lain.

Dalam perkembangan sama, Che Azmi berkata PAS perlu mengambil pendirian meninggalkan pakatan pembangkang jika ia menjadi halangan kepada pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan kelak.

“Sepatutnya PAS sudah lama sedar dan meninggalkan pakatan berkenaan kerana seperti yang kita maklum sekarang jelas mereka (PAS, DAP, PKR) tidak sehaluan.

Khamis lepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini selepas 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu. – BERNAMA

777

KUALA LUMPUR – Peguam Eric Paulsen hari ini ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau di media sosial mengenai hukum hudud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata Paulsen ditahan di ibu negara pada kira-kira 5.30 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau undang-undang hudud yang terpakai kepada hanya orang Islam mukallaf jika ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Bagaimanapun, ia hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan Parlimen. – BERNAMA

1525

“TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

Nama Aisyah Tajuddin secara tiba-tiba jadi bualan hangat hingga menerima kecaman dan kritikan yang hebat daripada rakyat Malaysia gara-gara mengutuk pelaksanaan hudud di Kelantan secara sarkastik dalam video Hudud Isi Periuk Nasi?.

Meskipun stesen radio BFM dan Projek Dialog sudah memohon maaf susulan penerbitan video berkenaan namun masih ramai tidak boleh menerima video tersebut yang seolah-olah mempersendakan hukum Islam.

Tampil membidas video viral tersebut, bekas peserta Pencetus Ummah PU Rahmat menjawab segala persoalan dan sindiran Aisyah yang mempersoalkan kepentingan hudud di Kelantan.

Hujah penuh berhemah dan lemah lembut oleh PU Rahmat berdurasi selama lima minit 45 saat ini, telah menjadi viral di media sosial.

Video yang diselang seli dengan pertanyaan Aisyah dan jawapan daripada PU Rahmat ini jelas mempamerkan perbezaan orang yang mempunyai ilmu agama tinggi dengan orang yang tidak berilmu bila berhujah.

Tambahan pula, kupasan PU Rahmat lagi mudah difahami daripada Aishah yang lebih bersifat menghentam.

Tidak hairanlah Imam Syafie pernah berkata:

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”

Mari kita tonton jawapan daripada PU Rahmat… semoga ianya dapat memberi pencerahan bukan sahaja buat Aishah tapi kita semua juga.

– MYNEWSHUB.CC

660

BUTTERWORTH – MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata rang undang-undang hudud itu disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya parti itu sealiran dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan Gerakan yang tegas menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

“Kita menentang, tidak boleh sokong (hukum hudud). Saya akan keluarkan kenyataan tentang hukum hudud ini selepas persidangan Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin dan anggota MIC Pulau Pinang di sini.

Turut hadir Pengerusi MIC Pulau Pinang, M. Karuppanan.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas Dewan Rakyat selesai bersidang pada 9 April ini.

– BERNAMA

504

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya Selasa ini, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak selewat-lewatnya esok atau lusa. Seperti diketahui, hudud mesti mengikut Perlembagaan negara.

“Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum Allah merupakan hukum. Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya ketika diminta mengulas pendirian BN terhadap isu hukum hudud.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pasukan Sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) di sini hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Bagaimanapun rang undang-undang itu hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata isu hudud sebenarnya merupakan provokasi DAP dan PKR, yang cuba mengelirukan dan memecah-belahkan BN.

“Mereka ingat mereka boleh memecah-belahkan BN. Kepimpinan BN adalah berbeza kerana kami percaya pada keputusan konsensus dan kerana itulah kami mengadakan mesyuarat khas dengan semua pemimpin utama parti komponen BN untuk mendapat pandangan mengenai hukum hudud.

“Walau apapun, kita kena ikut perlembagaan. Hudud PAS adalah hudud politik,” katanya.

Pasukan Sukarelawan COMBI ditubuhkan agar mereka boleh mengadakan gotong-royong secara berkala terutamanya di kawasan kediaman bagi menghapuskan pembiakan dan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebarkan virus denggi.

– BERNAMA

586

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP (Dapsy) mendakwa ada pihak memfitnah parti itu melalui penyebaran poster program bertajuk Simposium Hudud: Satu Realiti.

Ahli Majlis Eksekutif Dapsy , Dyana Sofya Mohd. Daud berkata, poster program palsu itu disebarkan secara meluas di media sosial.

“Poster tersebut memaparkan Dapsy sebagai salah satu organisasi yang menganjurkan simposium tersebut.

“Ia turut mempaparkan saya, dua ahli DAP, Young Syefura, Melati Rahim dan penyampai video BFM, Aisyah Tajuddin sebagai panel jemputan. Kedua-dua kenyataan ini tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dyana Sofya berkata, Dapsy tidak pernah berniat untuk menganjurkan simposium tersebut dan keempat-empat individu terbabit tidak pernah menerima sebarang jemputan.

Beliau menyifatkan kewujudan poster itu berniat jahat dan ingin menimbulkan huru-hara dan kemarahan orang ramai ke atas Dapsy.

“Dapsy menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

421

KUALA LUMPUR – Rakyat Kelantan mahukan undang-undang hudud dilaksanakan di negeri itu kerana mereka mempunyai pemahaman yang jelas mengenai hukum Allah S.W.T.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, perkara itu boleh dilihat apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan daripada setiap parti menyokong hudud.

“Saya tertanya-tanya kalaulah ada ADUN DAP di Kelantan. Adakah Adun ini akan turut menolak Kanun Jenayah Syariah II? Adun BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun bersetuju. Kerana itulah realiti kehendak rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, rakyat Kelantan sangat memahami hukum hudud kerana sekian lama didedahkan oleh bekas Mursyidal Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz semasa hayatnya mengadakan hari hudud bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat Kelantan tentang hukum tersebut.

“Pemahaman rakyat Kelantan telah cukup untuk menerima Kanun Jenayah Syariah ini,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

402

KUALA LUMPUR – Bukan Islam perlu berlapang dada dan memberi peluang kepada undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini kerana Islam merupakan agama rasmi Malaysia.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan–pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Shahrin Awaludin berkata, bukan Islam perlu menyedari hudud akan turut memberi manfaat kepada mereka.

Justeru, katanya, masyarakat bukan Islam negara ini harus menyokong pelaksanaan undang-undang yang mampu mencapai matlamat itu.

“Semua Ahli Parlimen perlu menyokong enakmen itu untuk memastikan ia dapat dilaksanakan di Kelantan kerana ia bukan isu politik tetapi untuk mendapat rahmat dan keharmonian sejagat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shahrin berkata, walaupun terdapat pelbagai pandangan dan tafsiran tentang pelaksanaan hudud, tetapi itu merupakan hak rakyat Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, kaedah pelaksanaannya perlu diperhalusi supaya benar-benar menjamin keadilan dan kesejahteraan.

“Penjelasan yang meluas dan berterusan perlu dilakukan terutamanya kepada rakyat bukan Islam di Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

555

KUALA LUMPUR – Sebarang pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan harus mengikut cara adil dan betul, kata Presiden Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) Tan Sri Abdul Aziz Yassin.

Beliau berkata umat Islam wajib mengikuti undang-undang Islam itu sementara pelaksanaannya haruslah berlandaskan syariah.

“Walaupun Pemikir tidak membantah pelaksanaan undang-undang itu, namun pelaksanaannya memerlukan kajian dan perbincangan menyeluruh bagi mengelak ketidakadilan dalam pelaksanaannya kelak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemikir di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menyokong nasihat anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya MCA dan Gerakan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.

“Kita tidak pernah campur tangan dari segi agama mereka…mereka juga tidak mengetahui berkenaan hukum Islam,” kata Ismail Sabri.

Gerakan pada Rabu lepas memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu, atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seorang pemimpin MCA pula dilaporkan berkata parti itu harus memutuskan hubungan dengan UMNO berhubung sokongannya terhadap RUU itu di DUN Kelantan. – BERNAMA

1452

TINDAKAN seorang  pengacara radio BFM, Aisyah Tajuddin yang diarahkan mengikut skrip dalam video parodi mempersendakan hukum hudud di Kelantan kini hidup dalam serba ketakutan akibat menerima pelbagai ancaman seperti bunuh dan rogol.

Kesal dengan reaksi orang ramai itu, bapa kepada Aisyah, Prof Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi yang merupakan seorang ahli DAP dan juga bekas pensyarah UTM meluahkan rasa tidak puas hatinya yang menganggap Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk anak-anak dia.

Padah Satira Soal Hudud: Aisyah Terima Ancaman Bunuh

VIDEO: Minah Melayu Ni Kutuk Hudud Atau Hina Islam?

Berikut merupakan kenyataaan beliau:

Insiden terbaru tentang pembaca berita BFM diancam bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini.

Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita?

Sekiranya membangkitkan pandangan yang mudah terhadap isu seperti hudud atau isu seperti demokrasi dan pilihan raya yang bersih, boleh mencetuskan ancaman bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup, maka apa maksudnya terhadap negara kita, rakyat dan kepimpinan kita? Di mana budaya ini datang?

Saya perhatikan bahawa mereka yang membuat ancaman seperti ini datang dari kebanyakannya orang Melayu yang saya anggap adalah Muslim.

Di manakah kita, sebagai sebuah negara, telah melakukan kesilapan dalam mendidik orang Melayu ini? Apa yang kita ajar di sekolah menengah kita?

Lebih penting lagi adakah universiti awam kita menghasilkan mereka dengan budaya seperti itu? Saya secara jujur berharap mereka yang membuat ancaman itu tidak pernah menjejakkan kaki di universiti awam kita kerana jika tidak, saya ingin bertanya para naib canselor, jenis rakyat Melayu Malaysia apakah yang anda hasilkan?

Ya, mereka boleh diterima sebagai jurutera dan arkitek tetapi mereka hampir tidak boleh diterima sebagai warganegara Malaysia, atau orang Islam atau lebih teruk lagi, sebagai manusia dengan hati nurani yang berperikemanusiaan? Apa sudah jadi?

Saya ke masjid dan mendengar ribuan ceramah di YouTube oleh mereka yang dipanggil ustaz ternama dan saya tahu bahawa pemahaman mereka tentang Islam menjadi penyumbang utama kepada jenis-jenis komen yang dibuat oleh warga muda maya ini.

Walaupun saya berasa marah kepada warga maya yang telah membuat ancaman seperti itu, seolah-olah filem ‘Terminator’ yang memberondong orang dengan mesingan besar, tetapi saya bersedia memaafkan mereka kerana saya tahu masyarakat telah mewujudkan budaya tersebut.

Ketika Nabi Muhammad berdepan dengan penindasan terhadap orang muda dari Taif sehingga tubuhnya berlumuran darah, beliau berdiri di depan malaikat Jibril dengan tentera dari syurga yang bersedia untuk menghapuskan penduduk Taif, beliau berkata, “Tidak, jangan apa-apakan orang-orang ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan”.

Mungkin generasi akan datang boleh terima mesej saya jika orang-orang ini tidak boleh menerimanya pada masa ini.

Rasulullah berhati mulia untuk mengampuni orang-orang ini kerana beliau tahu mereka yang melemparkan batu adalah remaja dan anak muda yang dipengaruhi oleh golongan tua mereka.

Saya takut, ulama kita mungkin mengajar jenama Islam yang amat jauh daripada contoh teladan mulia Rasulullah sendiri.

Dengan kejadian ini, saya bertanya sekali lagi kepada rakyat Malaysia… selamatkah kita untuk membesarkan anak-anak kita di negara ini? Jika tidak, perlukah kita mula mencari tempat lain dan mewujudkan tempat yang lebih selamat untuk membolehkan anak-anak kita mempunyai masa depan?

Saya menulis semua ini dengan hati yang berat. Saya menulis kata-kata ini sebagai warga Malaysia yang prihatin dan sebagai orang Islam demi semua anak-anak kita. Dan akhirnya, saya menulis semua ini sebagai bapa kepada Aisyah Mohd Tajuddin, gadis BFM itu.

408

KUALA LUMPUR – Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mendakwa Kod Syariah Jenayah II 1993 (undang-undang Hudud) tidak sah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Proham, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari berkata, undang-undang Hudud adalah `ultra vires’ dan tidak sah di bawah Perkara 4 dan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang Hudud melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan dan tanpa diskriminasi.

“Proham menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen menjunjung dan menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kuthubul berkata, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan dan Perkara 4 memperuntukkan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan terbatal.

Katanya, Perkara pula 75 memperuntukkan jika mana-mana undang-undang negeri tidak selaras dengan undang-undang persekutuan, undang-undang persekutuan akan diguna pakai dan undang-undang negeri itu terbatal.

“Undang-undang Ketenteraman Awam, Undang-undang Jenayah dan Penciptaan Kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan termasuk dalam Senarai Pertama Jadual Kesembilan dan dengan itu sama sekali dalam bidang kuasa Parlimen. DUN tidak boleh meluluskan undang-undang tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

520

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat stesen radio BFM berhubung penyiaran klip video kontroversi bertajuk “Hudud Isi Periuk Nasi” yang menampilkan seorang penyampai wanita baru-baru ini.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman twitternya hari ini.

Khalid juga berkata, polis akan memanggil dan menyiasat pihak yang mengugut wanita berkenaan.

(LAPORAN TERAWAL MYNEWSHUB: VIDEO: Minah Melayu Ni Kutuk Hudud Atau Hina Islam?)

“Kes BFM, @PDRMsia akan siasat kedua-dua pihak, penyiar BFM dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil,” katanya. Klip video dengan skripnya disampaikan seorang wanita, Aisyah Tajudin, itu dimuat naik kelmarin.

Ia dikatakan menyindir kelulusan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Penyiaran klip video itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pengguna di media sosial yang menganggap stesen radio dan wanita itu tidak sensitif dalam menyampaikan laporan mereka.

Semalam, stesen radio itu memohon maaf dan menarik balik klip video berkenaan yang menjadi viral di internet. – Berita Harian Online

596

KUALA LUMPUR – PAS menyelar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana terburu-buru menentang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang diusahakan PAS Kelantan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, DAP dan PKR sepatutnya memberi masa dan peluang kepada PAS menerangkan perkara itu.

“Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tu pun kerajaan terpaksa habiskan jutaan ringgit untuk bagi penerangan kepada rakyat.

“Biarlah jika ada yang tidak bersetuju pun selepas mendengar dahulu dan berdialog dengan PAS dalm isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata, PKR dan DAP selama ini menggunakan PAS untuk melawan UMNO.

Bagaimanapun, katanya, PKR dan DAP turut bersikap tidak baik apabila mahu PAS mengikuti jalan mereka.

“Kalau rakan mahu gunakan PAS untuk rebahkan UMNO, itu baiklah. Tetapi jika rakan mahu PAS ikut jalan mereka, itu sudah tidak baik,” katanya.

622

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam memutuskan parti itu tidak boleh menyokong PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.

Tindakan itu dijangka akan menyebabkan Hudud gagal dilaksanakan di Kelantan kerana jika sejumlah 21 orang Ahli Parlimen PAS dicampur dengan 88 Ahli Parlimen UMNO, maka masih wujud kekurangan 3 kerusi untuk majoriti mudah dicapai bagi meluluskan rang undang-undang berkenaan.

PKR dalam satu kenyataan media menegaskan, mesyuarat Biro Politik PKR itu membuat ketetapan tidak boleh menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tersebut atas beberapa pertimbangan.

“Pertimbangan itu adalah kami (PKR) tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU Persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

“Sekiranya RUU Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh pimpinan tertinggi PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli, Zuraida Kamaruddin dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

PKR turut mempersoalkan tentang Peraturan Tetap Dewan Rakyat iaitu sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan.

Bagaimanapun, dakwa kenyataan itu, tiada seorang pimpinan tertinggi kerajaan membuat kenyataan terbuka mengenai pendirian mereka berhubung RUU Persendirian tersebut jika dibawa ke Parlimen. – MYNEWSHUB.cc

697

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang menentang hukum hudud telah terkeluar daripada agama Islam.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, perbuatan menghina hukum Allah itu amat berdosa.

“Kepada umat Islam tetapi menolak dan menghina hukum Allah sesungguhnya mereka sudah terkeluar daripada agama dan amatlah besar dosanya.

“Ibu bapa yang cerdik pandai, nasihatilah anak-anak kerana liberalisma sedang menyeret umat Islam untuk bercerai dengan akidah dan agamanya,” tegasnya dalam satu kenyataan malam tadi.

Annuar yang juga Presiden Bolasepak Kelantan (Kafa) berkata, pihak yang sebelum ini mahu bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah tidak wajar menentang hukum hudud.

Beliau menyindir pihak berkenaan sebelum ini sering mendakwa semua menyembah Tuhan yang sama maka hukum hudud adalah hukuman Tuhan yang sama.

296

KUALA LUMPUR – Undang-undang hudud bukan untuk membebankan tetapi ia berupaya memperbaiki keadaan sosial masyarakat, kata Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.

Katanya undang-undang hudud tidak harus dilihat dari segi hukuman berat semata-mata, sebaliknya ia perlu dinilai sebagai satu daripada cara untuk melahirkan masyarakat berdisiplin.

“Mereka yang takut kepada pelaksanaan undang-undang hudud disebabkan mereka hanya fokus kepada hukuman berat sahaja seperti hukum rejam, potong tangan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas mengenai keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Kesemua 44 anggota dewan termasuk 31 anggota dewan daripada PAS, kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan seorang daripada PKR menyokong pindaan rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Mahmood Zuhdi berkata menurut Islam, masyarakat boleh dididik melalui dua perkara, iaitu memberi galakan, dan ancaman hukuman yang berat supaya mereka ‘takut’ untuk melakukan kesalahan.

“Sebagai contoh kesalahan mencuri, jika hanya seorang atau dua orang dipotong tangannya ia akan membuatkan masyarakat takut untuk mencuri, tidakkah ini membawa kebaikan dan keindahan daripada kita memenjarakan 600 orang.

Kedua-duanya adalah hukuman tetapi perbezaannya mana satu yang boleh melahirkan kesan yang mendalam kepada masyarakat,” katanya.

Namun Mahmood Zuhdi menegaskan bahawa undang-undang hudud hanyalah sebagai kaedah tambahan untuk mendisiplinkan masyarakat setelah institusi sosial seperti ibu bapa, dan institusi pendidikan telah memainkan peranan membentuk karektor dan sahsiah seseorang.

Oleh itu, tegas beliau, undang-undang hudud tidak perlu ditakuti kerana ia perlu melalui proses penghakiman yang kompleks sebelum hukuman dijatuhi.

Katanya terdapat beberapa kriteria utama yang diambil kira sebelum seseorang itu dijatuhi hukuman hudud atas kesalahan yang dilakukan.

“Sebelum menjatuhi undang-undang hudud, antara yang perlu diambil kira adalah cara didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, kawasan kejiranan, peranan para ulama, tempat beribadat dan institusi pendidikan perlu menjalankan fungsinya dengan betul mengikut ajaran Islam, barulah hukum itu terlaksana,” kata Mahmood Zuhdi.

Contohnya, sekiranya seseorang yang dituduh mencuri sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang tidak bermoral maka undang-undang hudud tidak boleh dijatuhi ke atasnya.

Ditanya mengenai sikap sesetengah orang Islam sendiri yang menolak undang-undang hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata golongan ini tidak harus dipersalahkan kerana pihak yang menolak undang-undang itu mempunyai kefahaman yang salah.

Maka, katanya pendidikan dan penyebaran ilmu mengenai undang-undang ini perlu diperluaskan.

Mahmood Zuhdi turut menyarankan supaya pihak yang terlibat memperbaiki kehidupan masyarakat sebelum memperkenalkan undang-undang hudud.

“Pihak yang melaksanakan hukuman ini perlu memastikan kesejahteraan hidup masyarakat seperti tiada kemiskinan, tiada unsur-unsur lucah di kaca televisyen dan sebagainya yang perlu seiringan dengan pelaksanaan hukum tersebut,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang menyifatkan pelaksanaan hukum hudud sebagai langkah pencegahan untuk seseorang itu daripada melakukan kesalahan.

Katanya sebagai bukti, pelaksanaan hukum hudud di zaman Rasullah SAW yang berjaya mengelakkan kesalahan seperti berzina, merompak dan minum arak berlaku.

“Dalam hukum hudud, ‘beban’ membuktikan sesuatu kesalahan adalah terlalu ketat dan sukar, jadi untuk membuktikan sesuatu yang sukar maka hukuman itu bukan bertujuan menghukum tetapi untuk mencegah orang daripada melakukannya, kerana bila masyarakat tengok hukuman itu berat mereka akan takut untuk melakukan kesalahan,” katanya.

Musa turut menambah pelbagai aspek dalam pelaksanaan hukum hudud yang perlu diambil kira seperti kewibawaan saksi, tatacara menentukan kesalahan, dan pihak mahkamah yang perlu arif dengan undang-undang hudud bagi mengelakkan undang-undang Islam itu dipandang serong. – BERNAMA

256

KUCHING -DAP Sarawak akan memutuskan sama ada keluar daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan PAS membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau undang-undang Hudud pada Rabu lepas.

Sambil menyifatkan tindakan PAS itu sebagai tindaka ‘tikam belakang’, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata beliau tiada pilihan kecuali mempertimbang langkah untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

“Namun, memandangkan ini adalah keputusan paling penting yang perlu saya lakukan sejak mengambil alih pucuk pimpinan jawatankuasa negeri pada Jun 2013, saya aka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara itu serta mendapatkan perakuan daripada jawatankuasa penuh tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan
di sini.

Semalam, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang itu, yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN.

Semua 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen itu diluluskan. – BERNAMA

1355

Di kala isu video yang viral mengenai pertikaian hukum hudud dan ancaman bunuh yang diterima oleh penyampai video berkenaan, Aisyah Tajudin masih panas, muncul pula seorang lagi ‘wira’ menyokong kenyataan yang dibuat wanita terbabit.

Dengan menggunakan nama S.J Zapa di laman sosial Facebook, individu tidak dikenali ini menyokong isu kandungan video yang dimuat naik oleh stesyen radio BFM semalam.

Dia juga menegaskan bahawa stesyen radio itu tidak patut mengalah dan biarkan ‘puak-puak sakai’ ini menang.

Individu itu turut menyatakan hukum hudud di Malaysia ini ‘bangang’ dan orang yang menyokong hudud pula adalah lembu!

attn shafiq.jpgwm

Memang berani mati dia ni, sanggup offer lagi kalau siapa nak bunuh dia boleh datang cari dia.

Masalahnya, cakap memang berani tapi muka sebenar takut nak tunjuk.

Ada orang kata dia ni wartawan di sebuah portal yang agak popular menabur fitnah.

– MYNEWSHUB.CC

2311

STESEN radio BFM dan Projek Dialog kesal dengan serangan peribadi dilakukan ke atas penyampai video Hudud Isi Periuk Nasi?, Aisyah Tajudin yang dikeluarkan pihak mereka di Youtube, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Aisyah dikatakan telah menerima ancaman bunuh dan rogol selepas muncul dalam video berkenaan.

VIDEO: Minah Melayu Ni Kutuk Hudud Atau Hina Islam?

Menurut kenyataan berkenaan lagi, Aisyah bukanlah penyampai tetapi hanyalah pengganti untuk video tersebut sahaja.

“Dia juga bukan penulis skrip video berkenaan dan sebarang pandangan yang diutarakan tidak mencerminkan pendirian peribadinya mengenai isu berkenaan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dan ancaman yang dilakukan ke atas Aisyah yang mana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga tidak melambangkan masyarakat yang aman dan bertolak ansur di negara ini,” lapor kenyataan tersebut.

Stesen radio terbabit turut memohon maaf dan menjelaskan mereka tidak mempunyai niat untuk mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya meminta penonton mempertimbangkan persoalan yang timbul di sebalik pelaksanaannya sahaja.

“Kami ingin memohon maaf jika ada kesalahan timbul dah telah mengambil keputusan untuk memadam video berkenaan yang mungkin menyinggung perasaan orang ramai,” ujar stesen radio terbabit, dalam satu laporan dikeluarkan portal The Rakyat Post.

919

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyalahkan Barisan Nasional (BN) berikutan tindakan PAS membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli mendakwa, BN mengambil kesempatan daripada pembentangan undang-undang hudud itu untuk menghakis sokongan rakyat bukan beragama Islam terhadap Pakatan Rakyat.

“Sebab itu, saya menyeru supaya kepimpinan PAS dan rakyat keseluruhannya berhati-hati dan waspada dengan muslihat BN yang menggunakan ketaatan orang Islam terhadap hukum Allah sebagai muslihat politik,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mendakwa, BN menggunakan isu hudud untuk memecahkan Pakatan Rakyat bagi memastikan mereka kekal berkuasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Jika itu berlaku, pelaksanaan hudud tidak akan terlaksana dan rakyat akan dimangsakan,” dakwanya.

Dakwaan Rafizi itu bagaimana bercanggah dengan penjelasan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din bahawa parti itu membentangkan hudud kerana lebih mengutamakan hukum Allah daripada Pakatan Rakyat.

Haron turut menegaskan PAS tidak khuatir undi bukan Islam ke atas parti itu akan terjejas kerana PAS lebih mengharapkan bantuan Allah daripada bantuan manusia.

– MYNEWSHUB.CC

688

KUALA LUMPUR – Tiada apa perlu ditakutkan dengan undang-undang hudud kerana perundangan itu tidak menghukum mereka yang tidak bersalah, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut beliau, Hudud memberi pengadilan yang secukupnya kepada mereka yang didakwa termasuk pembelaan kepada mangsa dengan hukuman diyyat (ganti rugi).

“Perundangan Islam telah menjadi hasrat dan impian masyarakat muslim sejak sekian lama walaupun mendapat tentangan dan kritikan daripada pelbagai pihak.

“Ia hanya undang-undang daripada Allah S.W.T untuk menghapuskan kesalahan jenayah dalam mesyarakat dan negara,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kejayaan membentangkan undang-undang hudud di DUN Kelantan semalam merupakan hak rakyat Kelantan yang perlu dihormati.

Beliau dalam pada itu yakin ada negeri lain akan turut membentangkan pelaksanaan undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tidak mustahil jika tindakan kerajaan Kelantan ini akan turut diikuti negeri-negeri yang lain kerana jaminan keadilannya adalah daripada Allah S.W.T,” ujarnya.

– MYNEWSHUB.CC

1978

DI SEBALIK kecelaruan dicetuskan oleh pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, masih ada sudut positif yang boleh diambil terutama buat mereka yang sentiasa sedar, politik dan agama adalah air dan minyak.

Maksudnya bila tiba bab agama maka sebagai umat Islam kita mesti melepaskan segala kepentingan lain untuk beri keutamaan padanya.

Seharusnya PAS yang sentiasa konsisten dengan hudud sejak dulu juga, mengambil situasi kini untuk menyedari pihak mana yang selama ini cuma pura-pura menyokong perjuangan mereka sedangkan hakikat sebenarnya ada agenda tersendiri.

Di saat DAP menentang dengan sangat keras, rakan komponen PKR mereka, menampakkan pendirian tidak menyokong PAS apabila memilih untuk melarang satu-satunya ADUN mereka di Kelantan ikut sama berbahas soal hudud.

Sedangkan di pihak Barisan Nasional (BN), beberapa pemimpin parti memperlihatkan secara terbuka sokongan terhadap PAS hinggakan ada yang mengeluarkan kenyataan tegas menegur rakan komponen lain iaitu MCA kerana berani-berani memberikan komen terhadap sesuatu yang tiada mengena dengan penganut agama lain.

BACA: Ugut Pisah Dgn UMNO – MCA Jangan Besar Kepala

Itu dari sudut politik… dalam kalangan masyarakat juga, pada waktu inilah kita dapat lihat bagaimana pemikiran sesetengah orang.

Tak mengapa jika ada orang Islam yang meragui sama ada mahu sokong hudud atau sebaliknya buat masa ini tetapi pada masa sama lakukanlah kajian untuk memastikan sama ada pendirian mereka itu selaras dengan agama, usahlah pandai-pandai nak kongsi buah fikiran dengan semangat rebel semata-mata.

Jangan sampai asalnya mahu sarkastik perihal hudud atau menghina pentadbiran Kelantan, sudahnya bertukar jadi menghina agama sendiri hingga mengucap panjang orang yang menonton.

Kami maksudkan, video memaparkan gadis dalam saluran YouTube BFM Kupas ini. Dia asalnya mahu mengutuk pelaksanaan hudud di Kelantan tapi demi menunjukkan penolakan secara sarkastik, sama ada sedar atau tidak dia sebenarnya mempersendakan Islam.

Bagi kami golongan pengkritik pesen ini memang bagus dari satu segi apabila mereka suka memperjuangkan sesuatu terutama berkaitan hak masyarakat.

Tapi bila masuk bab agama pun mereka ikut sama nak berbahas macam kawan-kawan non-muslim mereka, maka jelas dan nyatalah Islam di IC bukan petanda sesiapa sahaja mampu bagi komen bila ia melibatkan Islam.

Ingat… non-muslim yang mempersoalkan tentang Islam ianya kerana mereka jahil tapi bila penganut Islam sendiri melakukannya kerana tak mahu menuntut ilmu bagi mendapat pencerahan, dibimbangi ada risiko syahadah yang diwarisi dari keturunan itu boleh terlucut tanpa sedar… nauzubillah.

Apa-apa pun pesan orang tua-tua bahawa diam itu lebih baik daripada bersuara, mungkin jalan terbaik dalam sesetengah perkara.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

443

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan sokongannya terhadap pindaan rang undang undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Tengku Razaleigh menyifatkan rang undang-undang itu sebagai baik dan berharap ia dapat dilaksanakan mengikut syariat Islam yang sebenar.

“Perkara ini sudah lama dihasratkan kerajaan negeri Kelantan dan semalam baru dibentangkan pindaan sahaja… baguslah. Tinggal lagi pelaksanaan mengikut hukum Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembentangan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, semalam.

DUN Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu apabila mendapat sokongan daripada kesemua 44 anggota dewan. Undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak. – BERNAMA

778

KOTA BAHARU – PAS akan membentangkan secepat mungkin Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen bagi membolehkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan, kata Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya PAS pusat belum memutuskan anggota Parlimennya yang akan membentangkan rang undang-undang itu dan berkemungkinan ia boleh dilakukan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang juga anggota Parlimen Marang.

“Kerajaan Kelantan mahu rang undang-undang persendirian dibawa ke Dewan Rakyat secepat mungkin dan masa masih ada kerana sesi sidang Dewan Rakyat sekarang akan berakhir pada 9 April,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

DUN Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

Pelaksanaan kanun berkenaan di negeri ini tertangguh lebih 20 tahun sejak ia diluluskan DUN Kelantan pada 1993 kerana halangan perundangan.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu dan pengamal undang-undang, berkata PAS Pusat akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi memutuskan tarikh dan anggota Parlimen yang akan membentangkan rang undang-undang persendirian itu.

Takiyuddin yang juga Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan, berkata melalui rang undang-undang persendirian itu dua perkara akan dibuat pindaan iaitu Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya pindaan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri melaksanakan kanun jenayah syariah itu, manakala pindaan kepada Akta 355, berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah syariah.

Takiyuddin berharap kesemua 132 anggota Parlimen yang beragama Islam akan menyokong kedua-dua pindaan itu pada persidangan Dewan Rakyat nanti.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berharap rang undang-undang persendirian itu dapat dibentangkan pada sesi sidang Dewan Rakyat sekarang.

“Kita hanya memerlukan majoriti mudah untuk rang undang-undang persendirian itu diluluskan di Parlimen. Seperti mana yang saya sebut selalu, semua wakil rakyat (anggota Parlimen) beragama Islam sedar tanggungjawab agama dia, Insya-Allah mudah untuk sokong dan diluluskan,” katanya.

Mengenai tindakan DAP iaitu rakan PAS dalam pakatan pembangkang yang terus menerus menentang pelaksanaan kanun berkenaan yang juga dikenali undang-undang hudud, qisas dan takzir, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berharap DAP tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan pakatan berkenaan. – BERNAMA

774

KOTA BAHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan konsisten dalam keputusannya menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud jika dibawa oleh mana-mana anggota Parlimen PAS di Dewan Rakyat selepas ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia merupakan pendirian BN Kelantan terutama selepas 12 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno menyatakan sokongan sebulat suara terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) negeri Kelantan yang diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

“Kita (anggota Parlimen BN Kelantan) konsisten dengan pendirian kita selama ini. (Bagaimanapun) ini pendirian kita di peringkat negeri (Kelantan) sahaja, negeri-negeri lain (di bawah pimpinan BN) kita tak tahu bagaimana,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang DUN di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini selepas kesemua 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.

Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota DUN Kelantan daripada BN menyokong rang undang-undang itu, yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas mengenai parti komponen BN terutama dari kalangan bukan Islam yang menentang undang-undang itu, Mustapa berkata mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan langkah BN Kelantan yang mengambil pendirian menyokong rang undang-undang berkenaan.

“Kami telah bincangkan perkara ini dalam mesyuarat BN negeri tiga minggu lepas dan kami beri penerangan…banyak soalan dibangkitkan oleh rakan-rakan komponen BN (negeri) dan kami berjanji akan beri penerangan kepada mereka, cuma ia tertangguh kerana program pasca banjir.

“Ada antara mereka berpendapat apabila diberikan penerangan lanjut, mungkin undang-undang ini akan difahami oleh orang bukan Islam dan tentangan terhadap undang-undang ini akan berkurangan,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan beberapa anggota parti Gerakan yang memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap undang-undang berkenaan semalam, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.

“Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengadakan perbicangan dengan semua parti komponen dalam masa terdekat berhubung perkara itu,” katanya. – BERNAMA

746

KUALA LUMPUR – Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh masing-masing terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi BN.

Kesemua pemimpin parti terbabit turut meluahkan harapan agar Najib terus memimpin negara.

Sokongan ini disuarakan kesemua komponen BN itu menerusi pemimpin tertinggi parti di Parlimen Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu Presiden MCA Dato’ Sri Liow Tiong Lai memberitahu, Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu hudud, esok.

BERKAITAN: Ugut Pisah Dgn UMNO – MCA Jangan Besar Kepala

Mynewshub dalam laporan semalam mendedahkan, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar sikap pemimpin MCA yang disifatkan beliau seperti kadok naik junjung dan besar kepala apabila mengugut mahu berpisah dengan UMNO jika undang-undang hudud dilaksanakan.

Syed Ali berkata, selaku rakan komponen BN maka MCA seharusnya merujuk dahulu kepada UMNO sebelum mengeluarkan kenyataan.

“MCA kena faham, hudud bukan agenda politik, ini bab hukum-hakam ajaran Islam, hak penganut islam.

“Tindakan mengugut untuk berpisah dengan UMNO tidak matang dan boleh mengeruhkan keadaan,” ujar beliau.

Syed Ali mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas ugutan yang dibuat pengerusi pasukan petugas khas MCA Gan Peng Sieu mengenai pelaksanaan dasar dan undang-undang syariah, seperti dilaporkan portal berita malaysiakini.com.

Gan dipetik sebagai berkata, MCA mesti memutuskan hubungan dengan UMNO jika parti itu menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Susulan itu Syed Ali mendesak Presiden MCA memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

– MYNEWSHUB.CC

472

KUALA LUMPUR – Umno menyokong pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) oleh kerajaan Kelantan bukan kerana kepentingan politik sebaliknya kerana kesedaran.

Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) bagaimanapun berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak sesuai dilakukan dalam masa terdekat

“Fokus kepada pembangunan Islam dan jangan menghukum orang Islam seperti yang berlaku pada hari ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas sidang Dun Kelantan yang menerima sokongan penuh daripada semua Adun termasuk 12 dari BN dalam melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hukum hudud.

Keputusan itu sekali gus menjadikan 37 pindaan daripada 71 fasal dengan empat pindaan utama itu terpakai.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) berkata, soal agama boleh menjadi unsur perpecahan sama ada kepada BN ataupun PR.

“BN dan PR juga nampak berpecah dan ugut- mengugut. Perkara sensitif jangan dijadikan perkara utama dalam menentukan hala tuju negara kita. Kita kena bertolak ansur.

“Kita kena kembali kepada hasrat Bapa Kemerdekaan kita yang telah nampak isu agama telah menjadi sumber perpecahan di antara kaum dalam negara ini,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

724

KUALA LUMPUR – Parti DAP diingatkan supaya menghormati rakyat Kelantan yang mahu undang-undang hudud dilaksanakan di negeri itu.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, DAP sering bercakap tentang demokrasi tetapi parti itu berlagak seperti menguasai setiap rakyat negara ini.

“Apakah DAP berlagak mereka mahu kuasai semua orang di negara ini. Mereka bercakap tentang demokrasi tetapi tidak menghormati pilihan kami rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang sering memperlekehkan kerajaan Kelantan sejak kebelakangan ini.

Annuar percaya serangan ke atas kerajaan Kelantan itu dalam isu banjir berikutan keputusan PAS meneruskan pembentangan rancangan melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

“Saya terpaksa bangun di sesi soal jawab untuk mempertahankan kerajaan pusat dan Kelantan.Saya tegaskan kerjasama baik kedua-dua pihak telah banyak memudahkan segala usaha berkaitan,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

759

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan wakil tunggal parti itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohamad Roslan Puteh tidak terlibat dengan perbahasan dan pengundian undang-undang hudud oleh kerajaan PAS Kelantan.

PKR dalam satu kenyataan media berkata, arahan itu dikeluarkan kerana PKR mengambil pendirian berbeza mengenai keutamaan melaksanakan hukuman hudud seperti yang dibentangkan oleh PAS Kelantan di DUN Kelantan hari ini.

“PKR telah mengarahkan calon tunggal di DUN Kelantan untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian bersabit Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan pada hari ini,” tegas kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama pemimpin PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli, Zuraida Kamaruddin dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut PKR, syariat Islam merangkumi keseluruhan hidup masyarakat termasuk dalam soal pekerjaan, diplomatik, ekonomi, hubungan dengan bukan Islam dan perkara muamalah lain.

Justeru, kata kenyataan itu, PKR berbeza pandangan mengenai keutamaan yang perlu didahulukan dalam melaksanakan syariat Islam yang menyeluruh itu kerana keutamaan masyarakat adalah sebahagian dari pertimbangan fiqh al awlawiyyat.

“Dalam perkembangan mutakhir, PKR meletakkan keutamaan dalam memperbetulkan ketidakadilan dalam masyarakat dan membela kebajikan rakyat sebagai keutamaan yang lebih tinggi dari melaksanakan undang-undang hudud ke atas enam kesalahan mengikut kaedah fiqh al-awlawiyyat.

“PKR percaya perjuangan memperbetulkan ketidakadilan dalam masyarakat dan membela kebajikan rakyat lebih utama dalam menyelesaikan maslahat ummah,” kata kenyataan itu.

– MYNEWSHUB.CC

681

KOTA BAHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.

Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh, menyokong rang undang-undang berkenaan.

Satu kerusi yang dimiliki PAS iaitu DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas.

12 anggota DUN daripada BN ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ayer Lanas), Datuk Nozula Mat Diah (Paloh), Datuk Md Alwi Che Ahmad (Kok Lanas), Mat Razi Mat Ail (Pengkalan Kubor), Mat Yusoff Abd Ghani (Nenggiri), Ab Aziz Yusof (Galas), Datuk Ramzi Abd Rahman (Dabong), Datuk Abdul Aziz Derashid (Kuala Balah), Datuk Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga), Zawawi Othman (Semerak), Zulkefli Ali (Selising) dan Bakri@Mohamad Bakri Mustapha (Gual Ipoh).

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan empat anggota dewan iaitu Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang), Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Dr Yusnan Yusof (PAS-Melor) dan Datuk Husam Musa (PAS-Salor).

Sebelum ini, Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali hukum hudud, qisas dan takzir, tertangguh pelaksanaannya lebih 20 tahun selepas ia diluluskan DUN Kelantan pada 1993 kerana kekangan dari segi perundangan.

Usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan kanun berkenaan menempuh pelbagai kontroversi terutama tentangan daripada orang bukan Islam khususnya DAP iaitu rakan PAS dalam pakatan pembangkang.

Semalam, parti Gerakan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.

Beberapa pindaan dibuat pada kanun berkenaan iaitu ia hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas mereka.

Pindaan turut dibuat pada Seksyen 15(2) kanun tersebut dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.

Pindaan lain adalah tentang kelayakan hakim, pemberhentian hakim, gaji dan elaun hakim serta struktur mahkamah daripada Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan dan penukaran kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang telah wujud daripada Suruhanjaya Kehakiman Negeri yang belum wujud.

Pindaan turut dilakukan pada struktur ayat untuk disesuaikan dengan undang-undang sedia ada.

Kanun ini juga menyediakan peruntukan untuk kesalahan hudud dan hukuman bagi tujuh kesalahan iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina, liwat, qazaf, syurb (minum arak) dan irtidad (murtad).

Antara hukuman yang diperuntukkan di bawah kanun itu adalah bagi kesalahan mencuri kali pertama, pesalah akan dipotong tangan kanan, kesalahan kali kedua dipotong tangan kiri dan kesalahan kali ketiga pula dipenjara tidak melebihi 15 tahun.

Bagi kesalahan merompak, pesalah boleh dihukum bunuh atau disalib, dihukum bunuh jika mangsa dibunuh tetapi hartanya tidak diambil dan dipotong tangan kanan dan kaki kiri jika harta sahaja diambil.

Kesalahan qazaf pula, pesalah boleh dihukum sebat sebanyak 80 kali dan minum arak pula, sebatan tidak lebih 80 kali dan tidak kurang 40 kali.

Selain itu, bagi kesalahan zina, pasangan yang berkahwin boleh direjam sehingga mati manakala belum berkahwin boleh disebat 100 kali dan pejara setahun.

Bagi kesalahan murtad pula, mesti bertaubat dalam tempoh tiga hari dan jika enggan, boleh dihukum bunuh.

Rang Undang-Undang itu yang sepatutnya dibentangkan pada persidangan dewan Disember tahun lepas telah ditangguhkan berikutan banjir luar biasa yang melanda Kelantan

Speaker DUN Datuk Abdullah Ya’kub kemudiannya menangguhkan sidang DUN kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – BERNAMA

785

KUALA LUMPUR — Anggota Parlimen Islam daripada UMNO akan
mengundi mengikut ‘conscience’ (suara hati) masing-masing jika PAS membentangkan
rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat untuk melaksana hudud di
Kelantan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul
Samad berkata oleh kerana ini hal berkaitan kepercayaan dan agama, UMNO tidak
mengeluarkan sebarang arahan kepada wakil-wakil rakyatnya.

Mereka perlu membuat keputusan sendiri, katanya.

“Suara hati termasuk (mengambil kira) apa yang terbaik untuk rakyat dan
negara dan bukan apa yang terbaik untuk diri anda kerana anda mewakili rakyat,”
kata Shahrir kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Shahrir ditanya sama ada UMNO akan memberi sokongan kepada PAS supaya ia
mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat bagi rang undang-undang tersebut.

Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata: “Kita bukan robotik, kita tidak
selalu kata ini dasar parti.

“Kita mesti mengambil kira apakah kepentingan rakyat”. — BERNAMA

Video 17 Mac

749

KOTA BAHARU – Orang bukan Islam tidak perlu bimbang atau cuba menentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) kerana kanun itu hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Perkara itu merupakan antara beberapa pindaan yang dibuat dalam rang undang-undang itu yang dibentangkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, Rabu.

“Berbanding sebelum ini (kanun itu) yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas mereka,” katanya.

Ahmad berkata rang undang-undang itu turut meminda Seksyen 15(2) Kanun Jenayah Syariah II dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.

Beliau berkata pindaan lain adalah tentang kelayakan hakim, pemberhentian hakim, gaji dan elaun hakim serta struktur mahkamah daripada Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan dan penukaran kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang telah wujud daripada Suruhanjaya Kehakiman Negeri yang belum wujud.

Pindaan turut dilakukan pada struktur ayat untuk disesuaikan dengan undang-undang sedia ada, katanya.

Ahmad berkata kanun ini juga menyediakan peruntukan untuk kesalahan hudud dan hukuman bagi tujuh kesalahan iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina, liwat, qazaf, syurb (minum arak) dan irtidad (murtad).

Sementara itu, semasa membahaskan usul rang undang-undang itu, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata beliau dan UMNO menyokong pelaksanaan undang-undang hudud bukan kerana politik tetapi kerana Allah swt.

Beliau berkata orang bukan Islam tidak perlu mencampuri atau menentang pelaksanan hukum tersebut kerana ia tidak membabitkan orang bukan Islam.

“Undang-undang ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, kenapa orang bukan Islam sibuk untuk menentang hukum ini,” katanya.

Dengan sokongan daripada kesemua 12 wakil rakyat BN dari UMNO, rang undang-undang itu dilihat lebih mudah untuk diluluskan esok kerana PAS mempunyai 31 orang wakil rakyat dalam DUN berkenaan manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang.

Satu kerusi yang dimiliki PAS iaitu DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas.

Bagaimanapun Gerakan hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low pada pukul 10 pagi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai defendan.

Dalam saman pemula tersebut, plaintif memohon pengisytiharan mengikut Artikel 76 dan 76 (A) Perlembagaan Persekutuan bagi perisytiharan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 adalah batal dan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, DAP rakan PAS dalam pakatan pembangkang juga menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Kanun Jenayah Syariah II, yang juga dikenali sebagai hudud yang diluluskan pada 1993 tertangguh lebih 20 tahun dari segi pelaksanaan akibat kekangan perundangan.

Rang Undang-Undang itu yang sepatutnya dibentangkan pada persidangan dewan Disember tahun lepas telah ditangguhkan berikutan banjir luar biasa yang melanda Kelantan

Sidang dewan bersambung esok. – BERNAMA

407

KOTA BAHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta rakannya dari pakatan pembangkang supaya memberi laluan kepada PAS bagi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak akan berhenti untuk melaksanakan kanun berkenaan yang juga dikenali hukum hudud kerana ia sudah lama ditangguhkan iaitu sejak diluluskan pada 1993.

“Sama ada PKR atau DAP tidak setuju, itu cerita lain. Kalau DAP tidak setuju itu hak dia dan kita tidak ingin pertikaikanya,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata pelaksanaan hudud di negeri ini bukan berdasarkan sokongan mana-mana parti kerana ia membabitkan agama Islam.

“Cuma kita minta jangan menghalang … biarkan proses demokrasi ini berjalan … kalau dia nak bahas pun tidak mengapa tetapi biar tentu usul ini ditolak di Parlimen baru kita akan puas hati.

“Saya minta semua wakil rakyat Islam tak mengira parti supaya bersama-sama dengan kita bila kita (PAS) bawa rang undang-undang persendirian (berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud) ke Parlimen kelak,” katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan selepas ia ditangguhkan lebih 20 tahun lalu.

Pindaan yang dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini akan diputuskan esok.

Pindaan kanun itu menyentuh mengenai kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir dan ia hanya terpakai untuk orang Islam yang mukallaf yang melakukan kesalahan di Kelantan.

Jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan hari ini ialah sariqah (mencuri), hirabah (merampas harta orang lain dengan kekerasan), zina dan liwat, qazaf (tuduhan zina atau liwat), syurb (meminum arak) dan irtidad (murtad). – BERNAMA

547

KOTA BAHARU – Gerakan hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu.

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low pada pukul 10 pagi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai defendan.

Dalam saman pemula tersebut, plaintif memohon pengisytiharan mengikut Artikel 76 dan 76 (A) Perlembagaan Persekutuan bagi perisytiharan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 adalah batal dan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, suatu deklarasi bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah, bertentangan dengan Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Antara alasan palintif adalah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 adalah menyalahi undang-undang kerana ia memperuntukkan berkenaan dengan perkara-perkara bahawa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang.

Plaintif juga beralasan enakmen berkenaan adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan tidak sah dan tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, dan sesetengah peruntukan dalam enakmen tersebut juga mewujudkan kesalahan berkenaan dengan perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata permohonan itu merupakan langkah awal bagi menghalang pembentangan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS melaksanakan hudud.

“Kerajaan Negeri Kelantan memulakan langkah pertama dengan membentangkan pindaan rang undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 hari ini, justeru kami juga mengambil langkah pertama untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

“Kami akan menyerahkan saman pemula ini kepada pihak defendan di Pejabat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim hari ini,” katanya.

Kerajaan Negeri Kelantan hari ini membentangkan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dengan empat pindaan utama pada persidangan DUN.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata empat pindaan termasuk rang undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam yang mukallaf, iaitu yang baligh dan berakal, yang melakukan kesalahan di Kelantan.

Sebelum ini, kanun itu turut memperuntukan pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas meraka. – BERNAMA

890

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah rancangan kerajaan PAS Kelantan mahu membentangkan undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Esok.

NGO terbabit dalam satu kenyataan bersama menegaskan pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami meminta satu perbincangan atau debat diadakan berhubung isu hudud ini kerana pelaksanaannya memberi kesan ke atas seluruh masyarakat tanpa mengira agama atau kaum,” kata kenyataan itu hari ini.

NGO terbabit berkata, PAS tidak boleh mengarahkan bukan Islam supaya senyap dan meminta mereka tidak terlibat dalam perbincangan isu hudud.

Sebanyak 22 NGO terbabit adalah seperti berikut:

1. Islamic Renaissance Front (IRF)

2. JIHAD for Justice

3. Kill The Bill

4. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

5. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

6. LLG Cultural Development Centre

7. Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Krisitian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)

8. Malacca Chinese Assembly Hall

9. National Indian Rights Action Team (NIAT)

10. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)

11. One Race – Human Race

12. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)

13. Penang Chinese Town Hall

14. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu-Hua)

15. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)

16. Sisters in Islam (SIS)

17. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

18. Tamil Foundation

19. The Federation of Chinese Association Johore State (FCAJ)

20. The United Chinese School Teachers’ Association of Malaysia (UCSTAM)

21. United Chinese Schools Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)

22. We Are Malaysians – mynewshub.cc

762

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mempunyai motif peribadi melalui pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, sikap Mohd. Amar tergesa-gesa mahu membentangkan pindaan enakmen itu tanpa berbincang dengan pakatan rakyat menunjukkan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mempunyai motif tersembunyi.

“Saya percaya pimpinan PAS dan ahlinya secara prinsip menyokong pelaksanaan hudud. Saya bagaimanapun percaya tidak ramai bersetuju dengan cara isu itu dikendalikan. Saya percaya Mohd. Amar mempunyai motif tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong berkata, Mohd. Amar sentiasa meletakkan dirinya dalam perlawanan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Katanya, Mohd. Amar juga sedang bersedia untuk mencabar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk menjadi pemimpin nombor dua dalam PAS pada muktamar parti itu nanti.

“Mungkin juga pembentangan yang tergesa-gesa itu bukan kerana mahu memperkembangkan keadilan. Ia semata-mata berkenaan kedudukan politik,” katanya. – mynewshub.cc

803

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP perlu meletak jawatan kerana berpura-pura menentang cadangan kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, hal itu terbukti kerana kerajaan PAS Kelantan akan meneruskan pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Pimpinan DAP terus membuat kenyataan retorik akan memutuskan hubungan dengan PAS jika kerajaan Kelantan meneruskan pembentangan undang-undang hudud esok.

“Pemuda Gerakan mahu menekankan bahawa kenyataan DAP itu hanya satu drama politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Liang berkata, DAP sudah banyak kali menyatakan mahu memutuskan hubungan dengan PAS sejak era Barisan Alternatif berikutan perbezaan pendapat tetapi kembali kepada PAS apabila menghadapi pilihan raya.

Justeru, katanya, Kit Siang dan Guan Eng perlu meletak jawatan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia jika PAS membentangkan undang-undang hudud di DUN Kelantan esok.

– MYNEWSHUB.CC

876

Pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (undang-undang hudud) akan dibuat  persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan esok.

Ia dijangka akan mendapat sokongan semua termasuk wakil Barisan Nasional (BN), sesuatu yang merunsingkan DAP sebagai petanda PAS akan bergerak ke arah kerajaan perpaduan dengan UMNO dalam BN berbanding kekal bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti majoriti Cina itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun sekutu dalam PR masih belum senada terhadap perlaksanaan Rang Undang-Undang Hudud, PAS dilihat tidak menoleh ke belakang lagi dan akan tetap meneruskan hasratnya.

Tambahan pula, dalam Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-13 beberapa hari lalu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyatakan sokongan baginda terhadap perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.

Terdahulu pada 12 Mac, satu taklimat khas telah diadakan PAS bagi membentangkan Rang Undang-Undang Hudud kepada PKR dan DAP, namun ia sekali lagi gagal mencapai kata sepakat.

[TERDAHULU: Rang Undang-Undang Hudud Kembali Ke Sidang DUN Kelantan]

Konvensyen-1

Memetik kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, situasi tersebut walau bagaimanapun tidak menjadi penghalang kepada pembentangan Hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN), minggu ini.

Ia sekaligus menjadi tamparan terhebat kepada rakan parti yang lain dalam PR apabila hasrat PAS yang tertangguh lebih 20 tahun semenjak mengemudi Kelantan, dijangka bakal berakhir sedikit masa lagi.

Adakah ini petanda hubungan retak menanti belah antara PAS dan PR bakal menemui noktah setelah tujuh tahun ‘bersama’?

Sudah terang lagi bersuluh, gabungan yang dibentuk secara rasmi pada 1 April 2008 itu tidak sebulu setelah PAS menyuarakan pendiriannya tentang Hudud.

[BERKAITAN: DAP, PKR Perlu Bersetuju Perlaksanaan Hudud]

gobind-singh-deo-650x400

Dalam satu laporan semalam, Gobind Sigh Deo, anak kepada Mendiang Karpal Singh yang dikenali kerana menentang perlaksanaan Hudud, berkata, DAP akan tetap membantah rang undang-undang Hudud walaupun selepas PR berpecah.

Memetik kenyataan Ahli Parlimen Puchong itu dalam portal Free Malaysia Today, “Janganlah kita membuat kesilapan. DAP tidak takut dan tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman, sama ada oleh Tuan Ibrahim atau sesiapa sahaja, terutamanya apabila ia melibatkan prinsip seperti pendirian kita menentang perlaksanaan Hudud.”

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa kedua-dua parti di bawah naungan PR itu perlu untuk bersetuju dengan Hudud andai tidak mahu pakatan tersebut berpecah.

Pada peringkat ini, beranikah PAS berpatah balik dan membatalkan hasrat memperkenalkan hudud di Kelantan andai parti lain dalm PR terus menentang hasrat berkenaan?

Apakah DAP pula mahu dilihat tunduk dengan PAS dalam isu berkenaan? Bolehkah PR bertahan semata-mata atas keinginan untuk menguasai Kerajaan Pusat dengan mengadaikan pendirian dan prinsip perjuangan masing-masing?

Andai itu berlaku, maka ia bukan kerana pengorbanan tetapi lebih kepada sikap tamak haloba untuk memiliki kuasa politik yang lebih besar.

Untuk PR kekal, salah satu pihak perlu mengalah, soalnya siapa yang mahu berbuat demikian dan seterusnya dilihat mengkhianati amanat penyokong parti terbabit?

Apakah PAS mahu dilihat sebagai begitu hina kerana tunduk di hadapan DAP? Begitu juga sebaliknya…

010409-PASvsBNLEAD

Walaupun liku yang bakal dilalui PAS ketika pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah itu dilihat mudah ketika di DUN Kelantan kerana kebanyakkan kerusi dikuasai puaknya sendiri, tapi senario bakal berubah 360 darjah ketika di peringkat Parlimen.

Dimonopoli oleh Barisan Nasional (BN), PAS hanya memiliki baki satu talian hayat iaitu undi dari ahli parlimen pemerintah terutamanya dari parti UMNO yang berjumlah 88 orang.

Adakah percaturan PAS kali ini bakal berjaya atau seperti sebelumnya, hanya separuh jalan sahaja? Sama-sama kita nantikan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Dr Bala – Hudud Adalah Kewajipan Dalam Islam

537

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap Adun BN yang akan mengikuti sidang Dun Rabu ini akan menyokong pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II itu nanti.

Menurutnya, sokongan tersebut amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

“Kita harap Adun BN pun sokong kita, masa bentang sebelum ini pun 39 orang, dua dari BN, harap selepas ini jumlah penyokong (dari BN) akan bertambah, Insya-ALLAH kita doakan yang terbaik untuk pelaksanaan hukum ini,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Sari, Pengkalan Chepa, malam tadi.

Turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, calon PRK Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood dan kepimpinan tertinggi negeri.

Menurutnya, kerajaan Pas Kelantan akan membentangkan pindaan kepada beberapa klausa termasuklah klausa yang menyatakan orang bukan Islam tidak akan terlibat dalam hukum Islam itu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan turut menjelaskan berhubung kepentingan pindaan undang-undang Islam itu dilakukan sebelum pelaksanaannya dibuat.

“Bak kata arwah Tok Guru Nik Aziz, kita hidupkan enjin dan bergerak sampai ke lampu isyarat, merah, kita berhenti dahulu, jangan matikan enjin, sama juga dengan hudud, kita buat dan bentang, ada halangan, kita berhenti dulu, tapi enjin masih hidup, maka sekarang bila lampu hijau, kita tidak boleh masih di situ (lampu isyarat) nanti kena langgar belakang, maka kita pun masuk lah ‘gear’ balik, itulah yang berlaku pada hudud sekarang.

“Tidak kurang juga yang bertanya, kenapa perlukan pindaan, saya bagi contoh, kita buat rumah, semua kelengkapan sudah ada, tetapi kita tidak dapat mendiami rumah itu sebab elektrik tidak ada, maka kena tunggu dulu, mungkin sampai bertahun-tahun, maka bila elektrik sudah ada, kita mungkin terpaksa cat balik rumah itu, baiki balik ruang-ruang yang mungkin boleh dibesarkan lagi, sebab kita tinggal terlalu lama, walaupun ia baru, tapi tetap kena baiki balik, itulah pindaan yang kita maksudkan dalam hudud ini,” katanya.

Ahmad berkata, perjuangan pelaksanaan hukum tersebut perlu diteruskan dan ia merupakan harapan seluruh kepimpinan negeri dan juga rakyat Kelantan yang mahukan kadar jenayah dapat dikurangkan dengan terlaksananya hukum Islam. – Sinar Harian Online

246

KOTA BARU – PAS Kelantan tidak akan menangguhkan rancangannya untuk membentangkan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang minggu depan semata-mata untuk menyenangkan hati DAP.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tiada sebarang perubahan dibuat kepada draf pindaan seperti yang dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari Khamis lalu.

“Kita akan teruskan dengan meminda undang-undang berdasarkan draf tersebut pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang akan datang,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar di sini pada Jumaat.

Mohd Amar berkata, kebimbangan yang disuarakan oleh pengerusi biro undang-undang DAP, Gobind Singh Deo bahawa apa yang dibentangkan oleh PAS Kelantan merupakan undang-undang baharu dan bukannya pindaan adalah pendapatnya sendiri.

“Isu yang dia katakan adalah tidak benar sama sekali. Apa yang kita bentangkan ialah pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan hanya tiga pindaan utama,” katanya.

Gobind pada Khamis menggesa PAS menimbang semula rancangannya untuk membentangkan pindaan yang dicadangkan itu.

Menurut Gobind, draf itu dilihat lebih seperti cadangan untuk enakmen baru dan bukan pindaan kepada akta sedia ada.

Sementara itu pada sidang media berasingan, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat itu membincangkan mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh sekutu Pakatan, terutamanya DAP, tetapi memutuskan bahawa pembentangan pindaan akan diteruskan seperti yang dirancang.

“Kami akan berpegang kepada draf yang dikemukakan kepada Majlis Pakatan Rakyat tanpa apa-apa perubahan,” katanya. – mStar Online

976

KOTA BAHARU – Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, atau lebih dikenali sebagai rang undang-undang hudud, yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan lebih 20 tahun, akhirnya kembali ke persidangan dewan Isnin ini.

Rang undang-undang yang sepatutnya dibentangkan pada persidangan dewan Disember tahun lepas telah ditangguhkan berikutan banjir luar biasa yang melanda Kelantan dan ia telah ditambah baik dengan beberapa peruntukan dipinda.

Penambahbaikan dan beberapa pindaan yang dilakukan ke atas rang undang-undang itu berdasarkan pandangan dan teguran pelbagai pihak termasuk kalangan pakar undang-undang, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata antara pindaan yang dibuat ialah enakmen berkenaan hanya terpakai kepada orang Islam berbanding sebelum ini, iaitu orang bukan Islam diberi pilihan untuk diadili mengikut enakmen berkenaan atau undang-undang sivil.

“Dengan pindaan ini, kanun jenayah ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukalaf bagi apa-apa kesalahan di bawah kanun ini,” kata Takiyuddin yang juga Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan.

Takiyuddin, yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata kini orang bukan Islam tidak lagi perlu bimbang dengan pelaksanaan enakmen ini kerana tidak melibatkan mereka.

Pindaan itu juga akan turut memperkemaskan hukuman yang membabitkan kesalahan liwat dan zina manakala pindaan lain melibatkan perkara teknikal, katannya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Menurut beliau, PAS Kelantan mengakui UMNO telah memberikan sokongan sepenuhnya bagi pelaksanaan kanun jenayah syariah itu di negeri ini termasuk ketika enakmen itu diluluskan DUN berkenaan pada 25 Nov 1993.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama negeri dan persekutuan bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, ia dilihat perkembangan positif ke arah usaha melaksanakan undang-undang Islam itu.

Takiyuddin berkata bagi mengatasi halangan perundangan yang menyebabkan enakmen itu tidak dapat diwarta dan dilaksanakan hingga sekarang, dua perkara perlu dibawa ke Parlimen untuk dibuat pindaan iaitu Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya salah seorang anggota Parlimen PAS akan membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri melaksanakan kanun jenayah syariah itu manakala kerajaan persekutuan akan membawa pindaan kepada Akta 355 Akta Mahkamah Syariah tersebut yang berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah syariah.

Pihak PAS belum memutuskan tarikh rang undang-undang persendirian itu akan dibentangkan di Parlimen dan beliau juga tidak mengetahui bila masanya kerajaan persekutuan akan membawa ke Parlimen pindaan Akta 355, katanya.

Beliau bagaimanapun berharap kesemua 132 anggota Parlimen yang beragama Islam akan menyokong kedua-dua pindaan itu pada persidangan Dewan Rakyat.

Bagaimanapun usaha kerajaan PAS untuk melaksanakan hukum hudud telah mendapat tentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP.

Baru-baru ini, anggota Parlimen DAP kawasan Puchong Gobind Singh Deo memberi amaran kepada PAS bahawa parti itu tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika tetap berkeras membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud di DUN Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula memberi amaran kepada DAP supaya berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan menentang usaha PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata kerajaan Kelantan tidak akan tunduk dengan desakan DAP malah bersemangat untuk melaksanakan undang-undang berkenaan. – BERNAMA

974

PETALING JAYA – Satu taklimat khas oleh PAS mengenai rang undang-undang Hudud Kelantan yang mencetuskan kontroversi gagal menarik perhatian pemimpin Pakatan Rakyat, apabila difahamkan ia tidak mendapat kata sepakat sebahagian mereka yang hadir.

Bagaimanapun, cadangan pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah mungkin akan diteruskan apabila sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diadakan selama tiga hari bermula Isnin depan.

Pindaan itu membuka jalan kepada PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu yang diterajui selama 23 tahun.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau tidak melihatnya sebagai sebab kukuh untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu.

Dalam pada itu, beliau turut menolak dakwaan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat bahawa rang undang-undang itu kelihatan seperti undang-undang baharu.

“Ianya tidak benar kerana hanya terdapat beberapa perubahan dalam kandungan asalnya. Kita akan memaklumkan pandangan mereka kepada Menteri Besar,” katanya.

PAS menghantar dua exco negeri iaitu Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan dan Datuk Nassaruddin Daud untuk memberi taklimat mengenai cadangan pindaan enakmen itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis.

Sebelum itu, para pemimpin PKR dan DAP masih tidak jelas mengenai cadangan pindaan tersebut.

Mereka hanya mengetahuinya sedikit menerusi beberapa kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menghadiri mesyuarat itu berkata, dua wakil PAS itu diminta untuk membawa pandangan berkenaan kepada kerajaan Kelantan dan jawatankuasa PAS Pusat, yang akan mengadakan mesyuarat di Kota Bharu selepas solat Jumaat hari ini (Jumaat).

“Perkara positif di sini ialah proses perbincangan masih diteruskan. Sebelum ini, adalah samar-samar tentang apa yang berlaku dengan rang undang-undang itu,” kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Beberapa sumber berkata, sebilangan mereka yang terlibat dalam mesyuarat itu menolak rang undang-undang berkenaan yang disifatkan sebagai satu “draf baharu’ berbanding sebuah pindaaan kepada rang undang-undang 1993.

“Kami mahu mereka membuat pengubahsuaian semula tetapi ia akan merumitkan kerana hanya tinggal beberapa hari bekerja sahaja lagi,” kata sumber.

Antara mereka ialah Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo, yang menggesa PAS untuk mempertimbangkan semula mengenai cadangan pindaan enakmen itu.

“Ini merupakan satu rang undang-undang yang baharu, bukan perubahan kecil,” katanya.

Gobind berkata, DAP menentang cadangan pindaan enakmen itu dan mengingatkan PAS bahawa pelaksanaan hudud bertentangan dengan prinsip perlembagaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Cadangan pindaan enakmen itu antaranya mengenakan hukuman rotan terhadap enam kesalahan jenayah utama termasuk murtad, berzina, pengambilan alkohol, fitnah, mencuri dan merompak serta qisas yang meliputi bunuh dan menyebabkan kecederaan.

Rang undang-undnag itu dijangka mendapat laluan mudah kerana kesemua Ahli Undangan Negeri (Adun) Umno sedia memberi sokongan terhadapnya.

Bagaimanapun, pelaksanaan hudud di Kelantan hanya akan memburukkan lagi hubungan PAS bersama rakan sekutunya DAP dan PKR.

mStar Online

910

KUALA LUMPUR – Wakil kerajaan PAS kelantan gagal memperolehi persetujuan segera Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke atas rancangan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Ia berikutan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mahu beberapa pendapat mereka ke atas Draf Rang Undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Shariah 1993 yang dibentangkan oleh kerajaan PAS Kelantan kepada mereka hari ini dibincangkan di peringkat kerajaan negeri itu terlebih dahulu.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan media memberitahu, Draf Rang Undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Shariah 1993 itu dibentangkan oleh wakil kerajaan PAS Kelantan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

“Wakil-wakil kerajaan Kelantan bersetuju membawa balik beberapa dapatan dari perbincangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada hari ini untuk dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat kerajaan Kelantan,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bagaimanapun memaklumkan mesyuarat berkenaan mengesahkan PKR dan DAP akan memberi kerjasama dan sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chempaka. – MYNEWSHUB.cc

1013

KUALA LUMPUR – DAP mengingatkan PAS bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa hudud hanya boleh dilaksanakan jika masalah pengangguran dan gaji minimum di negara ini diselesaikan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi membuat kenyataan itu pada Mei 2012 di Hulu Terengganu, Terengganu semasa menyebut tentang syarat-syarat pelaksanaan hudud.

“Kami (DAP) justeru tidak boleh bersetuju dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh kerajaan PAS Kelantan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang dalam pada itu menegaskan, pendirian DAP terhadap hudud adalah jelas, berterusan dan konsisten iaitu pelaksanaan hudud bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya, pelaksanaan hudud juga tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.yang dipersetujui oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat selama ini.

“DAP menggesa pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokongnya kembali kepada asas Pakatan Rakyat dan mengukuhkan komitmen terhada[Rancangan Lapan Tahun Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dengan mengenepikan semua perbezaan termasuk isu kontroversi pelaksanaan hudud di Kelantan sehingga selepas tahun 2018,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

897

KUALA LUMPUR – PAS akan akur dengan apa jua keputusan dan ketetapan yang akan diputuskan di Parlimen kelak sama ada menerima atau menolak rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan nanti.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS menggunakan jalan demokrasi dalam proses tersebut bagi memberi pilihan kepada para Ahli Parlimen untuk membentangkan, membahas,menyokong atau menolak rang undang-undang persendirian yang ingin dibawa kerajaan Kelantan itu.

Justeru, beliau menggesa Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo selaku Ahli Parlimen Puchong menggunakan ruang demokrasi tersebut untuk menyatakan pendirian bersama Ahli Parlimen DAP lain tanpa perlu membangkitkan isu berkenaan kedudukan PAS dalam pakatan rakyat.

“PAS juga menghormati keputusan yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang lalu.

“Oleh itu PAS mendesak agar Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dapat diadakan segera agar pihak PAS dan kerajaan Kelantan dapat memberikan penjelasan butiran pindaan Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata demikian sebagai menyelar dakwaan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP itu bahawa PAS bukan lagi sebahagian daripada pakatan rakyat jika meneruskan pembentangan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan 1993 atau lebih dikenali sebagai Enakmen Hudud.

Beliau yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS berkata, Gobind perlu tahu bahawa Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan yang ingin dipinda itu adalah sebuah undang-undang yang telah wujud lebih 20 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan pakatan rakyat.

“Manakala pindaan yang dicadangkan hanyalah untuk mengemaskini dan memperbaiki undang-undang tersebut terutama dari aspek teknikal yang tertentu. Ia belum dapat dilaksanakan sehinggalah mendapat kebenaran dan pindaan undang-undang di Parlimen.

“Pindaan yang bakal dibentangkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian ahli Parlimen (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat yang berkait dengan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang digemburkan oleh sesetengah pihak memandangkan tarikh pembentangannya pun belum ditetapkan lagi,” katanya.

1046

(Petikan: Free Malaysia Today)

PETALING JAYA: Rang-undang-undang Hudud yang bakal dibentang oleh kerajaan negeri PAS Kelantan pada sidang DUN negeri itu 18 Mac nanti tidak mempunyai sokongan Pakatan Rakyat.

Ini kerana undang-undang Hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, malah pembentangan rang undang-undang itu juga bertentangan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini.

Demikian kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam kenyataannya, sambil menegaskan bahawa kedegilan kerajaan PAS Kelantan meneruskan pembentangan tersebut mengisyaratkan bahawa PAS tidak lagi akan dilihat sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat, lapor Roketkini.com.

gobind

“Saya menyeru PAS untuk menunjukkan komitmen kepada Pakatan Rakyat.

“PAS mesti menghormati Dasar Bersama Pakatan Rakyat, ia juga mesti menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan,” tegas Ketua Biro Undang-undang DAP itu.

Menurutnya, tindakan PAS meneruskan rancangan membentang rang undang-undang tersebut adalah langkah serangan terbuka terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“Jika demikian, pimpinan PAS di belakang langkah tersebut mesti berani mengaku bahawa mereka menolak PAS untuk bercerai dengan Pakatan,” ujar Gobind.

Malah katanya, ini juga menimbulkan persoalan terhadap kredibiliti PAS yang sebelum ini mahu dilihat sebagai parti yang fokus terhadap usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Mengulas amaran PAS supaya DAP tidak masuk campur dalam urusan Kelantan, Gobind berkata selagi PAS masih di dalam Pakatan, DAP berhak menegur PAS.

“DAP bukan sahaja berhak malah bertanggungjawab memastikan PAS bertindak selari dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam dilaporkan berkata bahawa DUN dijangka membincangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dalam persidangan pada 16 hingga 19 Mac akan datang.

1300

Walaupun disanggah oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, namun PAS akan tetap meneruskan perjuangannya untuk melaksanakan hukuman hudud di Kelantan.

Itu nada tegas yang dilontarkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.

Ujar beliau lagi, parti Islam tersebut tidak akan tunduk terhadap mana-mana desakan bagi menangguhkan perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dan akan meneruskan perjuangan tersebut seperti yang diamanahkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan Bentang Enakmen Hudud Mac Depan]

Ujar figura tersebut kepada akhbar Sinar Harian, “Tok Guru ada pesan, kita kena cari jalan terbaik untuk laksanakan hudud di Kelantan kerana itu amanah Allah.

“DAP dan sesiapa sahaja yang nak bangkang hudud semahu-mahunya, bangkanglah! PAS akan laksanakan hudud seboleh-bolehnya.”

image-3-600x360

Dalam laporan akhbar sama semalam (Ahad), anak kepada Nik Abdul Aziz iaitu Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya meninggalkan satu wasiat iaitu menginginkan agar perlaksanaan hudud tetap diteruskan walaupun dia sudah tiada.

“Ayah nak walaupun dia tutup mata, hudud kena buat juga di Kelantan.”

Lanjut bercerita tentang pesanan arwah bapanya, beliau berkata, Nik Aziz acapkali bercerita tentang hudud kerana beliau merupakan pencetus idea agar ia dilaksanakan di Kelantan. – MYNEWSHUB.CC

Kenangan – Nik Abdul Aziz Dikerumuni Ketika Menunaikan Solat Di Masjid Besi, Putrajaya

588

PETALING JAYA – PAS Kelantan akan meneruskan rancangannya untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) bulan depan walaupun keputusan Pakatan Rakyat pada Ahad berhubung perkara itu ditangguhkan sementara menunggu kata putus daripada mesyuarat khas yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan bersidang pada 16 Mac ini dan PAS di sini akan meneruskan rancangan untuk meminda Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah,” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Amar Nik Abdullah kepada The Star ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, tarikh sebenar untuk membentangkan cadangan pindaan rang undang-undang itu hanya akan diketahui selepas Speaker menetapkan agenda DUN itu.

Ketika ditanya sekiranya PAS Kelantan akan menangguhkan rancangannya sementara menunggu keputusan mesyuarat khas Pakatan, Nik Amar berkata tiada keperluan untuk itu kerana ia tidak melibatkan pelaksanaan hudud pada masa ini.

“Pindaan terhadap enakmen syariah di negeri ini terletak kepada PAS Kelantan untuk diputuskan.

“Perbincangan oleh kepimpinan Pakatan terhadap pelaksanaan hudud adalah perkara berasingan,” katanya.

Nik Amar yang mengetuai jawatankuasa teknikal negeri mengenai hudud berkata PAS Kelantan akan turut berusaha untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen bulan depan bergantung kepada hasil mesyuarat khas yang akan diadakan dalam masa sebulan.

“Kami akan cuba untuk membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen pada sesi akan datang sekiranya ada masa.

“Jika tidak, kami akan berbuat demikian pada sesi berikutnya pada pertengahan tahun ini,” katanya.

Pada Ahad, Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat memutuskan untuk menangguhkan perbincangan mengenai hudud selepas ketiga-tiga parti bersetuju untuk membincangkan perkara itu di dalam konvensyen Pakatan pada 10 Mei ini.

Nik Amar yang hadir pada mesyuarat tertutup Pakatan memberitahu majlis kepimpinan tersebut bahawa PAS Kelantan masih dalam proses menyediakan draf pindaan rang undang-undang berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, PAS Kelantan perlu membentangkan pindaan rang undang-undang tersebut di mesyuarat khas sebelum ia dibentangkan di persidangan DUN Kelantan.

“Ia adalah jelas daripada keputusan majlis bahawa PAS Kelantan tidak perlu meneruskan pindaan tersebut sehingga mereka menghantar draf berkenaan di mesyuarat khas untuk diputuskan,” katanya.

Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Gobind Singh Deo menyuarakan sentimen sama dengan menyatakan sebarang usaha oleh PAS Kelantan untuk meneruskan pindaan tersebut akan menjadikan keputusan Pakatan sebagai ‘tidak masuk akal’.

“Kami (DAP) sendiri menyatakan dengan jelas bahawa PAS perlu berpegang kepada dasar bersama yang tidak melibatkan hudud.

“Apa sahaja yang tidak berkaitan dasar bersama tidak boleh dilakukan melainkan terdapat kata sepakat di kalangan semua pihak dalam Pakatan,” katanya.

Selain bersetuju untuk tidak membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan, Gobind berkata PAS Kelantan juga tidak dibenarkan membuat pindaan terhadap enakmen syariah negeri itu sementara menunggu keputusan mesyuarat khas tersebut.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mempunyai pendapat berbeza berhubung isu itu dengan berkata cadangan pindaan terhadap enakmen syariah tersebut adalah hak PAS Kelantan.

“Sebenarnya, pindaan ini adalah urusan negeri. Jika pindaan dilakukan, kepimpinan Pakatan kemudiannya perlu mengkaji pindaan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenainya,” kata Tian Chua.

PAS Kelantan sedang berusaha untuk mengenakan hukuman sebatan rotan di bawah hudud bagi enam kesalahan jenayah utama, termasuk murtad, berzina, pengambilan alkohol, memfitnah perbuatan zina, mencuri dan merompak dan qisas yang merangkumi pembunuhan dan menyebabkan kecederaan.

Di bawah undang-undang hudud, yang diluluskan pada tahun 1993, mereka yang didapati bersalah melakukan zina boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau disebat enam kali, atau kedua-duanya.

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) memerlukan sokongan majoriti di Parlimen bagi membolehkan Pas melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. – mStar Online

1140

Satu kenyataan sensasi telah dikeluarkan oleh jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin dengan berkata, golongan pedofil (golongan dewasa yang menjadikan kanak-kanak bawah umur sebagai objek seks) akan memenuhi Kelantan sekiranya hukuman hudud dilaksanakan di negeri pantai timur itu.

Pandangan tersebut diungkapnya dalam sebuah forum, ‘Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi’ semalam (Sabtu), lantas menolak sepenuhnya undang-undang tersebut untuk dikuatkuasakan di negara ini.

IDEAS_TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA_FORUM

Tambahnya lagi, kaedah hukuman Islam yang hendak diaplikasikan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan teknik pembuktian saintifik yang tidak dikuatkuasakan bagi kes zina, sebaliknya tetap menggunakan teknik lama iaitu syarat empat orang saksi.

Memetik kenyataannya dalam portal Astro Awani, “Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.

Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah? Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?”

Oleh itu, beliau berkata ia akan menjadi sukar bagi menentukan pihak yang dituduh benar-benar bersalah.

Jika hudud dilaksana di Kelantan, golongan ‘pedofil’ akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana… dan tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka.”

Farida turut berkata, kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum sejak akhir-akhir ini menyukarkan lagi perlaksanaan hukuman hudud.

Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks,” ujarnya.

Namun hari ini, Pemuda PAS membidas kenyataan Noor Farida dengan berkata, pandangan tersebut sangat prejudis, menghina dan jauh daripada bersifat ilmiah.

pas_youth_muktamar_18_1609_840_560_100

Menurut Mohd Nasaie Ismail selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS, sebagai wakil kepada cendiakawan G-25, Noor Farida haruslah mengutarakan pandangan secara rasional dan bukan dengan sentimen yang memburukkan hudud.

Beliau memberi gambaran mudahnya perogol dibebaskan, sedangkan banyak peringkat hukuman lain seperti Tazkir yang akan dilalui oleh pesalah tersebut. 

Tambahan pula, empat saksi yang diperlukan untuk sabitan kes zina. Manakala rogol adalah kes berlainan. Ia boleh disabitkan dengan had Zina (hudud), had Hirabah (hudud), Qisas (andai mencederakan atau menyebabkan kematian) Diat (denda ganti rugi) dan Ta’zir (hukuman mengikut budi bicara mahkamah).”

Nasaie turut menjemput Noor Fariza untuk menyertai sesi dialog bersama pihaknya bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PAS Akan Berjaya Laksana Hudud Jika Dengan UMNO Sahaja – Timbalan Menteri Besar Kelantan

277

KUALA LUMPUR – “Kenyataan bahawa Kelantan wajar tumpukan usaha kebajikan sebelum laksana Hudud ialah satu kata-kata yang batil”.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, usaha membantu mangsa banjir tidak wajar membantutkan perancangan untuk melaksanakan Hudud di Kelantan.

“Tempoh pasca banjir pada hari ini memasuki fasa pembinaan rumah-rumah kediaman serta pemulihan emosi mangsa banjir yang terlibat. Ia bukan lagi fasa kritikal menyelamatkan nyawa seperti di saat banjir memuncak.

“Kerajaan Kelantan dalam proses yang lancar membantu mangsa banjir dengan membina rumah-rumah kediaman,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadhli dalam pada itu turut menyelar pihak yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak mampu menangani isu banjir di negeri itu.

Jelas beliau, Menteri Besar tidak menang tangan turun ke setiap kawasan meninjau projek-projek pembinaan yang sedang berjalan dengan rancak.

“Tinjau laman sosial beliau sebelum anda berkata Menteri Besar Kelantan tidak lakukan apa-apa,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika bencana banjir besar melanda negeri ini baru-baru ini.

Beberapa pemimpin lain DAP turut meminta PAS supaya memikirkan tentang masalah banjir di Kelantan sebelum sibuk mahu membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen. – mynewshub.cc

328

KUALA LUMPUR – PAS menyelar tindakan kumpulan 25 profesional Melayu (G-52) kerana menghina undang-undang Hudud dan mencabar pimpanan kumpulan itu berdebat mengenai hukum Islam tersebut.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Mohd. Nasaie Ismail berkata, kenyataan yang dibuat oleh jurucakap kumpulan itu, Datuk Noor Farida Ariffin berhubung Hudud semalam menghina, bersikap prejudis dan tidak berilmiah.

“Kenyataan beliau bahawa pesalah laku seks kanak-kanak akan berkerumun di Kelantan kerana di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa.

“Sepatutnya beliau berhujah secara rasional dan bukan dengan sentimen yang penuh buruk sangka. Rujukan beliau bahawa pesalah rogol akan mudah terlepas hukuman disebabkan hanya empat saksi diterima dan bukti saintifik ditolak jauh menyimpang daripada maksud sebenar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

G-25 yang terdiri daripada pesara kerajaan dan bekas pemimpin yang berpengaruh sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kerana mendakwa dua badan bukan kerajaan (NGO) itu mempolitikkan Islam.

Bercakap dalam sebuah forum ‘Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi’ sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang kelima semalam, Noor Farida menolak sepenuhnya undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.

Noor Farida dipetik berkata, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan.

“Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana… dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka,” tegas Noor Farida.

Justeru, Mohd. Nasaie turut menyelar G-25 kerana sering mendakwa mempromosikan Malaysia yang sederhana dan menolak ekstremisme tetapi kenyataan Noor Farida itu menggambarkan beliau yang bersikap ekstrim, emosional dan berlaku tidak adil kepada pihak lain.

Sehubungan itu, beliau mengajak Noor Farida untuk berdialog berkenaan isu hudud dan menggesa jurucakap G-25 itu mengemukakan satu solusi penyelesaian kepada jenayah yang berleluasa dalam negara.

“Jika anda menolak hudud sebagai penyelesaiannya, adakah ada solusi yang lain yang boleh dikemukakan yang terbukti berkesan menjegah jenayah dan beri keadilan kepada semua pihak?,” soalnya. – mynewshub.cc

1107

PENGARAH Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstrem setiap Jumaat.

igp

Walaupun tidak dinyatakan secara tepat, namun jika berkisar kepada Jakim dan hari Jumaat, sudah pasti dakwaan Eric menerusi status Twitter ini sah-sah merujuk kepada teks khutbah Jumaat yang dibekalkan jabatan berkenaan kepada masjid-masjid seluruh negara.

Nampaknya, apek seekor ni tak faham, kalau Jakim mempromosikan ekstrimism setiap Jumaat di seluruh negara, sudah lama dahulu berlaku pertumpahan darah berkaitan isu agama di negara ini.

Adakah apek ini pernah mendengar khutbah Jumaat dari mula hingga ke akhir sepanjang hidupnya sebelum membuat kenyataan melalui akaun Twitternya semalam?

Agak nyata apek ini sengaja mencabar kedaulatan undang-undang dan bukankah kenyataan seperti ini melayakan apek ini ditahan di bawah Akta Hasutan?

Melihat kenyataan seperti ini sepatutnya kita semua faham betapa selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditiadakan, maka Akta Hasutan amat sekali perlu dipertahankan agar jangan ada sebarang apek main cakap apa sahaja yang dia mahukan.

Hak bersuara akan disaingi hak bertindak. Ini terbukti dalam kejadian di Paris apabila sebuah penerbitan yang kerap menghina Islam diserang dan belasan orang maut.

Bersuaralah sebebebas mana yang anda hendak tetapi harus beringat bersama itu akan datang juga hak untuk orang lain bertindak. Suara tidak semestinya dibalas dengan suara sahaja, ia adakalanya perlu dibalas dengan tindakan tertentu.

Maka dalam kes apek ini yang mempersoalkan mengenai khutbah Jumaat secara tidak langsung, pihak berkuasa harus bertindak segera sebelum orang lain bertindak dalam konteks yang tersendiri.

Jangan bimbang nak bertindak terhadap peguam apa semua… takda apa sangat puak-puak tu. Camni dah jelas dia menghasut, maka bertindaklah.

Anjing kalau menyalak dan kita lari…dia akan naik syeh dan kejar kita serta gigit kita…kalau kita lawan balik…anjing tu yang akan lari….apek camni pun sama jugak… kalau pihak berkuasa berdiam diri dan melarikan diri…dia akan berterusan kejar dan menggigit pihak berkuasa serta anggota masyarakat…cuba sergah balik sekali… tengok setakat mana keanjingan apek ni…

OLEH: SATU HALA

Oh satu lagi… apek ini juga yang cakap PAS obses seks dan hudud zalim…baca kat bawah yea…

Lawyers For Liberty Dakwa PAS Obses Seks, Hudud Zalim

710

KUALA LUMPUR – Bencara banjir besar yang melanda Kelantan petanda bahawa pelaksanaan undang-undang hudud perlu dilaksanakan di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bencana banjir besar itu mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada hukuman Allah dan menjauhi larangannya.

“Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat hudud.

“Hadapi banjir dengan taqwa dan keinsafan di akal. Ia pulangkan kita dengan kesuburan di hati sebagaimana di bumi juga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media kelmarin melaporkan banjir yang lebih besar dikhuatiri melanda Kelantan ekoran hujan lebat yang berterusan sementara faktor cuaca yang tidak menentu.

Fenomena cuaca itu turut menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu meningkat semula apabila beberapa kawasan kembali dinaiki air.

514

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS cuba menjustifikasikan rancangan parti itu untuk laksanakan undang-undang hudud di Kelantan dengan hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran tidak boleh diterima di zaman moden ini.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, tindakan PAS itu pada dasarnya dilihat seolah-olah meminta orang ramai supaya meyakini secara membuta tuli terhadap rancangan parti itu.

“Bukan sahaja tidak telus dalam pelaksanannya, kerajaan PAS Kelantan membuat keputusan menerangkannya dengan ayat al-Quran dan anekdot, kata-kata yang `berbunga-bunga’ dan simpulan bahasa.

“Meminta orang ramai percaya kepada tuhan bahawa rancangan mereka akan berjaya dan tidak akan ada kekejaman atau ketidakadilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Paulsen berkata, usaha semudah itu dan kenaifan yang ditunjukkan PAS dalam rancangan hudud tidak sesuai lagi pada zaman ini terutama apabila ia melibatkan perkara yang serius seperti hudud.

Justeru, katanya, Lawyers for Liberty mendesak kerajaan PAS Kelantan mendedahkan draf rancangan itu sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

511

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan anggota Exco negeri daripada DAP, Datuk Teng Chang Kim bahawa PAS harus meninggalkan Pakatan Rakyat jika gagal menunaikan janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, merupakan pendapat peribadinya.

Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata kenyataan Teng tidak menggambarkan pendirian Pakatan Rakyat berhubung undang-undang Islam sambil menambah sebarang cadangan atau pendapat mengenai hudud akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Kebiasaannya, perkara ini (Hudud) hanya akan diputuskan selepas mendapat konsensus daripada semua komponen parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Zon Bersih Mini anjuran Majlis Bandar Raya Shah Alam di sini malam tadi.

Teng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang melalui laman Facebooknya semasa mengulas desakan PAS melaksanakan hudud di Kelantan berkata “sekiranya kamu tidak dapat berpegang kepada janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud semasa bersama Pakatan Rakyat, lebih baik keluar.” – BERNAMA

395

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC, C.Sivarraajh mendakwa undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS undang-undang kuno yang cadangannya perlu ditentang oleh semua Ahli Parlimen.

Beliau mendakwa, rakyat Malaysia tidak boleh menerima undang-undang yang mengenakan hukuman potong tangan kerana mencuri, rejam dengan batu hingga mati dan rotan kerana minum arak itu disebalik undang-undang sedia ada.

“Ahli Parlimen mesti berpegang kepada sumpah mereka iaitu mempertahankan Perlembagaan dan undang-undang negara ini. Akan ada dua set undang-undang di negara ini nanti.

“Tidak boleh mengatakan undang-undang Islam itu hanya untuk muslim kerana ia akan turut memberi kesan ke atas setiap rakyat. Seluruh penganut Kristian, Hindu, Budda dan agama lain terpaksa hidup dalam undang-undang Islam tidak mengira ia baik atau buruk,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sivarraajh bagaimanapun mendakwa, harapan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak akan menjadi kenyataan kerana Ahli Parlimen bukan Islam pasti tidak menyokong pelaksanaan undang-undang itu.

350

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa semua pihak dalam pakatan pembangkang memberi tumpuan terhadap isu yang lebih penting berbanding terlalu banyak bercakap tentang rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di kelantan.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, perbezaan pendapat parti pembangkang tentang pelaksanaan hudud wujud sejak era Barisan Alternatif dalam tahun 1999 tetapi yang perlu diutamakan adalah isu kebajikan rakyat.

“Saya menyeru supaya semua pimpinan pakatan kembali kepada perjuangan membela kebajikan dan kepentingan rakyat bersabit isu-isu yang mendesak termasuk beban sara hidup, rasuah dan penyelewengan, kemelut ekonomi manipulasi agama dan perkauman serta salah guna undang-undang.

“Keutamaan ini telah menajdi amanah rakyat kepada kita,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Rafizi memaklumkan sekretariat pakatan pembangkang sedang mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh kerajaan Kelantan berhubung undang-undang hudud dengan segera.

Jelasnya, langkah itu bertujuan membolehkan PKR dan pemimpin pakatan pembangkang lain menilai sendiri cadangan kerajaan Kelantan itu sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat.

“Saya menasihati pimpinan PKR supaya berhati-hati di dalam membuat kenyataan mengenai polemik ini supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sebarang keputusan dan pendapat mengenai polemik ini perlulah merujuk kepada keputusan majlis presiden pakatan,” katanya.

545

Walaupun PAS ditentang rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), namun, Barisan Nasional (BN) Kelantan tetap konsisten menyokong pelaksanaan hukum hudud yang dirancang parti Islam tersebut, di sana.

Memetik laporan akhbar Sinar Harian, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Hanapi Mamat berkata, parti itu mengharapkan agar cita-cita PAS terlaksana bila tiba masanya nanti.

Beliau menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam tersebut dan akan terus komited menyokong usaha PAS Kelantan.

Ujarnya, “Pada masa sama kami di peringkat negeri cuba menyesuaikan diri dengan kehendak pelaksanaan undang-undang Islam ini.

“Realitinya BN Kelantan benar-benar ingin melihat hudud dilaksanakan sebagaimana dirancang.”

Ia merupakan reaksi dari Hanapi setelah disoal tentang polemik terbaru PR apabila DAP mendesak PAS dan PKR menolak pelaksanaan hudud andai mereka ingin mengambil alih Putrajaya.

Tambahnya, “Rakyat kena lihat siapa yang ikhlas dan sebaliknya, malah siapa cuba mempolitikkan isu ini dan yang betul-betul ingin lihat hudud dilaksanakan sebagai mana dirancang.”

Kelantan bakal mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember depan bertujuan untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Antaranya adalah hukuman terhadap penzina dan pihak yang menuduh perbuatan zina tanpa bukti, selain kaki botol.

Tidak selari dengan PAS, DAP menyifatkan pelaksanaan hudud bakal melambatkan usaha PR mentadbir negara. – MYNEWSHUB.CC

Video DAP Kena Terima Hudud Ikut Saluran Demokrasi – Mahfuz Omar

936

Badan bukan kerajaan (NGO) Lawyers for Liberty melalui Pengarah Eksekutifnya Eric Paulsen hari ini, mengatakan bahawa hukum undang-undang Hudud adalah zalim dan tidak berperlembagaan.

Menerusi Twitter, Eric berkata dia tak faham mengapa PAS tetap mahu laksanakan hukum Hudud dan mendakwanya satu obsesi kepada parti yang berlandaskan Islam itu.

MENARIK – HUDUD : PAS Tidak Akan Tunduk Kepada DAP 

HududZalim_1

Dalam satu tweet lain, Eric berkata PAS obses dengan seks apabila memasukkan peruntukan larangan bersetubuh dengan isteri melalui dubur atau liwat dalam hukum Hudud yang dicadangkan mereka, seterusnya menimbulkan persoalan sama ada hudud dan Islam adalah berkaitan dengannya (seks).

Hudud_2

Kelantan akan membentangkan pindaan dalam Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaah 2014) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, 29 Disember depan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerusi sidang media berkata, pembentangan dibuat bagi membolehkan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

Hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaakob dan exco negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Bernama pada 30 November melaporkan, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat pada bulan ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Eric dilihat sependapat dengan DAP yang jelas tidak mahu hukum Hudud dilaksanakan di negara ini kerana pada parti itu, ia tiada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi kerajaan pusat pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, terserah kepada Kelantan bila mahu membentangkan perkara itu (hudud) di Parlimen.

Berkenaan Rang Undang-Undang Hudud yang akan dibentangkan, antara pindaan yang dibuat adalah larangan melakukan liwat ke atas isteri yang boleh membawa hukuman di bawah Takzir. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Ustaz Kazim Elias Berkenaan Hudud

817

KOTA BAHARU — PAS hari ini membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (Gambar) berkata DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

“Kita (PAS) tak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tak selesa dan rasa tak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.
    
“Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

1-294

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang mahu pakatan pembangkang jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14.

Mohd Amar berkata DAP perlu menghormati perjuangan PAS yang selama ini ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Resolusi yang dibuat itu untuk DAP dan bukan untuk PAS, kita ada perjuangan kita sendiri dan mereka tidak boleh paksa kita.

“Ia (resolusi) adalah untuk anggota dan pemimpin mereka, DAP perlu hormat rakyat Kelantan dan perjuangan PAS kerana isu hudud ini dah wujud sebelum pakatan pembangkang wujud,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Dis ini. — BERNAMA

412

Parti PAS kali ini dengan tegas mengatakan bahawa mereka tidak akan sekali-sekali tunduk kepada DAP dalam soal melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.

Semalam pada Persidangan Nasional DAP di Subang, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng tidak mahu PAS melaksanakan Hudud dan ia perlu dijadikan pendirian semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menolak pendirikan Lim yang menuntut PAS melakukan sedemikian rupa bagi membolehkan PR memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

MENARIK – DAP Kata Tiada Hudud, Kelantan Tetap Akan Bentang Di Parlimen

“PAS di Kelantan macam mana sekalipun tetap akan melaksanakan hudud.

“Kita yakin bahawa sesungguhnya hukuman syariat yang diturunkan oleh Allah ini sesuai untuk semua kaum, agama. Dan ia adalah satu-satunya perundangan yang mampu membendung jenayah yang berlaku dalam negara kita yang membimbangkan,” katanya memetik laporan Agenda Daily.

Dalam kenyataan Lim beliau tetap dengan pendirian bahawa DAP menolak bulat-bulat pelaksanaan hukum Hudud di negara ini.

“Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

“Itu mesti jelas. Kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan (aspirasi) pengundi ekstrem,” katanya pada ucapannya semalam.

Nik Zawawi menyifatkan kenyataan Guan Eng sebagai tidak profesional apatah lagi mengkritik hukuman yang belum dilaksanakan itu.

“Bila kita laksanakan secara menyeluruh kita yakin semua pihak akan buka mata dan kita mengharapkan kepada semua kepimpinan samada DAP, MCA, MIC, Umno supaya berlapang dada dalam perkara ini dan beri peluang kepada kita untuk laksanakan di negeri Kelantan.

“Apabila kita laksanakan maka semua pihak akan dapat menilai dengan seadil-adilnya.

“Jadi kalau ada pihak buat kenyataan lebih awal daripada pelaksanaan, saya anggap kenyataan itu sangat tidak profesional.

“Saya ingin menyeru kepada semua pihak termasuk Lim Guan Eng supaya berlapang dada dan buat kajian, jangan tolak secara membabi-buta. Barulah lebih adil untuk kita tentukan sesuatu perkara,” jelas beliau.

Justeru beliau meminta mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum hukuman ini dilaksanakan di Kelantan.

“Kita yakin bahawa semua pihak akan buka mata selepas ini dan mereka boleh terima hakikat sebenarnya. Sekarang ni kita rasa semua pihak (perlu) berdiam diri, lihat dan terbuka,” katanya.

Ketika ditanya adakah percanggahan pendapat ini akan terus mengeruhkan hubungan antara DAP-PAS, Nik Zawawi menafikan malah ia akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan.

“Tak, kita tak nampak begitu. Saya yakin dengan pelaksanaan ini akan terbukti dalam tempoh sebelum PRU akan terbukti hasilnya dan akan bawa kepada perubahan besar yang akan mengukuhkan Pakatan,” ujar beliau. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Video Wacana Sinar Harian “Hudud : Bersediakah Kita?”

424

Kelantan akan menjadi negeri pertama di dunia yang memperincikan teknik pelaksanaan hukuman Hudud terhadap pesalah syariah melalui satu bentuk dokumentasi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata negara lain seperti Arab Saudi juga tidak melakukan perincian kaedah dalam pelaksanaan Hudud tetapi di Kelantan ia dilakukan melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

“Berdasar kepada maklumat semasa, Kelantan merupakan negeri pertama yang memperincikan kaedah pelaksanaan hukuman terhadap pesalah di bawah undang-undang Islam.

MENARIK - Hudud : Terserah Kelantan Bila Mahu Bentang Di Parlimen 

“Mungkin juga pertama di dunia. Daripada segi teknikaliti dan dokumen, Kelantan yang pertama memilikinya. Di Arab Saudi tidak ada dokumen,” kata Mohd Amar dalam laporan Harakahdaily hari ini.

Bagi pemerhati politik, perkembangan itu akan terus mengeruhkan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP merupakan parti yang paling kuat menentang pelaksanaan hudud oleh PAS.

Tindakan PAS dalam soal Hudud dilihat DAP sebagai melanggar prinsip Tahaluf Siyasi yang dipersetujui PR.

Menurut akhbar itu, prosedur pelaksanaan hukuman sama di Arab Saudi hanya berpandukan kebijaksanaan hakim.

Sehingga kini, Kelantan masih ingin membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen tahun depan bagi membolehkan enakmen yang diluluskan pada 1993 di dilaksanakan.

Kerajaan negeri Kelantan juga difahamkan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal bagi memperkemaskan lagi peruntukan undang-undang berkenaan.

Mohd Amar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuas Teknikal Hudud peringat negeri berkata, pelaksanaan Hudud akan dilakukan berlandaskan dokumen berkenaan.

“Apa yang kita buat di Kelantan secara dokumen dan ia boleh dibuat rujukan oleh sesiapa saja nanti,” katanya.

Beliau berkata, selama ini ramai yang mengkritik hudud kerana mereka tidak faham.

“Sebab itu perlu kita perincikan lagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Video Hukum Hudud Di Arab Saudi (Visual Mungkin Mengganggu)

425

KUALA LUMPUR – DAP mendedahkan tindakan parti itu mendesak kerajaan Selangor supaya melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi Timbalan Speaker DUN kerana mahu menghalang pendirian PAS dalam isu hukum hudud.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat pendedahan itu dalam satu kenyataan semasa membandingkan ketegasan parti itu dalam pakatan pembangkang berbanding MCA dan Gerakan dalam Barisan Nasional (BN).

“Tidak seperti kedua-dua parti itu DAP sangat konsisten menentang pelaksanaan hukum hudud termasuk oleh PAS. DAP telah menunjukkan kami berpegang kepada janji untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

“Antara petunjuk komitmen DAP itu dengan mencalonkan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk jawatan Timbalan Speaker DUN menentang calon PAS baru-baru ini,” dedahnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng mengulangi jaminan bahawa parti itu tetap konsisten dalam perjuangnnya menentang pelaksanaan hukum hudud oleh mana-mana pihak termasuk sekutunya dalam pakatan pembangkang, PAS.

DAP Selangor sebelum ini menuntut Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor kepada parti itu kerana menunjukkan kesetiaan penuh kepada pakatan pembangkang semasa krisis jawatan Menteri Besar lima bulan lalu.

Isnin minggu lalu, ADUN Bangi daripada PAS, Mohd Shafie Ngah dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor selepas mendapat undi majoriti ahli Dewan. – mynewshub.cc

435

KOTA BAHARU – Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.

“Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.

Mohd Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen.

Sementara itu Jamil Khir memuji langkah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengadakan tilawah berkenaan, dan berharap ia turut dilakukan di peringkat antarabangsa.

Tilawah itu dianjurkan oleh Telekom Malaysia (TM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Wakil dari Petronas Mohd Hazrizal Abd Aziz telah diumumkan sebagai johan bahagian qari, manakala Nor Syahidah Ismail dari Tabung Haji johan qariah.

Seramai 16 peserta yang mewakil sembilan GLC menyertai tilawah berkenaan. – BERNAMA

807

Susulan kesungguhan negeri Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau Hudud, Amerika Syarikat dilihat begitu berminat akan pelaksanaannya sehingga menghantar Penasihat Politik Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Tresa Rae Finerty.

Tresa dihantar ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rang undang-undang berkenaan.

Menurut laporan laman web Agenda Daily, beliau berasa agak keliru terhadap sistem undang-undang berkenaan kerana tidak mempunyai maklumat lengkap mengenainya.

BACA – Hudud : Kelantan Harus Cari Kaedah Potong Tangan Lebih Sesuai

“Perkara itu mungkin disalah tafsir sehingga agak mengelirukan. Selepas ini saya akan mencari maklumat berhubung perkara itu,” katanya ketika melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah semalam.

Kelantan meluluskan enakmen tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1993, kemudian tahun lepas kerajaan negeri mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bagi memperhalusi undang-undang itu.

Tahun ini, Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) dilihat memberikan maklumbalas positif bagi membolehkan undang-undang berkenaan dibahaskan di Parlimen.

Tresa turut meluahkan rasa kagumnya terhadap rakyat Kelantan kerana mempunyai budaya kehidupan tersendiri, di samping keramahan masyarakatnya. – MYNEWSHUB.CC

617

PETALING JAYA – Pertubuhan bukan kerajaan Islam, menyelar tindakan kerajaan Kelantan berhubung cadangan untuk menggunakan gilotin sebagai peralatan untuk memotong anggota badan mereka yang melakukan jenayah mencuri di bawah undang-undang jenayah hudud di negeri itu.

BACA: Hudud : Gilotin, Jadi Pilihan Alat Hukuman Di Kelantan

Abdullah Zaik Abdul Rahman

Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata kerajaan negeri bebas menggunakan sebarang alat atau mesin untuk melaksanakan hukuman tersebut, namun beliau memberi amaran, bahawa ia akan merosakkan imej Islam sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan betul.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan The Star yang memetik pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah sebagai berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan menggunakan gilotin kepada mesyuarat panel jawatankuasa yang akan diadakan.

Pejabat Mohd Amar dalam satu temu bual melalui telefon bersama The Star bagaimanapun menegaskan cadangan yang dikemukakan itu bukanlah datang secara langsung daripada timbalan menteri besar Kelantan itu.

Abdullah Zaik berkata Kelantan seharusnya menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap cadangan yang dikemukakan itu, bagi memastikan objektif perundangan Islam dapat dipenuhi tanpa memberi kesan negatif terhadap agenda Islam secara keseluruhannya.

“Kelantan harus mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan kerajaan Persekutuan serta mendapatkan nasihat teknikal dalam hal perundangan, kerana negeri mempunyai bidang kuasa yang terhad,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhammad turut bersetuju bahawa kerajaan Kelantan perlu melakukan kajian yang mendalam dalam isu berkenaan termasuk mengadakan lawatan ke negara yang telah melaksanakan undang-undang jenayah hudud bagi memastikan kaedah terbaik dalam melaksanakan hukuman ke atas pencuri yang didakwa di bawah undang-undang tersebut.

Muhammad Shukri berkata pihak berkuasa harus mempelajari dengan teliti kaedah yang diguna pakai di Arab Saudi, sebelum menentukan cara terbaik bagi melaksanakan hukuman penalti tersebut.

“Setakat apa yang saya tahu, jawatankuasa tersebut sedang meneliti pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993 yang membincangkan kaedah pelaksanaan dan mereka akan berlepas ke luar negara untuk melawat negara yang melaksanakan undang-udang hudud bagi meluaskan idea serta pemikiran. Saya yakin ini merupakan jalan terbaik untuk dilakukan ketika ini,” katanya. – mStar Online

1381

KOTA BHARU – Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dijangka akan digunakan di Kelantan.

Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

“Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar ‘Hippocratic Oath’ (sumpahan untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika).

Mohd Amar berkata, alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan.

Malah hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir.

“Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati,” katanya.

Ironinya, alat pemenggal kepala Perancis itu yang diperkenalkan berabad-abad ini telah dihapuskan kerana hukuman yang tidak berperikemanusian.

Peralatan berat itu digunakan sempena nama Dr Joseph Ignace Guillotine yang memperkenalkannya biarpun peralatan itu bukan hasil ciptaannya.

Kali pertama alat pemenggal kepala itu digunakan di Place de Greve di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier pada tahun 1792.

Manakala orang terakhir dijatuhkan hukuman menggunakan alat ini ialah Hamida Djandoubi pada tahun 1977 yang dikaitkan dengan pembunuhan.

Lelaki Tunisia itu didapati bersalah membunuh bekas kekasihnya, Elisabeth Bousquet.

Bagaimana pun Perancis memansuhkan hukuman mati pada tahun 1981.

Mohd Amar berkata kaedah kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman termasuk memotong anggota badan pesalah di bawah Kanun Jenayah Syariah II 1993, telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Beliau yang tidak hadir pada mesyuarat itu kerana menunaikan ibadah Haji berkata, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah lapan orang mufti dan beberapa orang doktor.

“Saya akan hadir pada mesyuarat seterusnya dan memberi cadangan mengenai alat pemenggal kepala mini ini dengan lebih terperinci,” katanya.

Kelantan bercadang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakannya hukum itu pada tahun depan.

Dalam reaksi segera, Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten berkata, rancangan untuk memperkenalkan alat pemenggal kepala mini itu sebagai tidak masuk akal.

“Saya tidak tahu apa lagi yang mereka akan timbul selepas ini.

“Mereka menjadi kreatif dengan idea-idea sehingga timbul untuk menjalankan Hudud di negeri ini,” katanya.

“Seluruh kisah ini seperti jenaka. Dengan menggunakan alat dari abad ke-18, mereka akan menjadi bahan ketawa seluruh dunia,” tambah Tan. – mStar Online

817

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan Kelantan akan laksanakan undang-undang hudud tahun depan.

Pengumuman rasmi itu menunjukkan ketegasan Kerajaan Kelantan dalam pelaksanaan perundangan syariah di negeri berkenaan.

ahmad_yakob

Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan beberapa langkah dan persediaan ke arah pelaksanaan hukum hudud termasuk berkaitan usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat nanti.

“Dua minggu lepas, kita baru sahaja mengadakan muzakarah penyediaan kaedah hukuman Kanun Jenayah Syar’iyyah yang turut dihadiri mufti seluruh negara, pakar perundangan dan pakar perubatan.

“Jika kita berjaya siapkan draf enakmen ini berpandukan kaedah hukuman tersebut, kerajaan negeri kita adalah kerajaan pertama, bukan setakat di Malaysia akan tetapi di dunia ini yang mempunyai kaedah atau undang-undang bertulis mengenai tatacara hukum had (hudud) secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Seminar Penghayatan Hududullah Peringkat Negeri Terengganu, di Permai Inn, di sini, semalam.

Teks ucapan perasmian beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Ahmad berkata, hasrat untuk menjayakan pelaksanaan hudud pada 2015, dibuat berdasarkan enam faktor antaranya menjelaskan kepada masyarakat hanya undang-undang ALLAH SWT dapat menyelesaikan masalah jenayah selain menyatakan kesungguhan Kerajaan Kelantan yang tidak putus asa terhadap pelaksanaan tersebut.

“Ketiga, memberi kesedaran kepada minda dan fikiran umat Islam terhadap Kanun Jenayah Syar’iyyah ini sebagai hukum ALLAH dengan tujuan dapat membuka jalan bagi dilaksanakan suatu hari nanti.

“Walaupun pelaksanaannya dianggap terlalu sukar hari ini tetapi suatu hari nanti ia jadi kenyataan. Kita lihat sahaja Brunei diumumkan secara rasmi pelaksanaan Kanun Jenayah Syar’iyyah ini,” katanya.

Beliau berkata, faktor keempat bertujuan membuka jalan dan penerangan kepada masyarakat bukan Islam mengenai konsep hudud bersifat mendidik, faktor kelima memberi isyarat jelas kepada pihak yang masih tidak yakin dengan pelaksanaan hukuman tersebut supaya lebih positif dan keenam memberi semangat kepada pemimpin kerajaan dan rakyat membuat persediaan bersungguh-sungguh ke arah pelaksanaan itu.

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap pemikiran segelintir umat Islam yang masih terikat dengan asas pemikiran barat disebabkan beberapa perkara yang dianggap jenayah oleh syariat Islam tidak dianggap jenayah oleh kanun keseksaan Malaysia dan ‘panel code’ England antaranya melakukan zina serta minum arak. – Sinar Harian Online

416

TUMPAT – Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan semakin menjadi kenyataan apabila prosses perbincangan melalui jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri berjalan lancar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, proses perbincangan itu berada pada fasa terakhir apabila dua mesyuarat lagi berbaki di peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebelum rang undang-undang Islam itu dibentangkan.

“Kita kini dalam persiapan daripada satu tahap ke satu tahap.

“Ada dua lagi mesyuarat secara rasmi di peringkat Maik sebelum ia (rang undang-undang) dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bank Islam cawangan Wakaf Bharu di sini, semalam.

Semalam dilaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud semasa membuat pergulungan pada sidang Dun Kelantan berkata, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

Malah tegasnya, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga merupakan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berharap pelaksanaan hukum itu yang menunjukkan perkembangan positif ini akan mendapat sokongan semua pihak.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai penggantungan Adun Hulu Klang , Saari Sungip dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin; beliau berkata, tindakan yang dikenakan itu adalah tepat.

“Tindakan tersebut akan memberi pengajaran kepada ahli-ahli Pas yang lain selepas ini agar tidak mengikuti apa yang dilakukan oleh dua Adun berkenaan.

“Kita dalam berjemaah berpolitik semestinya ada peraturan-peraturan dan juga adab berjemaah. Insya-Allah perkara ini tidak akan berulang,” katanya. - Sinar Harian Online

505

KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud pelaksanaan Hudud di negeri itu tidak akan menjejaskan masyarakat bukan Islam satu penipuan.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menegaskan, pemimpin PAS Kelantan tersebut sedang cuba menipu golongan bukan Islam secara terang-terangan.

(Kelantan Akan Laksana Hudud : Nasaruddin Daud – Klik)

Justeru, katanya, Pemuda Gerakan akan membawa perkara tersebut ke mahkamah jika PAS benar-benar melaksanakan undang-undang Hudud di negeri itu.

“Apa akan berlaku jika jenayah dilakukan muslim dan bukan muslim. Undang-undang mana yang akan diguna pakai dalam kes tersebut?.

“Langkah PAS itu akan menyebabkan kewujudan dua set undang-undang jenayah dan mengundang kepada krisis Perlembagaan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Keng Liang berkata, Pemuda Gerakan mengutuk keputusan kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Hudud di negeri itu walaupun tidak dipersetujui oleh masyarakat bukan Islam.

Beliau mendesak parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berdiam berikutan pendirian PAS Kelantan tersebut.
“Kami mahu Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian mereka dalam hal ini sebelum terlambat,” katanya.

Media semalam melaporkan Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Hudud di negeri itu walaupun tidak dipersetujui oleh masyarakat bukan Islam.

Mohd Nasaruddin Daud dipetik berkata, pelaksanaan undang-undang berkenaan hanya melibatkan hukuman terhadap umat Islam di negeri itu. – mynewshub.cc

649

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di negeri itu walaupun tidak dipersetujui oleh masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata pelaksanaan undang-undang berkenaan hanya melibatkan hukuman terhadap umat Islam di negeri itu.

“Orang bukan Islam tidak boleh menentang hukum Hudud ini kerana ia langsung tidak membabitkan mereka (bukan Islam),” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Bajet 2015 kerajaan negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Ketika ditemui di luar dewan, Mohd Nassuruddin berkata pihaknya optimis undang-undang berkenaan dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Kita dah tubuh jawatankuasa dan mendapat kerjasama daripada kerajaan pusat, insya-Allah kita doakan pada tahun 2015 hudud dapat direalisasikan.

“Jawatankuasa yang ditubuhkan dah dua kali mesyuarat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Ketika ditanya perlukah PAS mendapatkan persetujuan rakan sekutunya DAP, Mohd Nassuruddin berkata perkara itu tidak timbul.

“Sekarang tak timbul soal kita perlu persetujuan DAP kerana ia melibatkan  orang Islam dan hudud hanya untuk orang Islam yang lakukan kesalahan,” katanya.

Terdahulu ketika sesi soal jawab, Mohd Nassuruddin berkata pihaknya akan  mengenakan tindakan ke atas mana-mana lelaki Islam yang didapati sengaja tidak  menunaikan solat Jumaat.

Katanya, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 104 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan mempertimbangkan cadangan daripada Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) bagi mewujudkan satu pasukan pemantau dalam kalangan wanita bagi memantau golongan lelaki yang didapati sengaja tidak menunaikan solat Jumaat.

Dewan kemudiannya meluluskan Bajet 2015 itu dan persidangan akan disambung ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – BERNAMA

377

KOTA BAHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini diberitahu beberapa langkah telah diambil untuk merealisasikan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II iaitu hukum Hudud di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata beberapa jawatankuasa tertentu membabitkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan juga telah ditubuhkan untuk mengkajinya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang mempersoalkan kerajaan negeri kerana masih mempolitikkan isu itu pada sesi soal jawab.

“Kanun ini telahpun diluluskan dalam dewan ini lebih 20 tahun lalu … saya ingin bertanya apakah kerajaan negeri lebih takutkan DAP atau siapa sebenarnya untuk melaksanakan undang-undang ini,” soal Mohd Adhan.

Sementara itu persidangan dewan juga dimaklumkan sebanyak 17 kes kematian akibat demam denggi dilaporkan di negeri ini dengan 12 lagi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata sebanyak 13,200 orang telah dijangkiti demam denggi itu sejak Januari lalu.

Katanya pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan negeri antaranya mengadakan gotong royong perdana di lokaliti wabak selain mengadakan khutbah khas Jumaat tentang aspek kebersihan untuk mengelak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi.

“Kerajaan negeri bekerjasama dengan semua pihak demi menyedarkan rakyat untuk menjaga kebersihan,” katanya ketika menjawab soalan Dr Md Yusnan Yusof (PAS-Melor). – BERNAMA