Monday, December 22, 2014
Laman Utama Tags Posts tagged with "Lembu"

Lembu

686

TANAH MERAH – Seorang bekas anggota tentera ditemui mati dalam keadaan misteri bersama bangkai seekor lembu di sebuah kandang di Kampung Panglima Bayu, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mayat Mohd Azhar Abdul Halim, 44, ditemui pemilik lembu dalam keadaan tanpa pakaian bersama seekor lembu yang sudah mati dalam kandang berkenaan.

Pemilik lembu terbabit, Mohamad Husin, 61, berkata, dia bersama seorang rakan mencari lembunya yang hilang, kemudian ditemui mati itu tidak jauh dari kandang tersebut sejak awal pagi.

Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi bedah siasat

Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi bedah siasat

“Kami cari di tempat biasa lembu ini ditambat tetapi tidak ada, kemudian saya cuba cari di kawasan lain dan ketika melalui kandang, saya ternampak ada lembu mati dan mayat mangsa.

“Saya terus panggil rakan untuk lihat sendiri kejadian sebelum buat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Sementara itu, adik mangsa, Mohd Abdul Halim, 30, memberitahu, abangnya menghidap beberapa penyakit seperti jantung, paru-paru berair dan asma serta pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini.

“Saya dapat tahu dia meninggal dunia dalam kandang lembu selepas dimaklumkan seorang jiran. Arwah tidak ada di rumah sejak jam 10 malam semalam dan isterinya cuba cari dengan menghubungi rakan arwah tapi gagal,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan  kes sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online

Apa yang dicari?:

budak mati di sandakan semalam,misteri kampung mati

    1204

    Mungkin niat pelakon komedi popular ini hanya untuk berkongsi aktivitinya bersempena Hari Raya Korban, namun tindakan Zizan Razak memuat naik gambar seekor lembu yang baru disembelih menimbulkan respon negatif dari pengguna laman sosial.

    Melalui muat naik tersebut, Zizan Razak dilihat memegang sebilah pisau sambil merenung seekor lembu yang baru disembelih.

    Mungkin tidak memahami ajaran Islam dan sejarah aktiviti korban, gambar tersebut dilimpahi komen-komen dari warga asing yang mengkritik Zizan dengan menggelar figura terkenal itu sebagai seorang pembunuh haiwan.

    Untitled

    Terdapat sesetengah pengikut yang menyokong tindakannya, namun ada juga yang menasihati Zizan supaya memadamkan gambar tersebut bagi menjaga sensitiviti agama, namun sehingga kini gambar tersebut masih belum dibuang.

    Kesian Zizan, tak habis-habis dirunding satu persatu isu semenjak dari awal pembabitannya dalam industri seni tempatan.

    Sebelum ini, dia terbabit dengan isu permasalahan dengan pengurusnya, Marina Juki berkenaan isu dalaman syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd dan isu seluar ketat sehingga menonjolkan ‘anu’nya pada konsert pertama Akademi Fantasia 2014.  - MYNEWSHUB

    Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

    Apa yang dicari?:

    gambar teruk,zizan dikecam

    724

    TAMWORTH – Satu pasangan pengantin cemas selepas seekor lembu tiba-tiba cuba menyerang mereka ketika satu sesi fotografi di sebuah kawasan ladang di sini baru-baru ini lapor New York Daily News kelmarin.

    Pasangan berkenaan, Brian dan Rebecca Pepper yang baru berkahwin pada 21 September lalu mengupah seorang jurugambar, Rachel Deane untuk merakamkan detik bahagia mereka.

    Ketika pasangan berkenaan sedang merakamkan gambar di satu kawasan padang rumput tiba-tiba mereka dihampiri seekor lembu jantan.

    Lembu jantan itu dilihat cuba menyerang Rebecca tetapi Brian yang menyedari perkara itu segera mempertahankan isterinya sebelum menghalau lembu tersebut.

    Deane yang turut terkejut sempat merakamkan aksi Brian menghalau haiwan berkenaan dan gambar tersebut menarik perhatian pengguna internet selepas dia memuat naik gambar di laman Facebook miliknya.

    “Lihatlah lembu ini yang cuba mencabar Brian untuk mendapatkan cinta Rebecca,” kata Deane. – AGENSI

     

    384

    SETIU – Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu, seorang lelaki maut manakala rakannya parah dilanggar seorang lelaki yang dikenali mereka dalam kejadian di Kampung Jelapang, Permaisuri di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab. Rahman Raja Mohamad berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan mangsa Rohadi Yaacob, 44, maut manakala Zakaria Taib, 43, parah selepas dirempuh kereta Proton Gen 2.

    Katanya ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang menunggang motosikal secara berasingan pulang ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

    “Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.

    “Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi ‘aku langgar kamu’,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. – BERNAMA

    249

    KUCHING – Tiga hari menjelang sambutan Aidiladha, sebanyak 1,200 ekor lembu yang disediakan PPES Ternak Sdn Bhd (PPES Ternak) untuk ibadah korban tahun ini, sudah habis ditempah pelanggan.

    PPES Ternak Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), merupakan pembekal utama ternakan korban di negeri ini sejak syarikat itu beroperasi 30 tahun lepas.

    Tinjauan Bernama di PPES Ternak di Bintawa mendapati petugasnya kini mula melakukan proses penghantaran sebahagian lembu yang ditempah itu ke lokasi pelanggan.

    Menurut Eksekutif Pemasaran PPES Ternak, Artino Arshad jumlah tempahan 1,200 yang diterima tahun ini meningkat berbanding 938 tempahan yang diterima tahun lalu.

    “Pelanggan mula menempah lembu untuk sambutan Aidiladha sejak Februari. Dari segi harga PPES Ternak menetapkan harga seekor lembu berdasarkan saiz di antara RM4,100 hingga RM7,340 manakala harga daging lembu segar dijual di antara RM37 hingga RM46 sekilogram,” katanya.

    Artino berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, bekalan lembu untuk Aidiladha di negeri ini diperoleh dari ladang SEDC di Rosewood Cattle Station dan Strathmere Beardie Aggregation di Australia serta ladang di Karabungan, Miri. – BERNAMA

    216

    KUALA TERENGGANU – Persatuan Ternak Terengganu (PTT) menjangka permintaan lembu tempatan untuk ibadah korban sempena Aidiladha di negeri ini tahun ini berkurangan berikutan harga ternakan itu yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    Pengerusi PTT Hamid Salleh berkata, perkembangan itu berikutan harga lembu meningkat antara RM4,000 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz berbanding RM2,000 hingga RM3,000 seekor tahun-tahun sebelumnya.

    “Kita jangka tahun ini orang buat korban berkurangan sebabnya rata-rata orang ramai yang kami temui mengeluh kerana tidak mampu untuk membeli kerana harga lembu tempatan mahal,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai harga lembu tempatan untuk ibadah korban yang mahal pada masa kini.

    Menurut Hamid, masalah bekalan ternakan di negeri ini pada masa ini tidak berbangkit memandangkan ramai penternak membawa masuk lembu import dari Thailand dan Myanmar.

    Beliau berkata, pihaknya sedia membantu sekiranya orang ramai memerlukan lembu untuk membuat korban sempena Hari Raya Aidiladha ini.

    Sementara itu, seorang pembekal lembu dari Kuala Terengganu, Wan Musa Wan Abdul Mutalib berkata kadar permintaan lembu yang diterima daripada umat Islam di negeri ini pada kali ini dilihat merosot teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    Beliau yang juga anggota jawatankuasa PTT berkata beliau cuma dapat menjual antara 40 hingga 60 ekor sahaja berbanding 100 ekor tahun lepas.

    “Bila bekalan lembu saya dapat harganya sudah tinggi, maka saya terpaksa jual dengan harga tinggi, jadi orang korban tidak banyak,” katanya. – BERNAMA

    188

    PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini memberi jaminan bekalan lembu hidup yang diimport sempena sambutan Aidiladha Ahad ini adalah sihat dan bersih daripada sebarang penyakit.

    Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jaminan itu diberikan bagi mengelak pengguna berasa khuatir akan tahap kesihatan lembu import terutamanya berkaitan penyakit kuku dan mulut.

    “Lembu-lembu yang diimport biasanya akan diperiksa tahap kesihatannya terlebih dahulu sebelum dibawa masuk dan kemudian akan dikuarantinkan selama 10 hari,” katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat Duta Brazil ke Malaysia Madam Maria Auxiliadora Figueiredo di pejabatnya di sini hari ini.

    “Kita memang sentiasa pantau lembu-lembu yang dibawa masuk ke negara ini, dan kebanyakan lembu yang gagal dibawa masuk ke sini rata-ratanya kerana menghidap penyakit kuku dan mulut,” katanya.

    Katanya kementerian turut menempatkan sebanyak 361 pegawai bagi memantau tahap kesihatan dan proses sembelihan lembu-lembu import terbabit.

    Separuh daripada 25,000 ekor lembu yang disediakan sebagai bekalan sempena Aidiladha pada tahun ini diimport dari Myanmar, Thailand dan Australia.

    Sementara itu, kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama dua hala bidang pertanian antara Malaysia dan Brazil adalah menggalakkan dengan kemungkinan untuk pertumbuhan dalam perdagangan pertanian yang tinggi. – BERNAMA

    192

    IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengagihkan sejumlah 370 lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 5 Okt ini.

    Sumbangan haiwan itu untuk 52 kawasan Dewan Undangan Negeri, agensi dan jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

    Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU) Datuk Ismail Saffian berkata program kali ke-5 itu merupakan program tahunan kerajaan negeri semenjak Perak ditadbir oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    “Kita menjemput 52 orang wakil rakyat, wakil agensi (dan jabatan) kerajaan serta badan bukan kerajaan untuk menerima sumbangan ini.

    “Wakil rakyat di kawasan masing-masing akan menyerahkan sumbangan itu kepada masjid atau surau untuk ibadah korban,” katanya yang mewakili Zambry pada majlis Sumbangan Korban Perdana Negeri Perak di sini hari ini. – BERNAMA

    313

    PUTRAJAYA – Lebih 25,000 ekor lembu disediakan sebagai bekalan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 5 Okt ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

    Selain stok tempatan, lembu untuk korban juga diimport dari Thailand, Australia dan Myanmar, katanya

    Kementerian akan memastikan bekalan lembu pada musim perayaan sentiasa mencukupi sebagai contoh pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas tiada aduan ketidakcukupan bekalan dilaporkan, katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi 2014 peringkat kementerian di sini hari ini.

    Terdahulu Tajuddin dalam ucapannya berkata warga kementerian harus memikirkan bagaimana untuk melaksanakan transformasi yang boleh memberikan perubahan lebih baik kepada kumpulan sasar selain menjalankan tangungjawab sedia ada. – BERNAMA

    1503

    EMAZIZINI – Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

    Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

    “Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.

    “Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

    “Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.

    Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

    “Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.

    Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

    Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

    “Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. – Agensi

    Apa yang dicari?:

    manusia pelik

    408

    SERDANG – Pelanggaran antara Toyota Vios dan lembu yang berkeliaran di Kilometer 0.8 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menyebabkan berlakunya kesesakan teruk di laluan arah ke Putrajaya pada malam Jumaat.

    Lembu berkenaan dipercayai dari ladang berhampiran Hospital Serdang memasuki laluan tengah SKVE apabila kenderaan itu terlanggarnya pada kira-kira pukul 8.30 malam. Lembu itu mati di tempat kejadian.

    Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu, pegawai kewangan Muhamad Shukri Abdullah berkata, beliau tidak sempat membrek apabila pemanduannya dikejutkan dengan kehadiran lembu di lorong tengah lebuh raya itu.

    “Lembu itu melambung ke kereta saya dan menyebabkan cermin depan pecah sebelum ia jatuh ke jalan.

    “Muka saya pula cedera akibat terhentak ke cermin yang pecah itu,” katanya.

    Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

    Pegawai bank, Ahmad Uwais, 25, membuat panggilan kecemasan itu selepas menyaksikan kemalangan itu sebelum ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian.

    “Ini bukan kali pertama lembu berkeliaran dan menyebabkan berlakunya kemalangan di kawasan ini.

    “Sepatutnya pemilik haiwan itu menjaga ternakannya supaya tidak merayau-rayau ke jalan kerana ia membahayakan pengguna jalan raya,” katanya. – mStar Online

    436

    KUALA TERENGGANU – Persatuan Penternak Terengganu (PPT) memberi jaminan bekalan lembu untuk korban sempena Hari Raya Aidiladha mencukupi di negeri ini.

    Pengerusi PPT Abdul Hamid Datuk Mohd Salleh berkata ketika ini peniaga lembu giat membawa masuk lembu dari luar sebab lembu tempatan susah diperoleh selain harganya tinggi.

    Katanya kadar harga lembu tempatan di Terengganu sekarang sekitar RM4,000 seekor berbanding RM3,000 sebelum ini.

    “Lazimnya di Terengganu setiap tahun lebih 1,000 ekor lembu diperlukan untuk sambutan hari raya korban,” katanya kepada Bernama selepas mesyuarat agung tahunan ke-23 PPT di sini hari ini.

    Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong.

    Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan menjaga kebersihan semasa membuat korban bagi mengelak jangkitan penyakit kuku dan mulut. – BERNAMA