Thursday, May 28, 2015
Laman Utama Tags Posts tagged with "Israel"

Israel

156

PASUKAN tentara udara Israel melancarkan empat serangan di Semenanjung Gaza, awal hari ini.

Menurut saksi Palestin, serangan terbabtit berlaku selepas sejam serangan roket merentasi sempadan Israel.

Pesawat tersebut menyasarkan kem latihan milik pejuang Islam di Rafah, Khan Yunis dan Gaza City.

Setakat ini masih tiada sebarang laporan menyatakan sebarang kecederaan disebabkan serangan berkenaan.

Sementara itu, serangan roket dilancarkan dari wilayah Palestin menyasarkan kawasan selatan Israel tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan, Selasa lalu.

Tentera Israel berkata mereka menyasarkan empat infrastruktur keganasan di selatan Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

479

BAITULMAQDIS – Bilangan orang Palestin kini mencecah 12.1 juta, namun hanya 4.6 juta daripada mereka tinggal di tanah Palestin, iaitu wilayah Gaza dan Tebing Barat manakala baki 7.5 juta yang lain menetap di luar negara.

Perangkaan diterbitkan Biro Pusat Statistik Palestin menyatakan pada akhir 2014, 2.8 juta tinggal di Tebing Barat sementara 1.8 juta lagi di Gaza iaitu kawasan seluas separuh sahaja saiz Singapura, atau 360 kilometer persegi.

Di Gaza di mana ramai masih hidup miskin, bilangan penduduk di kawasan tersebut; secara purata 4,900 orang bagi setiap 1 kilometer persegi – bermakna jumlah penduduk di Gaza adalah yang paling padat di dunia.

Daripada 4.6 juta yang tinggal di wilayah-wilayah Palestin, 43.1 peratus adalah orang pelarian namun, baki 7.5 juta warga Palestin yang memilih tinggal dalam buangan di luar negeri pula, majoriti sebagai golongan pelarian.

Mereka menetap di kem-kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Jordan, Lubnan dan Syria; yang meliputi seramai 5.49 juta orang berdaftar dengan UNRWA, agensi bantuan PBB untuk pelarian Palestin.

Perangkaan ini diumumkan sebelum ulang tahun ke-67 hari ‘Nakba’ atau ‘Hari Malapetaka’ dalam bahasa Arab, yang jatuh pada Jumaat; hari di mana warga Palestin meratapi penubuhan negara haram Israel pada 1948.

Dalam satu kenyataan, ketua biro statistik itu berkata: “Pada 1948 sebelum Israel wujud dalam peta dunia, dianggarkan 1.4 juta warga Palestin tinggal di 1,300 bandar dan kawasan-kawasan tempatan di seluruh Palestin.”

Ironi, selepas peperangan yang diikuti penubuhan Israel, rejim Zionis itu mengambil alih kuasa di 774 bandar dan perkampungan, memusnahkan 531 dan melakukan 70 pembunuhan beramai-ramai meragut 15,000 nyawa.

Sekitar 154,000 warga Palestin membuat keputusan untuk terus menetap di tempat tinggal mereka selepas konflik tersebut berakhir dan menyaksikan peta wilayah Palestin semakin mengecil sehingga seperti ada sekarang.

Beberapa badan hak-hak sivil di Israel pula mendedahkan bahawa warga Palestin kini membentuk 37 peratus daripada jumlah penduduk di Baitulmaqdis, kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah.

Bahagian timur bandar suci masyarakat Islam itu dirampas rejim Zionis semasa Perang Enam Hari pada 1967, dan kemudian ditakluki; langkah zalim yang sehingga kini tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sebanyak 75 peratus warga Palestin yang tinggal di timur Baitulmaqdis hidup dalam serba kemiskinan, malah rumah-rumah mereka diancam dimusnahkan kerana tiada permit bangunan daripada pihak berkuasa Israel. – Agensi/H.A.AMREE

706

VIDEO..seorang wanita warga Israel telah bertindak menyalakan api di stesyen petrol selepas dipercayai gagal meminta rokok dari pemandu lain di Jerusalem, selasa lepas.

Wanita yang berusia dalam linkungan 30-an itu ditangkap oleh pihak polis semalam dan mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.

Melalui rakaman video CCTV, wanita berkenaan dilihat mengeluarkan pemetik api dari poketnya dan menyalakan api di tempat kejadian.

Jurucakap polis memberitahu sumber, wanita itu mendekati seorang lelaki yang sedang mengisi minyak untuk meminta rokok tetapi tidak dilayan.

Wanita itu beredar sebelum kembali dan menyalakan api pada kereta lelaki malang tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan wanita itu dihantar ke hospital untuk ujian psikologi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Syfq

247

Menurut laporan sebuah akhbar Israel, Haaretz, perisikan rahsia Israel, Shin Bet mendedahkan maklumat tentang dakwaannya sebelum ini bahawa Malaysia telah dijadikan tempat latihan ketenteraan oleh Hamas untuk pelajar Palestin.

Terdahulu, Malaysia telah menafikan desas-desus dari pihak Israel bahawa gerakan tersebut membuat latihan paragliding di negara ini.

Namun kali ini, dakwaan tersebut telahpun menjadi tuduhan yang difailkan bulan lalu terhadap seorang penduduk Hebron, Waseem Qawasmeh yang ditangkap pada 13 Februari selepas pulang dari Malaysia.

[R2R Dedah Israel Tahan 22 Wanita, 163 Kanak-Kanak Palestin]

Pemuda berusia 24 tahun itu didakwa menyertai sebuah organisasi haram dan menerima sejumlah wang dari musuh.

Selain itu, Shin Bet turut menuduh pejuang Hamas yang berada di Malaysia aktif dalam merekrut pelajar Palestin di sini untuk dijadikan tentera.

Dalam dakwaan tersebut juga, ia mengatakan bahawa pelajar yang telah selesai menjalani latihan akan dihantar ke Tebing Barat dan mendirikan rangkaian ketenteraan.

Malah mereka turut bertindak sebagai penghantar maklumat antara wilayah dan negara asing dan turut melakukan pemindahan wang secara rahsia.

Pada musim panas lalu, Israel telah menerbitkan maklumat daripada soal siasat oleh ahli pasukan bawah tanah Hamas di Gaza yang mendakwa dia telah melakukan latihan paragliding di Malaysia supaya dapat masuk ke Israel bagi menjalankan aktiviti pembunuhan dan penculikan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Sinar TV – Isrel Tuduh Hamas Dilatih Di Malaysia

994

BAGHDAD – Selama ini hasil propaganda media antarabangsa, militan pelampau Islamic States (IS) sering dimomok sebagai amat anti-Barat walaupun puluhan ribu anggota kumpulan ekstremis itu adalah warga Barat sendiri.

Namun, sesuai dengan citarasa dan selera lidah ramai anggota IS khasnya dari Eropah, mereka kini lebih bersifat terbuka dan tidak menunjukkan kebencian ‘brutal’ terhadap makanan segera Barat khasnya burger, lapor media tempatan.

Di bandar raya Mosul, utara Iraq yang diisytiharkan sebagai ibu negara sistem pemerintahan Khalifah IS, penduduk setempat malah masih dapat lagi menikmati hidangan burger dan kentang goreng panas ala Amerika Syarikat (AS).

Restoran Big Burger; yang terdapat di bandar padat berpenduduk 1.8 juta orang dan terletak kira-kira 400 kilometer dari ibu kota Iraq, Baghdad itu; beroperasi seperti biasa di kawasan Elarabi Quarter dan sebelah utara sungai Tigris.

Pelanggan premis itu selain mampu membeli beraneka burger daging dan kentang French fries, mereka turut menikmati sandwich ayam, burger keju serta minuman ringan karbonat popular AS termasuk jenama Sprite dan Coca Cola.

Kewujudan Big Burger memang disenangi anggota IS selain cukup terkenal dalam kalangan penduduk Mosul apabila akaun rasmi laman sosial Facebook restoran itu sudah mendapat 3,000 like dan penarafan 4.2 daripada skala tertinggi 5.

Fakta bahawa IS masih lagi boleh berkompromi dengan membiarkan sahaja restoran makanan Barat itu tetap beroperasi di Mosul cukup mengejutkan banyak pihak termasuk pihak perisikan Iraq dan ejen pengintip antarabangsa.

Padahal pada kebiasaannya, militan IS pernah beberapa kali dilaporkan menjatuhkan hukuman berat bagi orang yang ditahan kerana dianggap menjalani budaya gaya hidup AS atau yang bersekongkol dengan fahaman liberal Barat.

Misalnya pada awal tahun ini, IS berjaya menembak mati 13 remaja yang leka menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Asia antara Iraq melawan Jordan kononnya menganggap perbuatan itu melanggar hukum agama.


Awal minggu ini, media antarabangsa turut melaporkan anggota IS bersorak gembira meletupkan sebuah perpustakaan awam di Mosul yang mengakibatkan 10,000 naskhah buku dan 700 manuskrip nadir hangus musnah dijilat api kebakaran.

Bahkan, bulan lalu, militan IS dilaporkan membakar banyak peralatan muzik termasuk set dram, keyboard dan gitar selain menghukum sebat pemuzik tempatan kerana menyifatkan seni hiburan itu kononnya sebagai haram di sisi ajaran Islam.

Namun, dengan laporan terbaharu mengenai Big Burger, ia dijangka memberi imej positif kepada IS, sekali gus membuktikan kempen boikot restoran Barat pro-Israel langsung tidak memberi kesan kepada perjuangan suci mereka. – Agensi

1088

OSLO – Lebih seribu orang remaja Islam membentuk satu rantai manusia mengelilingi sebuah rumah ibadah utama Yahudi di ibu kota Norway, Oslo sebagai satu inisiatif perdamaian anjuran sebuah kumpulan belia Islam tempatan.

Mesej yang ingin disampaikan kepada kaum Yahudi di negara Skandinavia itu adalah, mereka turut berdukacita dan bersatu-padu dengan mangsa-mangsa insiden keganasan yang meningkat terhadap kaum Yahudi di Eropah.

Ini termasuk serangan militan pengganas terhadap sebuah pasar raya kosher atau makanan halal Yahudi di Paris, Perancis pada awal Januari lalu dan sinagog atau kuil Yahudi di ibu negara jiran Denmark, Copenhagen minggu lalu.

Akhbar-akhbar tempatan pada Isnin melaporkan, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa Norway meningkatkan pengawalan polis dan mengerahkan pasukan penembak di sekitar rumah ibadah penganut Yahudi tersebut.

Agensi berita antarabangsa AFP memetik jurucakap penganjur, Zeeshan Abdullah sebagai berkata, pihaknya mahu membuktikan masyarakat Islam mencintai perdamaian dan mahu hidup aman dengan komuniti pelbagai agama.

Ekoran siri serangan berdarah yang berlaku kebelakangan ini ke atas kaum minoriti Yahudi di Eropah, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggesa golongan Yahudi di Eropah berhijrah ke Israel jika berasa tidak selamat.

Namun, seruan pemimpin rejim Zionis itu tidak mendapat sambutan, malah ramai pengkritik politik mendakwa ia hanya propaganda kempen untuk parti beliau memenangi pilihan raya umum Parlimen Israel pada Mei depan.

Dianggarkan terdapat hanya kira-kira 1,000 penganut Yahudi di Norway, manakala masyarakat Islam tempatan sekitar 200,000 orang daripada keseluruhan penduduk negara itu berjumlah 5.2 juta dengan majoriti Kristian. – Agensi

979

TEL AVIV — Tinggal sebulan lagi menjelang pilihan raya umum terbaharu Israel, juruaudit pemerintah mengkritik hobi mewah Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menghabiskan banyak wang hanya untuk pelbagai kepentingan peribadi.

Meskipun beliau sudah memiliki seorang cef peribadi, pemimpin rejim itu dipercayai suka membelanja makanan di luar secara berlebihan dan tidak logik termasuk membeli ais krim yang berjumlah kira-kira 10,400 sheqel (RM9,800) setiap tahun.

Dalam laporan setebal 40 halaman itu juga, jabatan audit Israel melaporkan, anggaran yang diguna pakai Netanyahu untuk membeli makanan berjaya mencapai 472,341 sheqel (RM445,177) sepanjang pentadbiran beliau pada 2011 lalu.

Israeli prime minister Binyamin Netanyahu apparently prefers pistachio and vanilla ice-creams

Ais krim perisa vanila dan kacang pistachio menjadi pilihan utama Benjamin Netanyahu dan keluarga setiap hari. – Gambar hiasan

Ini bermakna setiap hari beliau berbelanja untuk makanan sahaja sebanyak 1,294 sheqel (RM1,219), manakala untuk membeli ais krim, Netanyahu sanggup menghabiskan duit kerajaan sehingga 28 sheqel (RM26) dalam sehari sahaja.

Media Israel melaporkan Netanyahu menawarkan kontrak pembelian ais krim sehingga 14 kilogram setiap bulan daripada sebuah kedai bernama Metudela di Balfour Street yang memenuhi cita rasa beliau iaitu perisa vanila dan kacang pistachio.

Laporan audit rasmi yang dikeluarkan pada Selasa oleh ketua audit negara, Yoseh Shapira turut menunjukkan, Netanyahu dan isterinya, Sara, berbelanja ribuan bajet wang rakyat untuk membina rumah istirahat mereka di bandar Kaisarea.

Hobi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu suka makan ais krim menyebabkan beliau menyarankan rakyat Israel agar banyak makan ais krim dan mengurangkan amalan makan roti. – Gambar hiasan

Keadaan itu mengakibatkan sebanyak 77,120 sheqel (RM72,682) bajet tahunan kerajaan terpaksa habis digunakan untuk membangunkan jaringan air bersih dan pembaikan sistem elektrik di rumah agam milik peribadi pasangan tersebut.

Dokumen audit dari 2011 sehingga 2013 itu juga menunjukkan isteri Netanyahu banyak mengeluarkan wang akaun rasmi kerajaan untuk membeli pelbagai jenis kosmetik dan produk perawatan rambut, namun tidak menyatakan jumlah tepat.

Marah dengan laporan audit itu, Netanyahu sebaliknya menyalahkan bekas pegawainya, Menny Naftali, yang didakwa tidak berupaya mengurus isu kewangan rumah tangga perdana menteri tetapi tuduhan itu dinafikan Naftali sebagai karut.

Laporan terbaharu audit kewangan yang dilihat agak ‘menyusahkan’ Netanyahu ini bakal dijadikan ‘senjata’ oleh lawan-lawan politik beliau menjelang pilihan raya kebangsaan yang akan berlangsung pada 17 Mac depan. – Agensi

1234

KUALA LUMPUR – Atas sebab keselamatan terutama ancaman daripada militan pelampau Islamic States (IS), berkuat kuasa serta merta, rakyat Malaysia tidak lagi dibenarkan oleh pihak Jabatan Imigresen untuk membuat lawatan ke Israel.

Menurut laporan stesen pemerintah Singapura, Channel NewsAsia, larangan keras itu dibuat susulan faktor keselamatan di rantau Asia Barat dan ia termasuk kebenaran untuk memasuki mana-mana daripada dua wilayah berdaulat Palestin.

Agensi berita antarabangsa AFP memetik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memberitahu portal The Malaysia Insider, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lagi mengeluarkan kebenaran khas tersebut.

Pemegang pasport antarabangsa yang ada cop imigresen Israel tidak dibenarkan untuk memasuki Arab Saudi. – Gambar hiasan

Larangan lawatan tersebut juga ekoran berita 21 rakyat Mesir beragama Kristian Kuptik yang bekerja di Libya diculik sebelum kepala mereka dipancung kumpulan pengganas IS di tepi pantai negara bergolak rantau Afrika Utara itu baru-baru ini.

Kerajaan Malaysia prihatin dengan isu keselamatan rakyatnya di kawasan berisiko tinggi susulan keganasan IS menawan ramai warga asing sebelum membunuh tebusan seperti dialami juruterbang tentera udara Jordan dan dua rakyat Jepun bulan lalu.

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu mendedahkan laporan perisikan KDN bahawa IS turut merancang untuk menculik warga Malaysia yang kaya sekiranya mereka dikesan berada di negara-negara itu.

Setiap tahun, ribuan rakyat Malaysia menziarahi Gereja Nativiti di Baitullaham untuk melihat kesan peninggalan sejarah Kristian dan Islam. – Gambar hiasan

Setiap tahun, dianggarkan lebih 6,000 rakyat Malaysia diberi keizinan khas Jabatan Imigresen untuk mengunjungi Israel sebelum memasuki Palestin, majoritinya penganut Kristian yang mahu menziarahi Gereja Nativiti di Baitullaham.

Juga disebut Bethlehem dalam bahasa Hebrew, ramai juga umat Islam dari Malaysia melawat ke situ menerusi pakej ziarah agensi pelancongan tempatan bagi melihat tempat kelahiran Nabi Isa AS dan kesan peninggalan khalifah Uthmaniyah.

Untuk memasuki bandar bersejarah Palestin berusia 3,000 tahun itu, rakyat Malaysia perlu ada surat kebenaran khas KDN untuk melalui pemeriksaan ketat imigresen Israel kerana pasport Malaysia jelas melarang warga Malaysia daripada memasuki Israel.

Pasport Malaysia yang sudah dicop pihak imigresen Israel tidak boleh digunakan lagi untuk memasuki Arab Saudi berikutan peraturan tegas kerajaan negara itu mengharamkan mana-mana pasport asing yang ada tertera cop rejim Israel. – Agensi

 

890

PARIS — Ketika umat Islam di Perancis dilaporkan hidup dalam ketakutan ekoran persepsi negatif masyarakat tempatan susulan serangan berdarah ke atas pejabat majalah biadap Charlie Hebdo awal Januari lalu, nasib penganut Yahudi jauh lebih teruk.

Perkara amat mengejutkan itu didedahkan Zvika Klein, seorang wartawan NRG, portal berita berpengaruh Israel; yang membuat ujikaji selama 10 jam dengan berjalan kaki di sekitar Paris bagi melihat penerimaan spontan penduduk terhadap penganut Yahudi.

Hasilnya memang amat memalukan; dia yang memakai kopiah kecil kippah, juga disebut yarmulke, di kepala, dan tzitzit (seperti rantai tasbih) dimaki hamun ramai pejalan kaki; sebahagian besarnya pula kulit putih bukan beragama Islam.

BACA : Rakyat Britain Makin Ramai Mula ‘Meluat’ Orang Yahudi

Bersama seorang pengawal keselamatan yang berpakaian preman, tinjauan eksklusif itu dirakamkan jurugambar NRG, Dov Belhassen dengan menggunakan kamera kecil GoPro yang tersembunyi di celah tas kecil bahagian punggungnya.

Klein berjalan santai melewati kawasan didiami masyarakat bukan Islam, kemudian di sekitar Menara Eiffel, dan kejiranan yang sebahagian besar penduduknya Muslim; bagi merasai kehidupan seharian penganut Yahudi di bandar raya itu.

Ketika berjalan itu, Klein bukan sahaja diludah, bahkan diancam dengan pelbagai ayat buruk atau lucah selain digelar ‘anjing’, sekali gus memberi gambaran perasaan benci orang Yahudi atau disebut anti-Semitik amat kuat di ibu kota Perancis.

BACA : Al-Quran Laris Sejak Serangan Berdarah Di Charlie Hebdo

Ia amat berbeza dengan tanggapan umum kononnya susulan insiden berdarah termasuk serangan maut di sebuah pasar raya kosher atau makanan Yahudi di Paris bulan lalu, sentimen rakyat sepatutnya lebih simpati terhadap penganut Yahudi.

Wartawan itu mendapati, dirinya berasa semakin cemas apabila dilihat dengan penuh rasa kebencian, seolah-olah mahu ‘bergaduh’, hasil ekspresi bahasa tubuh penduduk malah ada beberapa remaja berteriak “Viva Palestin” terhadap Klein.

Rakaman video secara rahsia itu ‘meniru’ idea kisah eksperimen seorang wanita menerusi laman YouTube baru-baru ini bagi menilai persepsi umum jika bersiar-siar di New York, Amerika Syarikat dengan berpakaian seksi dan apabila menutup aurat badan.

Keputusannya, penampilan seksi dengan skirt mini lebih mendedahkan wanita itu kepada ancaman serangan seksual, manakala jika memakai tudung dan berjubah, golongan lelaki di sekitarnya termasuk bukan Muslim cukup hormat tanpa prasangka. – Agensi

1741

GAMBAR salah seorang anggota kumpulan rapper Palestin, DAM yang dimuatnaik di laman mikro Twitter telah mencuri tumpuan dunia dan menjadi viral selepas ia dikongsikan secara meluas di laman sosial.

Ia memaparkan aksi rapper tersebut yang sempat selfie ketika sedang dikejar tentera Israel.

10930892_831550050245348_5630880926636224889_n (1)

Ramai yang menyifatkan gambar tersebut adalah “The Best Selfie 2015″ dan “The Most Epic Photo” sekaligus mengangkat nama kumpulan rapper tersebut.

Aksi berani matinya itu membuatkan ada yang ketawa, teruja dan kagum akan keberaniannya.

Bagaimanapun, nasib rapper tersebut masih tidak diketahui selepas kejadian itu.

3-dam-steve-sabella-coloured-wall-high-res

Sekadar infomasi, kumpulan DAM banyak menghasilkan lagu mengenai konflik antara Israel dan Palestin. -MYNEWSHUB.CC

Video Nyanyian Kumpulan DAM 

Oleh: FARAH

296

TEL AVIV – Seorang lelaki Palestin bersenjatakan pisau menyerang penumpang sebuah bas di sini semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera sebelum dia ditembak oleh seorang pengawal penjara, kata polis Israel.

Serangan itu adalah yang pertama di bandar raya ini sejak pertengahan November tahun lalu apabila seorang askar Yahudi mati ditikam oleh seorang penduduk Palestin.

“Seramai 12 orang cedera dalam serangan ini termasuk tiga parah,” kata sumber hospital.

“Lelaki itu berulang kali menikam pemandu bas tetapi mangsa melawan sebelum penyerang berlari keluar. Suspek ditembak oleh pengawal penjara berkenaan yang kebetulan melalui tempat kejadian,” kata polis dalam satu kenyataan.

Penyerang yang ditembak di kaki itu kemudian dibawa ke sebuah hospital untuk siasatan lanjut dan bagi mendapatkan rawatan.

Polis Israel mengenal pasti penyerang sebagai pemuda Palestin berusia 23 tahun dari Tulkarem, Tebing Barat yang tinggal secara haram di Israel.

Bercakap kepada stesen radio tentera, pengawal penjara itu yang dikenali sebagai Benny menceritakan kejadian tersebut.

“Kami melihat bas itu melencong dan berhenti di sebuah lampu isyarat.

“Tiba-tiba, kami melihat penumpang berlari keluar sambil menjerit meminta tolong. Kami bergegas keluar dari kereta, saya dan tiga yang lain mula mengejar penyerang tersebut.

“Pada mulanya kami melepaskan tembakan ke udara, kemudian kami menembak kakinya,” kata Benny.

“Penyerang itu rebah, kami menggari dan menyerahkannya kepada polis,” tambah pengawal penjara berkenaan. – AFP

1107

TEL AVIV – Misteri bagaimana produk tani bermutu tinggi keluaran Israel mampu dijual pada harga amat murah akhirnya terbongkar selepas badan pemantau hak asasi antarabangsa mendedahkan kewujudan buruh paksa Thailand di negara itu.

Menerusi laporan bertajuk ‘Bahan Mentah: Penindasan Pekerja Thai Dalam Sektor Pertanian Israel’, Human Rights Watch (HRW) berpusat di New York itu membongkar layanan buruk diterima buruh terbabit yang dirahsiakan sejak sekian lama.

“Kejayaan cemerlang industri pertanian Israel di pasaran global bergantung kepada kebanjiran imigran Thai, namun rejim Yahudi itu memberi hak amat kecil dalam melindungi nasib mereka daripada eksploitasi,” kata laporan itu yang diterbitkan pada Rabu.

Dianggarkan kira-kira 25,000 warga Thailand dikerah di puluhan ladang buah-buahan dan sayur-sayuran milik rakyat Israel, bekerja dalam keadaan teruk tanpa kemudahan rumah kongsi yang selesa sekaligus melanggar undang-undang buruh tempatan.

“Pekerja Thai ini dibayar gaji amat rendah daripada upah minimum standard, malah dipaksa kerja lebih masa dari had waktu ditetapkan undang-undang Israel dan dalam suasana tempat kerja berbahaya,” tambah laporan organisasi bebas tersebut.

HRW seterusnya meminta pihak berkuasa Israel agar lebih aktif dalam menguatkuasakan peraturan jumlah maksimum jam bekerja dan standard minimum tempat bekerja yang amat berisiko ditimpa kemalangan jiwa serta menjejaskan kesihatan buruh.

Kementerian ekonomi Israel yang bertanggungjawab dalam bidang perindustrian dan perdagangan setakat ini belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berhubung laporan negatif oleh badan pemantau hak asasi dari Amerika Syarikat itu.

Namun, The Workers Hotline, sebuah organisasi bukan kerajaan Israel dalam maklum balas mereka bersetuju dengan hasil kajian setebal 48 muka surat diterbitkan HRW itu dan membidas sikap hipokrit rejim Zionis memperjuangkan hak asasi manusia.

“Sektor pertanian Israel memang diketahui banyak melakukan penganiayaan dan penafian hak asasi pekerja asing semata-mata demi mengaut keuntungan besar tanpa mempedulikan aspek kebajikan dan keselamatan buruh terbabit,” kata jurucakap badan itu.

Israel yang memiliki sejumlah 17,000 pekebun aktif dengan keluasan lebih 200,000 hektar tanah pertanian merupakan pengeluar produk berasaskan citrus, hasil lembu tenusu dan bunga-bungaan komersial terbesar di pasaran dunia. – Agensi

1910

HANYA kerana sekeping gambar selfie di pertandingan Miss Universe, Ratu Cantik Lubnan menjadi buah mulut ramai malah dikecam kerana dianggap sengaja berkompromi dengan musuh negara.

Itu yang menimpa Saly Greige apabila gambarnya bersama Ratu Cantik Israel, Doron Malaton tersebar di Internet, sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati oleh sebilangan penduduk Lubnan.

Sampai satu tahap, ada pihak yang menggesa gelaran ratu cantik yang dimahkotakan kepada gadis tersebut ditarik balik!

Sebagai imbasan, kejadian sama pernah berlaku pada tahun 1993 apabila Ratu Lubnan dilihat mesra dengan Ratu Cantik dari Israel, lantas gelarannya ditarik balik.

Untitled (4)

Dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya, Greige berkata, foto tersebut diambil secara mengejut setelah Malaton muncul secara tiba-tiba ketika dia sedang bergambar dengan ratu cantik dari Jepun dan Slovenia.

Ceritanya, “Sejak hari pertama lagi, saya sangat berhati-hati dan mengelak untuk bergambar malah berkomunikasi dengan Ratu Cantik Israel (dia telah mencuba beberapa kali untuk bergambar dengan saya sebelum itu).

--sally-greige-en-guzel-kadin-secildi

“Ketika saya sedang bergambar dengan Ratu Cantik Jepun dan Slovenia, secara tiba-tiba Ratu Cantik Israel muncul mengambil selfie dan terus memuat naiknya di media sosial.

“Ini merupakan cerita sebenar yang berlaku, dan saya mengharapkan sokongan dari kalian terhadap saya dalam pertandingan ini.”

Sementara itu, Malaton yang memberi reaksi terhadap kenyataan tersebut berkata, dia kesal dengan situasi yang berlaku.

“Ia tidak mengejutkan saya, namun saya berasa sedih. Kamu tidak mampu untuk mengetepikan persengketaan dalam mencari pengalaman berharga selama tiga minggu.”

Secara teknikalnya, Lubnan dan Israel masih lagi berperang walaupun keadaan sudah stabil di sempadan kedua-dua negara. -MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Ratu Cantik Asia Di Pertandingan Miss Universe

418

ISTANBUL – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu (gambar) berkata, Israel bertanggungjawab di atas kewujudan kumpulan radikal Islam di seluruh dunia akibat tindakan rejim Zionis itu yang secara berterusan melakukan keganasan termasuk mengebom bumi Gaza.

Semasa ditemu bual oleh agensi berita Reuters, Ahmet juga berkata, keamanan di Timur Tengah dan usaha menghapuskan kumpulan pelampau mustahil dapat dilakukan tanpa mengiktiraf penubuhan negara Palestin.

Beliau turut memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa supaya memberi tumpuan bagi memerangi militan Islamic State (IS) dalam usaha untuk menamatkan konflik di Syria dan mengutuk kekejaman oleh Presiden Bashar al-Assad yang menjadi punca sebenar kepada kebangkitan militan berkenaan.

Turki yang merupakan calon untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kini menjadi sekutu utama Barat dalam memerangi kumpulan IS.

Kepimpinan negara itu akhir-akhir ini menyuarakan kebimbangan dengan pe­ningkatan anti-Islam di Eropah selain lantang mengkritik Israel.

“Netanyahu telah membunuh dirinya sendiri apabila tenteranya membunuh kanak-kanak di taman permainan. Mereka membunuh rakyat Turki dan rakyat Amerika Syarikat di perairan antabangsa. Merekalah pengganas,” katanya yang merujuk kepada serangan Israel pada 2010 terhadap sebuah kapal milik Turki yang cuba memasuki Semenanjung Gaza di Palestin untuk menghantar barangan keperluan.

Katanya lagi, seolah-olah tiada pihak di dunia boleh mempertikaikan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan semua itu merupakan provokasi yang mengecewakan umat Islam sekali gus menjadi salah satu punca kepada kebangkitan kumpulan radikal.

“Jika kita mahu mewujudkan keamanan dan ketenteraman di Timur Tengah, kita harus menghapuskan kuasa-kuasa pelampau dan menyelesaikan konflik yang melanda Palestin,” kata Ahmet.

Ahmet pada Khamis lalu membandingkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sama dengan kumpulan pengganas yang membunuh 17 orang di Paris ming­gu lalu kerana kedua-dua mereka melakukan jenayah kemanusiaan. – Reuters

373

BAITULMAQDIS – Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, serangan pertama dan terbaharu ke atas wilayah Palestin itu sejak konflik selama 50 hari, Ogos lalu.

Serangan udara pada awal pagi tadi itu mensasarkan apa yang dikatakan tentera Israel sebagai lokasi prasarana yang digunakan oleh militan Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

Israel mendakwa serangan itu susulan serangan roket dari Gaza ke selatan Israel, semalam.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan roket berkenaan.

Penduduk dilaporkan berkata mereka mendengar dua letupan di Wilayah Khan Yunis di Gaza, yang mensasarkan tempat latihan untuk pejuang Palestin.

Tiada laporan segera mengenai kecederaan dalam serangan itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza berkata, setakat ini tiada penduduk yang cedera dalam serangan pertama Israel ke atas Palestin sejak gencatan senjata pada 26 Ogos lalu yang diusahakan Mesir bagi menamatkan perang selama 50 hari antara kedua-dua pihak.

Konflik selama 50 itu menyebabkan lebih 2,140 penduduk Palestin dan 73 penduduk Israel yang kebanyakannya anggota tentera, terbunuh. – AP/AFP

242

BAITULMAQDIS – Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, serangan pertama dan terbaharu ke atas wilayah Palestin itu sejak konflik selama 50 hari, Ogos lalu.

Serangan udara pada awal pagi tadi itu mensasarkan apa yang dikatakan tentera Israel sebagai lokasi prasarana yang digunakan oleh militan Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

Israel mendakwa serangan itu susulan serangan roket dari Gaza ke selatan Israel, semalam.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan roket berkenaan.

Penduduk dilaporkan berkata mereka mendengar dua letupan di Wilayah Khan Yunis di Gaza, yang mensasarkan tempat latihan untuk pejuang Palestin.

Tiada laporan segera mengenai kecederaan dalam serangan itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza berkata, setakat ini tiada penduduk yang cedera dalam serangan pertama Israel ke atas Palestin sejak gencatan senjata pada 26 Ogos lalu yang diusahakan Mesir bagi menamatkan perang selama 50 hari antara kedua-dua pihak.

Konflik selama 50 itu menyebabkan lebih 2,140 penduduk Palestin dan 73 penduduk Israel yang kebanyakannya anggota tentera, terbunuh. – AP/AFP

464

DAMSYIK – Syria menuduh Israel mengebom lapangan terbang utamanya kelmarin selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) me­ngumumkan rundingan de­ngan pemimpin pemberontak berhubung isu gencatan senjata di bandar raya Aleppo.

Tuduhan itu dibuat beberapa jam sebelum beberapa pertubuhan kemanusiaan membuat rayuan semalam supaya negara-negara dunia mengambil kira-kira 180,000 pelarian selepas bilangan penduduk yang melarikan diri daripada konflik di Syria meningkat.

Israel melancarkan sera­ngan udara di Syria sejak kebangkitan bersenjata di negara itu tercetus pada 2011, termasuk menyerang bekalan roket Iran yang dibawa dari negara itu untuk kumpulan Hizbollah di Lebanon.

“Tengah hari ini (kelmarin) Israel menyerang dua kawasan selamat di wilayah Damsyik iaitu Dimas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik,” kata tentera Syria dalam satu kenya­taan.

Menurutnya, serangan udara itu menyebabkan kero­sakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Kedua-dua pesawat awam dan tentera menggunakan lapangan terbang itu yang terletak di tenggara bandar raya ini.

Setakat ini, tiada maklum balas daripada pihak berkuasa Israel berhubung serangan itu tetapi tentera Syria mengulangi dakwaan bahawa rejim Zionis membantu pihak pemberontak menentang Presiden Bashar al-Assad.

“Serangan langsung oleh Israel dilancarkan untuk membantu pengganas (pemberontak) di Syria selepas tentera kami memperoleh kemenangan penting di Deir Ezzor, Aleppo dan beberapa kawasan lain,” kata tentera Syria dalam satu kenyataan. – AFP

297

LONDON – Pemantau hak asasi manusia, ‘Amnesty International’ berkata tentera Israel melakukan jenayah perang ketika melancarkan serangan di Gaza tahun ini dan perlu disiasat.

Dalam laporannya, kumpulan hak asasi manusia itu berkata kemusnahan yang diakibatkan ke atas bangunan empat tingkat ketika empat hari terakhir dalam peperangan selama 50 hari itu mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Semua bukti yang kami ada menunjukkan pemusnahan besar-besaran itu dilakukan dengan secara sengaja tanpa alasan ketenteraan,” kata Philip Luther, Pengarah ‘Amnesty International’ bagi Program Asia Barat dan Afrika Utara.

“Jenayah perang mesti disiasat secara bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Tambahnya, bukti termasuk kenyataan oleh tentera Israel menyatakan serangan itu dilakukan sebagai hukuman terhadap rakyat Gaza, bertujuan memusnahkan kehidupan mereka.

Setakat ini pihak berkuasa Israel masih belum memberi reaksi kepada kenyataan ‘Amnesty International’ itu.

Bagaimanapun, Baitulmaqdis enggan bekerjasama dengan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kemungkinan berlaku jenayah perang dalam konflik berkenaan dan menuduhnya sebagai berat sebelah.

Tentera Israel melancarkan beberapa siri siasatan jenayah berhubung beberapa kejadian dalam peperangan itu, termasuk pembedilan sebuah sekolah PBB yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan pengeboman pantai yang meragut nyawa empat kanak-kanak.

Lebih 2,100 rakyat Palestin, sebahagian besarnya orang awam, terbunuh dalam peperangan antara Israel dan Hamas itu yang berakhir pada 26 Ogos lalu.

Di sebelah pihak Israel, hanya 73 orang terbunuh, termasuk 67 askar. – AFP

 

299

LONDON – Britain sedang mengkaji semula lesen kebenaran mengeksport senjata ke Israel bagi memastikan peralatan tersebut tidak akan digunakan bagi tujuan yang boleh melanggar undang-undang antarabangsa, kata kerajaan kelmarin.

Pihak kerajaan sebelum ini telah melakukan kajian pertama pada Ogos lalu sebagai tindak balas berhubung konflik yang berlaku antara kerajaan Israel dengan Hamas di Gaza dan memutuskan akan menggantung 12 lesen mengeksport kelengkapan ketenteraan kepada Israel jika peperangan berterusan.

Kajian kedua itu dibuat sehari selepas tentera Israel menembak mati seorang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza berdekatan sempadan Israel yang merupakan kematian pertama selepas 50 hari peperangan berlangsung dan berakhir pada Ogos lalu.

“Bagi memastikan proses gencatan senjata yang dibuat sejak dua bulan lalu itu dipatuhi, menteri Kabinet membuat keputusan awal bulan ini untuk melaksanakan kajian semula,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, kajian sebelum ini mendapati bahawa sebahagian besar senjata yang dieksport ke Israel telah digunakan oleh tentera rejim Zionis itu untuk menyerang Gaza.

Laporan yang dikeluarkan oleh Parlimen Britain pada Julai lalu mendapati pihak kerajaan telah meluluskan kontrak mengeksport kelengkapan tentera ke Israel bernilai lebih daripada £7.8 bilion (RM41 bilion) termasuk keperluan jaket kalis peluru, dron dan peluru berpandu.

Kumpulan Kempen Menentang Perdagangan Senjata mendedahkan satu data analisis kelmarin yang menunjukkan kerajaan Britain telah meluluskan lesen ketenteraan kepada Israel bernilai £7 juta (RM36.8 juta) dalam tempoh enam bulan sebelum tercetusnya perang di Gaza. – Reuters

 

437

BAITULMUQADDIS – Dua lelaki Palestin bersenjatakan sebilah kapak dan pisau didakwa membunuh empat orang di sebuah rumah ibadat Yahudi di sini semalam sebelum mereka ditembak mati oleh polis, kata perkhidmatan kecemasan dan polis Israel.

Serangan sejurus selepas subuh itu berlaku di sebuah kejiranan Yahudi di Baitulmuqaddis Barat, di sini.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang jurucakap tentera Israel di internet memaparkan mayat seorang lelaki memakai jubah Yahudi terbaring di lantai, sebilah pisau berlumuran darah dan beberapa meja yang terbalik.

“Kami menganggap kejadian ini serangan pengganas,” jelas jurucakap polis, Micky Rosenfeld.

Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan ambulans Israel menyatakan, lebih lapan orang parah dalam serangan itu.

Menurut Rosenfeld pula, sekurang-kurangnya seorang penyerang tersebut berasal dari Baitulmuqaddis Timur di sini.

Beberapa stesen radio Palestin menyifatkan kedua-dua penyerang itu sebagai mati syahid manakala serangan sama turut dipuji pergerakan Hamas di Genting Gaza.

“Hamas mahu operasi balas dendam ini diteruskan kerana pendudukan haram oleh Israel menjadi punca ketegangan di sini,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyalahkan Hamas dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhubung serangan tersebut. Beliau menuduh Mahmoud dan Hamas sengaja mengapikan penduduk Palestin ke arah keganasan. – Reuters

 

292

BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman memberitahu rakan sejawatnya, dari Jerman kelmarin bahawa Israel tidak akan berhenti membina kediaman untuk orang Yahudi di Baitulmuqaddis Timur di sini.

Kenyataannya menambahkan lagi kekecewaan Barat berhubung dasar pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik penduduk Palestin.

“Kami tidak akan me­netapkan sebarang had untuk membina penempatan Yahudi sini,” kata Lieberman pada satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier.

Sejak awal Oktober lalu, Israel mengumumkan untuk membina 4,300 buah rumah peneroka haram Yahudi di sini dan di Tebing Barat yang ditakluki Israel, sekali gus me­ningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.

Pengumuman mengenainya telah mencetuskan kemarahan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang melihat pendudukan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah dan menghalang proses damai Asia Barat.

Penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka yang me­rangkumi wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza.

Israel berundur dari Genting Gaza pada 2005 tetapi terus mengenakan sekatan ke atas wilayah berkenaan.

Rejim Zionis pula menganggap seluruh bandar ini sebagai ibu kota Yahudi dengan tuntutan tersebut tidak diktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, dianggarkan seramai 150,000 orang Yahudi tinggal di Baitulmuqaddis Timur.

“Jangan bermimpi kerajaan Israel akan menyerah dan mengehadkan pembinaan (penempatan haram Yahudi) di sini,” kata Lieberman.

“Kami bersedia untuk mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan kami dan tidak akan ada sebarang kompromi,” tambahnya. – Reuters

 

250

BAITULMUQADDIS – Israel dan Palestin berikrar mengambil langkah konkrit untuk meredakan ketegangan di kawasan sekitar Masjid al-Aqsa di sini, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kelmarin selepas satu rundingan di ibu kota Jordan, Amman.

Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu berhubung pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut didakwa bangsa Yahudi sebagai menempatkan rumah ibadat Nabi Sulaiman.

Pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin mencetuskan kebimbangan berlaku kebangkitan atau intifadah baharu di sini.

Pada rundingan tersebut, semua pihak bersetuju untuk “melaksanakan tindakan spesifik dan praktikal bagi mengembalikan ketenteraman,” kata Kerry tanpa mengulas lanjut.

“Pada hari ini (kelmarin), kami berusaha untuk memadamkan api ketegangan supaya ia tidak marak hingga di luar kawalan,” tambah Kerry sambil diringi Menteri Luar Jordan, Naser Judeh.

Jordan memiliki hak ke atas pekarangan masjid al-Aqsa.

Kerry berkata demikian selepas pertemuan hampir tiga jam dengan pemerintah Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Terdahulu, Setiausaha AS itu mengadakan satu pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Situasi tegang di sekitar Masjid al-Aqsa itu berlaku berikutan puak pelampau di Israel mencabar larangan orang Yahudi untuk beribadat di tempat suci itu. Larangan tersebut telah dikuatkuasakan sejak beberapa dekad lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Naser memberitahu bahawa Jordan tidak akan menghantar kembali dutanya yang dipanggil pulan pada minggu lalu ke Israel selagi tidak melihat Tel Avib mengambil tindakan konkrit bagi meredakan ketegangan di sekitar masjid al-Aqsa. – Reuters

 

278

RAMALLAH – Penceroboh Israel yang menduduki bumi Palestin malam tadi membakar sebuah masjid berhampiran Ramallah di Tebing Barat, kata pegawai keselamatan Palestin.

“Golongan pendudukan itu membakar keseluruhan tingkat satu masjid berkenaan di kawasan Al-Mughayir dekat kawasan penempatan Shilo,” kata seorang pegawai keselamatan.

Sebuah masjid lain di kawasan sama juga dibakar pada 2012.

Semalam, askar rejim Zionis itu menembak mati seorang penunjuk perasaan Palestin dalam pertempuran di Tebing Barat.

Sejak keganasan terbaru ini bermula lima bulan lalu, sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Tebing Barat. – AFP

316

BAITULMUQADDIS – Dua pemandu Palestin merempuh kenderaan mereka ke arah sejumlah pejalan kaki Israel dalam dua serangan berasingan pada Rabu lalu dengan menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan 16 lagi cedera.

Serangan pertama melibatkan pejalan kaki di jalan utama antara Baitulmuqaddis Timur dan Barat termasuk orang ramai di sebuah stesen kereta api.

Insiden kedua pula berlaku di sebuah simpang di Tebing Barat, pinggir Baitulmuqaddis.

Seorang anggota polis etnik Druze berumur 38 tahun dan pemandu Palestin terbunuh dalam serangan pertama tersebut manakala serangan kedua mencederakan tiga askar Israel lewat kelmarin berhampiran sebuah kejiranan di selatan Baitulmuqaddis.

“Kenderaan komersial itu memiliki nombor pendaftaran Palestin”, menurut polis Israel dalam satu kenyataan.

Dalam serangan pertama yang berlaku sejurus selepas tengah hari, seorang penduduk Palestin memandu van Ford Transit merempuh beberapa anggota polis kawalan sempadan menyebabkan seorang terbunuh dan dua lagi cedera.

“Dia kemudian memandu sejauh beberapa ratus meter dan merempuh sebilangan penumpang di sebuah stesen kereta api dan mencederakan 11 orang sebelum ditembak mati oleh polis Israel,” kata seorang pegawai perkhidmatan kecemasan.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh penduduk Palestin yang berang mengadakan bantahan di beberapa lokasi di Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya. Mereka memba­ling batu, mercun dan bom paip ke arah polis Israel.

Pertempuran berlaku selepas polis Israel didakwa memasuki Masjid al-Aqsa pagi Rabu lalu.

Dalam perkembangan lain di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Pihak Berkuasa Palestin meminta Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan berhubung perbuatan menghina tempat suci umat Islam itu.

“Kumpulan pelampau yang disokong rejim Zionis dan dilindungi beratus-ratus anggota tentera serta polis Yahudi menyerbu masjid al-Aqsa dan mencemarkan tempat suci itu,” kata wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour. – dpa

 

344

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Palestin dan Jordan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mendesak Israel menghentikan serta-merta segala provokasi dan perbuatan menghasut orang Islam di tempat suci di Baitulmaqdis.

Kedua-dua negara berpendapat sebarang provokasi secara berterusan boleh mencetuskan satu lagi krisis yang boleh mengancam keamanan di Asia Barat.

Amaran itu dikeluarkan berikutan tindakan puak ekstremis Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa semalam dengan dilindungi lebih 300 askar rejim menyebabkan perbalahan dengan jemaah Palestin.

Seorang pejuang Hamas dilaporkan berang dengan pencerobohan itu, kemudiannya memandu sebuah van ke arah orang ramai yang menunggu kereta api sehingga menyebabkan seorang maut.

Beberapa jam kemudian, seorang pemandu Palestin dikatakan merempuh sekumpulan askar di Tebing Barat menyebabkan tiga orang mengalami kecederaan.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour menegaskan perbuatan Israel secara sengaja itu bertujuan memperlihatkan cengkaman berterusan mereka untuk menguasai kawasan berkenaan.

Dalam suratnya kepada Majlis Keselamatan, Mansour menegaskan jemaah di Masjid Al-Aqsa terkejut dengan letupan bom tangan dan tembakan peluru getah yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang cedera parah.

Katanya, ekstremis Israel itu menceroboh tempat suci termasuk memasuki salah satu masjid dan memanjat mimbar dengan memakai kasut iaitu perbuatan yang tidak menghormati orang Islam.

Dalam surat berasingan, Duta Jordan ke PBB, Dina Kawar berkata, pasukan khas Israel dan polis melarang jemaah Islam daripada memasuki masjid dan sebaliknya membenarkan golongan ekstremis agama dan politik ke dalam pekarangan masjid berkenaan.

Raja Abdullah II dari Jordan adalah penjaga tapak suci di Baitulmaqdis dan Kawar mendakwa tentera Israel mencabuli perjanjian damai 1994 antara kedua-dua negara dengan menahan kakitangan Jordan yang bertanggungjawab bagi mentadbir dan menjaga tapak berkenaan.

Jordan memanggil balik dutanya ke Israel, dan Kawar menggesa Majlis Keselamatan supaya meletakkan kesalahan ke atas Israel bagi serangan semalam. – AP

251

BAITULMAQDIS – Jawatankuasa kerajaan Israel semalam meluluskan pembinaan 500 rumah baharu di timur Baitulmaqdis, iaitu kawasan pendudukan di bumi Palestin.

Kelulusan peringkat awal jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri itu bagi pembinaan rumah baharu di Ramat Sclomo, di Tebing Barat, adalah langkah yang tidak diiktiraf oleh negara lain.

Minggu lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan supaya diteruskan rancangan untuk membina 600 unit rumah di Ramat Shlomo dan 400 lain di Har Homa di timur Baitulmaqdis.

Pegawai Palestin dan masyarakat antarabangsa menyatakan bantahan mereka dan menganggap langkah Israel itu sebagai halangan utama dalam usaha mencari perdamaian di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Seorang pegawai Israel berkata pihaknya berharap perkara itu tidak tidak dihebohkan ketika ia masih di peringkat perancangan dan perundangan, sebelum memulakan pembinaan.

Katanya, jumlah rumah di Ramat Shlomo dikurangkan atas sebab alam sekitar.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki berkata laporan itu bercanggah dengan matlamat Israel untuk mencari perdamaian. – REUTERS

272

GAZA – Israel menutup dua sempadan ke Semenanjung Gaza selepas satu roket yang dilancarkan dari Palestin meletup di wilayah yang dikuasai oleh rejim Zionis berkenaan semalam, kata pegawai tentera.

“Pintu sempadan Erez dan Kerem Shalom yang merupakan pintu masuk kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan kini ditutup sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.

“Bagaimanapun, penutupan itu dikecualikan kepada urusan bantuan kemanusiaan,” kata seorang jurucakap tentera.

Katanya, tindakan itu diambil selepas satu roket ditembak dari arah Gaza dan mengenai kawasan Eshkol di selatan Israel pada Jumaat lalu. Tembakan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.

Kejadian tembakan itu merupakan serangan pertama yang dilakukan ke atas wilayah Israel sejak gencatan senjata dicapai pada 16 September lalu, sekali gus menamatkan perang selama 50 hari antara Israel dan pejuang Palestin.

Perang tersebut menyebabkan 2,140 penduduk Palestin terbunuh dan 73 lagi di pihak Israel.

Baru-baru ini ketegangan semakin memuncak apabila Israel menutup kawasan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis daripada dimasuki umat Islam yang dipercayai sebagai cubaan untuk menguasai kawasan masjid berkenaan. – AFP

295

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Palestin menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendesak Israel agar membatalkan segera hasratnya untuk membina lebih banyak rumah di kawasan pendudukan Yahudi, pada mesyuarat tergempar bagi meredakan ketegangan di timur Baitulmaqdis.

Majlis keselamatan 15 anggota itu mengadakan pertemuan semalam atas permintaan Jordan selepas Israel mengumumkan rancangannya Isnin lalu untuk membina 1,000 rumah baharu di timur Baitulmaqdis – di kawasan yang dianggap oleh rakyat Palestin sebagai ibu negara masa depan mereka.

“Israel sebagai pihak yang menceroboh, mesti didesak supaya menghentikan dengan serta-merta dan sepenuhnya semua aktiviti haram pendudukannya di seluruh wilayah Palestin, termasuk di timur Baitulmaqdis,” kata Duta Palestin, Riyad Mansour pada mesyuarat itu.

Mesyuarat berkenaan tidak merumuskan sebarang resolusi ataupun mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya yang mengutuk Israel.

Namun Israel tetap diberikan kecaman oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, yang mahukan tindakan sebelah pihaknya dihentikan termasuk perluasan kawasan pendudukan.

“Tindakan untuk memperluaskan aktiviti pendudukan akan hanya meningkatkan ketegangan yang sudah cukup tegang,” kata wakil Amerika Syarikat, David Pressman.

Duta Britain, Mark Lyall Grant memberi amaran bahawa pembinaan rumah Yahudi yang sedang dilakukan di wilayah Palestin menyebabkan sukar bagi rakan Israel mempertahankannya daripada tuduhan yang ia tidak serius untuk mencapai perdamaian. – AFP

363

BAITULMUQADDIS – Kerajaan Israel meluluskan pembinaan hampir 1,000 buah rumah untuk pendatang haram Yahudi di satu kawasan penempatan yang ditawan rejim Zionis di Baitulmuqaddis Timur, kata seorang pegawai semalam.

“Kerajaan membuat keputusan bagi meneruskan rancangan membina lebih 1,000 buah rumah untuk pendatang haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur.

“Sebanyak 400 buah rumah akan dibina di Har Homa manakala lebih 600 buah rumah lagi di Ramat Shlomom,” kata seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, pegawai itu enggan mengulas sama ada langkah tersebut memberi kesan secara politik dan diplomatik terhadap Israel selepas masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan penduduk Yahudi merampas beberapa kediaman penduduk Palestin di Silwan.

Amerika Syarikat yang juga sekutu kuat Israel turut memberi amaran tindakan penduduk Yahudi merampas rumah penduduk Palestin itu bakal menjejaskan perjanjian damai antara kedua-dua belah pihak.

Tindakan penduduk haram Yahudi menduduki beberapa buah rumah penduduk Palestin di Silwan mencetuskan bantahan penduduk yang menyebabkan seorang remaja mati ditembak tentera Israel pada minggu lalu.

Seorang aktivis pemantau penempatan haram Yahudi di Palestin, Lior Amichai berkata, Israel mengambil kesempatan terhadap ketegangan yang memuncak untuk meneruskan pembinaan tersebut.

“Inilah masa terbaik untuk melakukan perkara itu kerana kini Baitulmuqaddis sedang bergolak,” katanya.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada kelulusan tersebut bermakna kerajaan Israel hampir memulakan projek pembinaan di lokasi berkenaan atau hanya meluluskan beberapa peringkat rancangan itu. – AFP

 

882

Perang yang tercetus di Gaza pada 8 Julai 2014 lalu merupakan yang ketiga seumpamanya melanda negara itu dalam tempoh enam tahun.

Gaza telah menjadi sasaran utama Zionis Israel dalam usaha mengekang kebangkitan intifada Palestin.

Kempen seperti penukaran imej paparan menggunakan avatar “Solidarity with the Palestinian Prisoner on Hunger Strike” di Facebook dan program boikot ‘produk Yahudi’ seperti di Mcdonalds dan Starbucks kini dilihat sudah kembali lesu.

Nampaknya jumlah pengunjung di Mcdonalds juga sudah kembali normal, wang kutipan ‘tabung derma kepada Gaza’ , hasil jualan T-shirt “Say No to Zionis” juga diharapkan akan disalur kepada pihak yang betul.

Buat pengetahuan anda, kos pembinaan semula Gaza dikatakan menelan belanja sebanyak USD 2 bilion.

Sementara kita kembali kepada kehidupan normal, saudara kita di Gaza semakin dilupakan.

Oleh itu bagi memperingati 2,189 warga Gaza yang terkorban dan ribuan lagi yang kini tidak mempunyai tempat tinggal, Iyad Sabbah seorang pengukir dari Palestin telah mengambil inisiatif menghasilkan arca di bawah untuk mengenang mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis.

1

2

3

4

6

Arca yang diperbuat daripada tanah liat ini mewakili kesemua mangsa keganasan rejim Zionis sepanjang konflik yang berterusan selama 50 hari.

Sumber: DesignBoom

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

772

Israel mengatakan bahawa terdapat ramai pengganas di Gaza, sedangkan yang dibunuh mereka dengan banyaknya adalah golongan kanak-kanak yang menjadi mangsa hingga ke hari ini.

Pihak Israel laknatullah melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan ini termasuklah bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak di sana.

Begitulah kejamnya sikap tidak berperikemanusian rejim Zionis ke atas penduduk Palestin sejak dahulu lagi.

Melalui video yang dikongsikan, ini adalah inisiatif anak muda di Kanada.

Keprihatinan sekumpulan anak-anak muda Kanada terhadap rakyat Palestin, membuat mereka menggunakan daya kreativiti bagi menjayakan satu projek yang dinamakan ‘Hug A Terrorist’.

Ia bertujuan mendapatkan reaksi orang ramai tentang dakwaan Israel yang mengatakan seluruh kanak-kanak Palestin adalah pengganas.

Idea yang kreatif sememangnya membawa mesej yang kuat.- mynewshub.cc

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB

406

BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di sini semalam selepas pihak berkuasa mengehadkan kemasukan orang Islam ke pekarangan Masjid Al-Aqsa, kata polis rejim Zionis.

Jurucakap polis, Luba Samri berkata, empat penduduk Palestin ditangkap manakala tiga anggota polis Israel cedera dalam konfrontasi tersebut.

Polis menggunakan grenad renjatan bagi menyuraikan 400 orang yang berhimpun dekat pintu masuk masjid berkenaan, menurut seorang jurugambar agensi berita AFP.

Pihak berkuasa Israel hanya membenarkan warga Palestin berusia lebih 50 tahun memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa. Perintah itu dikuatkuasakan untuk kali kedua sejak seminggu lalu.

Pada Isnin lalu, penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel selepas waktu subuh kerana berang orang Yahudi diberi kebenaran untuk memasuki pekarangan tersebut.

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci untuk orang Islam.

Lokasi itu yang menempatkan Masjid Kubah Emas dan Masjid Al-Aqsa kerap mencetuskan situasi tegang antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel.

Pekarangan masjid itu juga didakwa menempatkan kuil Yahudi dan dianggap tempat paling suci bangsa Yahudi.

Kunjungan orang bukan Islam ke pekarangan Masjid Al-Aqsa dibenarkan dan diselaraskan oleh polis Israel tetapi orang Yahudi dilarang beribadat di tempat itu kerana bimbang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

Mereka sebaliknya beribadat di bahagian bawah pekarangan masjid tersebut yang dikenali sebagai Tembok Barat.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovitch kelmarin mengugut untuk menutup keseluruhan pekarangan Masjid Al-Aqsa jika orang Islam dan bangsa Yahudi tidak dapat beribadat secara aman.

“Kami mahu pekarangan Masjid Al-Aqsa dibuka untuk orang Islam dan Yahudi tetapi jika bangsa Yahudi tidak dapat memasukinya, orang Islam juga tidak akan dapat memasukinya,” kata Aharonovitch. – AFP

 

267

KUALA LUMPUR – Hasrat pembangkang untuk mencetuskan provokasi di Dewan Rakyat berhubung pendirian kerajaan berkaitan dasar hubungan diplomatik dengan Israel tidak kesampaian.

Menyedari wujud cubaan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan wakil kerajaan supaya mengabaikan soalan provokasi M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

“Soalan pertama jawab, soalan yang kedua tak payah,” demikian arahan Pandikar Amin kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu, ketika diberikan peluang mengajukan soalan tambahan, Kulasegaran bertanya sama ada kerajaan mengamalkan dua dasar berbeza dengan Israel khususnya membabitkan hubungan dagangan.

“Walaupun kita tak ada hubungan (diplomatk) dengan Israel, macam mana (wujud aliran wang) berjuta-juta ringgit.

“Adakah wujud hubungan perniagaan dengan Israel secara terus menerus atau secara tak langsung? Dan adakah ini persetujuan (kerajaan) untuk jalin hubungan demi wang,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Hamzah sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu jelas serta tidak berubah sejak dulu.

“Malaysia juga adalah sebuah negara yang menitikberatkan prinsip kemanusiaan dan amat prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin.

“Status ini tidak pernah berubah dan masih kekal. Lebih-lebih lagi selepas serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza selama lebih kurang 50 hari,” katanya. - mStar Online

394

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Palestin meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menetapkan November 2016 sebagai tarikh akhir supaya Israel keluar dari semua wilayah yang diceroboh sejak 1967 termasuk Baitulmaqdis Timur.

Draf resolusi itu yang diedarkan pada ahli majlis berkenaan diikuti dengan pengumuman Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB Jumaat lalu, meminta majlis itu supaya menetapkan tarikh akhir untuk Israel keluar dan mengenakan peraturan jika perbincangan diadakan dengan pihak rejim.

Draf resolusi berkenaan akan mengesahkan kesungguhan Majlis Keselamatan untuk mencapai penyelesaian keamanan bagi menamatkan penjajahan Israel tanpa ‘kelewatan’ dan menyempurnakan wawasan kedua-dua negara – ‘negara Palestin yang merdeka, berdaulat, demokratik, bersempadan dan berdaya maju’ hidup berjiran dengan Israel dalam suasana keamanan dan keselamatan di sempadan seperti sebelum perang Asia Barat pada 1967. – AP

337

TENTERA rejim Israel menembak mati dua rakyat Palestin  pagi tadi dalam operasi tentera di kawasan Universiti Hebron.

Mangsa, Al-Kawasme dan Amar Abu Aysha ditembak kerana dituduh membunuh tiga remaja Israel di kawasan pendudukan di Tebing Barat Jun lalu, kejadian yang mencetuskan peperangan tujuh minggu di Gaza.

Memetik laporan Reuters, Israel melancarkan gerakan mencari Marwan Kawasme dan Amar Abu Aysha, dalam lingkungan umur 30-an di kawasan Hebron selama beberapa bulan.

Mereka didakwa menembak mati tiga remaja yang sedang mengembara pada waktu malam berhampiran kawasan pendudukan Yahudi pada 12 Jun lalu.

Penduduk Hebron berkata askar Yahudi mengepung sebuah rumah di bandar raya berkenaan sebelum waktu Subuh dan kemudian kedengaran bunyi tembakan.

Tentera Zionis itu berkata pasukan keselamatan mengenal pasti lokasi di mana Kawasme dan Abu Aysha berada dan sedang cuba membuat penahanan apabila berlaku kejadian tembak-menembak.

“Kami melepaskan tembakan, mereka membalas tembakan dan mereka terbunuh dalam kejadian itu,” dakwa jurucakap tentera Yahudi itu, Leftenan-Kolonel Peter Lerner.

Gabenor Hebron Kamel Hmeid mengesahkan kematian mereka menerusi radio Palestin.

“Adalah jelas kedua-dua syahid itu, Al-Kawasme dan Abu Aysha, dibunuh pagi ini dalam operasi tentera di kawasan Universiti Hebron.

“Kami mengutuk perbuatan jenayah ini sebagai pembunuhan yang disengajakan dan diatur,” katanya. – REUTERS

 

441

BAITULMAQDIS – Sebuah kumpulan hak asasi manusia antarabangsa hari ini mendapati Israel melakukan jenayah peperangan ketika ia melancarkan serangan di Gaza membabitkan sekolah dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Human Rights Watch berkata ia menyiasat serangan di sekolah terbabit di tiga lokasi berasingan di Semenanjung Gaza yang musnah dalam peperangan itu, di mana sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh.

Penyiasatan itu dibuat dengan melakukan kaji selidik dan temuramah dengan saksi. Badan berpusat di New York itu berkata ketika kejadian tidak ada sasaran ketenteraan di kawasan sekolah dan sesetengah serangan disengajakan.

“Tentera Israel melakukan serangan di tiga sekolah atau berdekatan di mana ia mengetahui beratus orang sedang mendapat perlindungan, mengakibatkan beratus orang awam terbunuh atau cedera,” kata penasihat khas Human Rights Watch Fred Abrahams.

Katanya, Israel tidak memberi sebarang penjelasan meyakinkan bagi serangan ke atas sekolah di mana orang awam mendapat perlindungan.

Sebaliknya Israel menuduh Hamas bagi peperangan musim panas selama 50 hari itu dengan melancarkan bedilan roket, menyebabkan berlaku tindak balas dari kawasan sekolah, perumahan dan masjid.

Semalam tentera Israel mengumumkan bahawa ia akan melakukan siasatannya sendiri bagi menyiasat kes membabitkan mangsa orang awam Palestin ketika peperangan termasuk bedilan ke atas sebuah sekolah.

Peperangan kejam itu mengakibatkan lebih 2,100 rakyat Palestin terkorban, sebahagian besarnya orang awam. – AP

 

544

BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyatakan bahawa Hamas menjadi bertambah kuat dan popular setiap kali tercetusnya konflik bersenjata antara pergerakan itu dengan tentera rejim Zionis.

Lieberman yang berucap dalam satu persidangan antipengganas di sini berkata, setiap kali konflik tercetus ia menjadikan Hamas semakin kuat dari sudut politik.

“Berdasarkan beberapa tinjauan pendapat, kita mendapati Hamas kini antara kumpulan paling popular dalam kalangan penduduk Palestin.

“Sekiranya pilihan raya diadakan sekarang, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh sudah pasti akan memperoleh undi yang besar,” katanya.

Menurutnya, kekuatan Hamas itu menyebabkan Presiden Palestin, Mahmoud Ab- bas yang juga pemimpin Fatah menjadi semakin lemah.

Tambah Lieberman, konflik terbaharu tersebut menunjukkan kemampuan ketenteraan Hamas yang semakin maju apabila roket mereka mampu menembusi jauh ke dalam wilayah Israel.

Pada konflik pada tahun 2009, roket yang dilancarkan dari Gaza cuma mampu pergi sejauh bandar Sderot di selatan Israel tetapi pada tahun 2012 ia mencapai sehingga Tel Aviv yang terletak di tengah negara itu.

“Dalam konflik terbaharu ini, roket mereka semakin maju apabila mampu mencapai sasaran sejauh bandar Hadera di utara Israel,” jelasnya.

Peperangan antara Israel dan Hamas tercetus pada 8 Julai lalu sebelum berakhir dengan satu gencatan senjata jangka panjang pada 26 Ogos lalu.

Konflik tersebut telah menyebabkan seramai 2,100 penduduk Palestin terkorban manakala 70 warga Israel terbunuh. – BERNAMA

37381

Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.

ForumCari_1

Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.

(BACA – VIDEO: Cegah Maksiat Apa Jadah Kalau Bogelkan Perempuan?)

Pemeriksaan lanjut Mynewshub.cc mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.

Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang.

Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

JetIsrael_2

JetIsrael_3

Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.

JetIsrael_4

Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.

Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

396

DOHA – Pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata peperangan terbaharu dengan Israel bukan konflik terakhir antara kedua-dua pihak, sebaliknya satu usaha ke arah mencapai matlamat pergerakan itu.

“Ini bukan penamatnya. Ia hanya satu usaha ke arah mencapai matlamat kami. Kami tahu Israel kuat dan dibantu masyarakat antarabangsa. Kami tidak akan mengehadkan impian kami atau berkompromi dengan tuntutan kami,” tegas Meshaal pada sidang akhbar di sini. – Reuters

631

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara itu ketika penduduk Palestin bergembira meraikan kejayaan di atas pengisytiharan gencatan senjata antara Rejim Zionis itu dengan Hamas yang dicapai kelmarin.

Di sekitar bandar di Palestin yang hampir ranap akibat serangan Israel selama tujuh minggu, penduduk kembali berurusan di bank serta mengunjungi kedai-kedai untuk membeli-belah dan mendapat barangan keperluan harian.

Di Israel pula, amaran siren yang menandakan roket-roket sedang dilancarkan dari Gaza kini tidak lagi berbunyi seperti hari-hari biasa sebelum ini.

Netanyahu pada sidang akhbar memberitahu bahawa Israel telah memberi satu tamparan yang hebat kepada Hamas dan tidak menerima sepenuhnya syarat tuntutan untuk berdamai.

Katanya, adalah terlalu awal untuk menjangkakan suasana pendamaian yang dicapai itu akan berterusan bagi satu jangka masa panjang.

Bagaimanapun media Israel mengkritik kerajaan Netanyahu dengan melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan beliau yang dianggap gagal menyelesaikan konflik jangka panjang antara Israel dan Palestin itu.

Berdasarkan tinjauan pendapat oleh Channel 10, populariti Netanyahu kini berada pada tahap 55 peratus turun berbanding 69 peratus pada awal bulan ini.

“Selepas 50 hari peperangan di mana berpuluh-puluh tentera dan orang awam terbunuh serta merosakkan rutin harian dan meletakkan ekonomi negara dalam keadaan tertekan… kita jangkakan suatu yang lebih baik selepas pengumuman gencatan senjata,” tulis penganalisis Shimon Shiffer di Yedioth Ahronoth yang merupakan akhbar terbesar di Israel.

“Kira boleh jangkakan Perdana Menteri akan ke kediaman beliau dan memaklumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan,” tulis Shiffer.

Dalam persetujuan gencatan senjata yang dikendalikan oleh Mesir sebagai pengantara pada petang Selasa lalu, kedua-dua pihak bersetuju menghentikan serangan, membuka serta-merta sekatan ke atas Gaza di sempadan Mesir dan Israel serta memperluaskan zon menangkap ikan di perairan Gaza. – Reuters

 

1437

BENARKAH Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel, Tel Aviv pada 20 Ogos lepas?

Ini kerana tiket penerbangan Royal Jordanian dengan nama beliau kini tersebar merata di media sosial.

Andai benar,  untuk tujuan apa beliau ke sana kerana kita tak dengar pun Anwar pergi membawa bantuan perubatan atau kewangan untuk masyarakat Islam Gaza?

Mengetahui sikap Anwar, mustahil la kalau hendak kata beliau buat kerja di belakang tabir dan tak mahu publisiti kalau benar ke negara haram yahudi itu atas niat murni membantu masyarakat Islam di sana.

Menurut beberapa laman blog politik, Anwar dikatakan telah pergi ke Istanbul, Turki pada hari sama untuk menghadiri Perhimpunan Kesatuan Ulama’ Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Naib Ketua kesatuan berkenaan.

anwar

Menurut sumber dalaman PKR, Anwar memberitahu kononnya beliau telah mempengaruhi ulamak terkenal Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Abdul Hadi benar-benar dilantik ke jawatan itu.

Dengar katanya, Anwar hanya berada di Turki selama beberapa jam sahaja sebelum menaiki pesawat dengan tiket berkenaan ke Tel Aviv pada hari berkenaan.

Sebab itulah, Kongres Nasional PKR tidak dirasmikan oleh Anwar sebaliknya dibuka oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Pendedahan ini sudah pun berlegar-legar di laman sosial dengan sangat hebat dan pelbagai pihak mula mempersoalkan akan kesahihan tiket berkenaan yang memaparkan dengan jelas nama Anwar.

Menerusi laman blog Masterdedah pula, pada tahun 2012, Anwar pernah sekali pergi ke Turki dan kemudian dipercayai lesap selama enam jam antara pukul 3.05 petang hingga pukul 9.05 malam pada 4 Februari 2012.

Dalam aturcara yang dikeluarkan Anwar, beliau berkata beliau pergi menunaikan umrah dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah pada waktu itu.

Menurut laman blog sama, semakan dibuat tidak ada satu pun pesawat yang berlepas dari Tukri pada pukul 8 malam (4 Februari 2012) ke Mekah dan sampai pada pukul 2 petang. Jadi Anwar ke mana?

Beberapa kemungkinan didedahkan oleh laman blog itu dengan memaparkan beberapa penerbangan yang mungkin digunakan oleh Anwar untuk ke Tel Aviv, Israel.

TiketAnwar_2

  1. ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
    IST – TLV by Private Flight.
  2. ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
  3. IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305 – and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with
  4. TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.
  5. IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Menurut laporan berkenaan, ada kemungkinan Anwar menghabiskan masa enam jam di Israel di antara pukul 3 petang hingga pukul 9.05 malam.

Kemudian, Anwar yang juga Ketua Pembangkang balik semula untuk menyampaikan ucapan di Turki pada Kongres Pendidikan Islam Sedunia pada waktu itu.

Beberapa laman blog, melaporan perjalanan sama pada 2012 digunakan oleh Anwar untuk ke Israel pada 20 Ogos lepas.

Sehingga kini, 26 Ogos Anwar masih belum memberikan sebarang penjelasan menafikan perkara ini dan jika beliau terus berdiam diri, rakyat akan beranggapan seperti memang benar Anwar sudah ke Israel.

Kita berharap Anwar akan segera memberikan penjelasan menafikannya. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

277

BANDARAYA GAZA – Serangan udara Israel di Gaza malam tadi mengakibatkan dua rakyat Palestin terbunuh, menjadikan jumlah kematian dalam peperangan tujuh minggu itu meningkat kepada 2,122.

Jurucakap bagi tentera rejim Israel, berkata pesawat perang melakukan 16 serangan. Tiada roket ditembak ke arah wilayah Israel dari Semenanjung Gaza sejak 9 malam waktu tempatan malam tadi.

Dua masjid di Beit Hanun, di utara Semenanjung Gaza, dan di bandaraya Gaza musnah dalam serangan itu, kata saksi. – AFP

296

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan Palestin supaya kembali ke meja rundingan bagi mempersetujui dengan segera berhubung perdamaian kekal di Gaza.

Dalam kenyataan yang diluluskan sebulat suara, majlis 15-anggota itu memberi sepenuh sokongan kepada inisiatif Mesir itu dan menggesa semua pihak agar meneruskan rundingan bagi mencapai gencatan senjata berkekalan.

Kenyataan yang disediakan oleh Perancis itu dipersetujui selepas rundingan di Kaherah hampir gagal berikutan keganasan semula di Gaza yang sudah mengorbankan lebih 2,000 rakyat Palestin sejak 8 Julai lalu.

Awal bulan ini, Jordan menyebarkan draf resolusi yang disokong oleh negara Arab yang menggesa supaya diadakan gencatan senjata, pembukaan semula sekatan di Gaza dan penghantaran segera bantuan yang diperlukan oleh rakyat Palestin.

Pertempuran selama enam minggu itu adalah antara paling ganas antara Israel dan Hamas sejak intifada Palestin kedua dari 2000 hingga 2005. – AFP

426

BANDAR GAZA – Pejuang-pejuang Palestin melancarkan puluhan roket manakala Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan udara semalam selepas rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata beakhir kelmarin.

Rejim Zionis mendakwa sepanjang tempoh rundingan diadakan, para pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah beberapa buah bandar di Israel.

Tindakan tersebut kata rejim Zionis, mendorong ia memanggil pulang delegasinya dari Kaherah dan melancarkan serangan balas ke atas Gaza.

Pihak Palestin bagaimanapun menafikan melancarkan serangan roket.

Mengulas keganasan terbaharu tersebut, pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Kidra berkata, sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin terbunuh manakala 68 lagi cedera.

“Tiga orang yang terbunuh itu termasuk dua wanita dan seorang budak perempuan berumur dua tahun yang maut dalam satu serangan udara ke atas sebuah rumah di sini,” kata al-Kidra.

Menurut pemimpin kanan Hamas di Kaherah, Moussa Abu Marzouk, dua daripada tiga mangsa yang mati itu merupakan isteri dan anak perempuan ketua pejuang Hamas, Mohammed Deif.

Deif sebelum ini telah beberapa kali terselamat daripada percubaan Israel untuk membunuhnya.

Tentera Israel pula berkata, pihaknya telah melancarkan 30 serangan udara ke atas Gaza bagi membalas sekurang-kurangnya 70 bedilan roket Palestin sejak kelmarin.

“Pihak tentera turut memanggil semula kira-kira 2,000 askar simpanan yang telah dihantar pulang selepas pertempuran di Gaza mulai reda dua minggu lalu,” kata rejim Zionis dalam satu kenyataan.

Perkembangan terbaharu itu menggagalkan rundingan senjata Mesir dan menimbulkan kebimbangan pertempuran sengit di Gaza akan berulang selepas lebih 2,000 penduduk Palestin terbunuh sejak lebih sebulan lalu. – AP

458

Selain mengagihkan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada peduduk Gaza, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) juga mengenalpasti beberapa orang kanak-kanak Palestin untuk dibawa ke Malaysia bagi mendapatkan kemudahan rawatan susulan.

Dalam satu rakaman video, menunjukkan Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bermesra dengan seorang bayi dan kemudiannya bertanyakan kepada keluarganya untuk membawa bayi itu ke Malaysia.

Bayi itu juga kelihatan seperti begitu mesra dan mudah menerima Abdul Azeez yang menciumnya dan mendukungnya, seperti dipaparkan di laman web Abu Aqif Studio.

Menurut beliau dalam video berkenaan, lawatan itu merupakan pada hari pertama beliau di bumi Gaza di mana lawatan pertama merupakan lawatan ke tiga buah hospital.

“Pertama, kita telah pergi ke Hospital Muhammad Yusuf Al Naj di Rafah, Hospital Naseer dan ini adalah hospital ketiga Hospital Al Amal oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin,” kata Abdul Azeez.

Dalam lawatan itu, beliau melihat kebanyakan warga Palestin mengalami kecederaan terputus kaki mereka akibat bedilan daripada tentera rejim Zionis, Israel.

“Sebagai contoh, kanak-kanak ini berusia dua tahun mengalami kecederaan di kepala dan Dr Tareeq telah menasihatkan kepada saya supaya membawa anak ini pulang ke Malaysia untuk dibedah di bahagian otak bagi mengatasi masalah saraf,” katanya.

Menurut Abdul Azeez, Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza turut mengagihkan sebanyak 20 tan bekalan ubat-ubatan kepada tujuh buah hospital di Gaza bagi memudahkan mangsa bedilan kejam Israel segera menerima rawatan.

Dalam lawatan itu juga, Ahli Parlimen Rafah Usama Asyraf Jumaah turut mengesahkan komitmen beliau dalam menguruskan dokumentasi para pesakit kanak-kanak Palestin supaya langkah membawa pulang mereka ke Malaysia berjalan lancar. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Oleh : IBNU K

 

491

Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al Agha tidak bersetuju dengan tindakan boikot yang diambil oleh rakyat Malaysia ke atas McDonald’s kerana dilihat tidan membantu ekoran masih belum terbukti syarikat itu menyumbang kepada keganasan Zionis, Israel.

Benarlah kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata bawah tindakan memboikot cuma akan mmebuatkan kita yang rugi kerana tidak tahu secara pasti manakah syarikat yang benar-benar menyumbang kepada keganasan.

Bagi Pendakwa muda, Dr Fathul Bari pula menasihatkan kepada semua supaya sebelum melakukan sesuatu tindakan, tanganilah dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Siasatlah dahulu sesuatu isu dan kumpullah sebanyak mungkin fakta berkaitan sebelum melakukan tindakan yang boleh dikatakan sebagai sia-sia

Bagi mereka yang giat mempromosi kempen boikot Mcdonald’s, bukankah sekarang tindakan kamu ini sebagai tindakan yang menzalimi pihak yang tidak bersalah?

Paling tidak Mcdonald Malaysia terbukti membantu rakyat Malaysia walaupun mereka bukan wakil rakyat atau yb² yang meminta undi. Buktinya di sini: http://www.rmhc.org.my/

Soalan saya, apa tindakan kamu terhadap Mcdonald sekarang ?

a. Biarkan sahaja. Buat tak tahu.
b. Teruskan memboikot sebab saya ni bod*h
c. Berhenti kempen boikot Mcdonald.
d. Berhenti kempen boikot Mcdonald, minta maaf dan cuba membantu membersihkan nama Mcdonald supaya periuk nasi pekerja Islam kembali terjamin.

Tidak perlu komen. Simpan jawapan untuk diri kamu sendiri. Buktikan jawapan kamu dengan tindakan.

* Dr Maza tak berani kata KJ dan Duta Palestin sebagai Syaitan Israel ke? – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Artikel diterima daripada Laman Facebook Abu Aqif Studio.