Monday, April 27, 2015
Laman Utama Tags Posts tagged with "lucu"

lucu

4821

CUBA bayangkan, tiba-tiba jiran anda memberi sms untuk minta maaf kerana sudah terlanjur dengan isteri anda selama berbulan-bulan tanpa pengetahuan.

Guna siang dan malam pulak tu, pergh! Menyirap tak darah anda bila dengar pengakuan berani macam tu.

Seorang suami ini mengalami nasib malang selepas jirannya membuat pengakuan berani tersebut, selepas jirannya berbulan-bulan menggunakan ‘wife’-nya ketika dia tiada dirumah.

Selama ini si suami mati-mati ingat isterinya setia, berang dengan pengakuan jirannya itu si suami segera balik ke rumah.

Tak cakap banyak terus dipukul isterinya itu lalu ceraikannya dengan talak tiga.

Tapi tak lama lepas tu si suami menerima sebuah lagi mesej…

gunawife1

Haha, rupa-rupanya jiran dia ni typo je.. Nak tulis wifi tapi tersilap tulis wife!

Haaa, tak pasal-pasal je si isteri lelaki itu jadi mangsa keadaan.-MYNEWSHUB.CC

 

1078

TERTAWA kecil kami dibuatnya apabila melihatkan gambar viral yang dikatakan berlaku di Medan Gopeng, Ipoh.

Cuba anda perhatikan betul-betul apa yang elok tersidai di belakang kereta ini?

lucu2

Baju dan seluar dalam bukan?

Mungkin pemandu terbabit terlupa mengambil baju yang disiangkutnya atau mungkin dia ingin mengambil kesempatan untuk mengeringkan baju yang basah kot.

Kena pedajal dengan kawan serumah pun mungkin gak… hehe.

Haa apa-apa pun selepas ini, pastikan anda periksa dahulu sebelum memulakan pemanduan  ye.

Nanti tak pasal-pasal ‘spender’ tu dapat tengok dunia luar. Heh.

-MYNEWSHUB.CC

1323

SUKA atau tidak, kita pasti pernah berada dalam situasi rasa bersalah untuk meminjam atau memberikan duit kepada kawan-kawan kita.

Bukan apa, ada tu jenis yang apabila sudah diberi pinjam, mulalah susah nak bayar kan?

Bukan senang untuk meminta balik wang yang dipinjamkan tersebut, iyalah… janji sebelum pinjam memang manis, lepas itu terus senyap.

Tapi takpe, di sini kami kongsikan beberapa cara yang boleh digunakan melalui laman sosial, untuk meminta kawan-kawan anda membayar hutang.

Mungkin diorang akan bayar balik selepas anda gunakan cara ini!

1. Minta secara terus-terang melalui status di halaman Facebook.

Mungkin sebelum ini anda pernah berterus-terang secara lisan meminta hutang, tetapi dibuat tidak tahu sahaja.

Kali ini apa kata anda gunakan akaun sosial untuk berbuat demikan. Agak ‘kejam’ jugalah cara ini tetapi come on, cara ini antara yang paling efisyen buat masa sekarang.

Asal tidak puas hati je, tulis sesuatu di Facebook, jadi mengapa pula kamu tidak boleh? Lagipun dia yang liat nak bayar hutang.

lawak1

2. Secara berkias atau berseloroh

Kepada yang tak seberapa ‘kental’ hendak menggunakan cara di atas, anda boleh gunakan cara berkias ketika meminta kawan anda membayar hutang. Contohnya anda boleh berpantun.

lawak 2

Atau mengingatkan kawan yang berhutang supaya ‘sedar’ akan duit hutangnya..

lawak3

3. Melalui gambar selfie anda.

Mungkin anda masih tidak sampai hati meminta kawan membayar hutang secara berterus-terang mahupun berkias.

Jadi anda boleh gunakan cara yang kreatif iaitu dengan mengambil gambar selfie anda dengan eskpresi muka menyedihkan dan buatlah caption menyayat hati seperti berikut:

lawak4

4.  Iklankan di suratkhabar atau di laman web

Bagi kami, ini cara paling kejam dan hanya boleh kamu lakukan jika kesemua cara di atas gagal.

Jika rakan anda tetap enggan membayar hutang, anda iklankan saja mukanya dan masalah liat bayar hutangnya itu di akhbar utama seperti Harian Metro, Berita Harian dan Sinar Harian.

surat kabor

Namun jika anda kekurangan bajet, boleh juga iklankan di laman-laman popular seperti di laman Facebook kami atau minta Pen Merah viralkan masalah hutang anda. Hihi

pen-merah1

Apa-apa pun, cara-cara ini merupakan ‘jalan terakhir’ buat anda yang ketandusan idea untuk meminta hutang. Heh.

Kepada yang masih berhutang tu, beringatlah ye… kita tidak harus melambat-lambatkan membayar hutang kerana perbuatan itu boleh menyebabkan kesusahan kepada sahabat kita.

Manakala dalam Islam, membayar hutang itu hukumnya WAJIB.

– MYNEWSHUB.CC

1346

SIAPA sangka pendakwah dan penceramah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) bukan sahaja pandai berjenaka ketika menyampaikan ceramah tetapi juga sewaktu bergambar.

Lihat sajalah aksi beliau ketika mengunjungi muzium 3D di langkawi, baru-baru ini.

kazim2

kazim4

kazim

Melalui beberapa gambar yang dikongsikan, terserlah personaliti Ustaz Kazim yang sentiasa ceria dan suka bergurau senda.

Muzium yang dinamakan 3D Art Of Paradise Langkawi merupakan muzium tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia.

Sebelum ini mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dilihat bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad turut dirakam memberikan aksi sporting ketika mengambil gambar di muzium tersebut.

Baca: Aksi Comel Tun M, Siti Hasmah Di Muzium 3D Langkawi

Hmm, terasa hendak melancong ke Pulau Langkawi pula selepas melihat aksi santai Ustaz Kazim yang sempoi ni..

– MYNEWSHUB.CC

1201

INI lah kes ragut paling kelakar pernah kami lihat dalam sejarah permodenan manusia.

Menerusi sebuah video yang berdurasi 30 saat ini, kami yakin anda pasti akan ketawa terbahak-bahak apabila melihat kebodohan yang ditunjukkan oleh peragut tersebut.

Bayangkan jika anda merupakan mangsa ragut seperti di dalam video, mungkin anda akan lakukan perkara yang sama seperti akak ini

Melalui pengamatan kami, peragut pada mulanya telah mengertak mangsa untuk tidak berbuat apa dan terus berlari.

Namun disebabkan kebodohan dan ‘kerap ponteng sekolah’, peragut tersebut dilihat telah berlari ke arah lain.

Mangsa terus mengambil peluang untuk merampas kenderaan peragut.

Mungkin sewaktu akak itu merampas motorsikal, terdetik difikirannya… ‘kau dapat beg akak, tapi akak dapat motor kau dik’!

Penggunaan sistem barter paling hebat!

-MYNEWSHUB.CC

 

1458

“CITA-CITA saya hanya satu cikgu.. cita-cita saya hanya untuk memenuhi cita-cita Hawa..” kata Yu.

Pergh… nampak tak betapa hebatnya ayat mengorat yang digunakan Yu yang cuma seorang murid sekolah rendah ini?

Itu antara babak dipaparkan dalam filem pendek di bawah berdurasi 2 minit 16 saat ini.

Terbahagi kepada dua babak, babak pertama memaparkan aksi murid bernama Mi dan Yu sewaktu menjawab soalan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris pada sesi suai kenal di dalam kelas.

Daripada sini dapat dilihat, kedua-dua murid ini memang mempunyai perangai loyar buruk.

Sifat tersebut diteruskan ketika ditanya soalan oleh guru Bahasa Melayu pula dalam babak kedua.

Bagi kami memang agak kelakar dan boleh layanlah video ni, nak-nak kalau ditonton atas dasar mahu bersantai semata-mata.

Jom saksikan..

– MYNEWSHUB.CC

1537

KAMI yakin anda akan naik berang jika anak memberitahu yang mereka telah menjadi mangsa buli rakan-rakan di sekolah.

Tapi, apakah yang akan dilakukan jika anak mengatakan itu hanyalah gurauan semata-mata untuk mengenakan anda?

Mungkin anda akan berasa sedikit geram kerana dipermainkan, namun kebiasaannya ia akan diakhiri dengan gelak ketawa.

Tetapi tidak bagi seorang bapa menerusi video yang mula viral di laman YouTube ini.

Biarpun anaknya sudah memberitahu ia hanya gurauan, namun si bapa tetap bertegas mahu membelasah pembuli itu sehingga anaknya menjadi serba-salah.

“Kita akan belasah dia, bapa dan datuk dia sekali…dan semua keluarganya dengan teruk,” kata bapanya.

VIDEO: Pengajaran...Jangan Bohongi Bapa Anda!

Bagaimanapun, si bapa akhirnya ketawa besar dan mengakui dia juga bergurau apabila si anak hampir menangis dan memberitahu dia tidak mahu menjadi ‘lelaki jahat’.

“Jangan menipu lagi,” nasihatnya.

Haa…selepas ini pasti si anak akan berfikir banyak kali sebelum mempermainkan bapanya kan!

Jom saksikan…  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

    1606

    ANDA tahu kerusi boleh laras yang anda duduk mengalami kerosakan jika ia tiba-tiba menjadi semakin rendah daripada ketinggian asalnya.

    Namun, itu bukanlah masalah besar jika ia berlaku di pejabat atau rumah kerana anda boleh menukarnya kepada kerusi lain bila-bila masa sahaja.

    Tetapi apabila situasi tersebut terjadi kepada pengacara sebuah program Korea, Kim Jae Won sewaktu sedang bersiaran secara langsung di televisyen, dia tidak dapat melakukan apa-apa selain pasrah dengan apa yang berlaku.

    Biarpun menyedari dirinya semakin ‘tenggelam’, dia cuba untuk tidak mengendahkannya sehinggalah rakan pengacaranya, Kim Sol Hee menegurnya secara spontan.

    “Kenapa awak jadi semakin rendah,” tegur Sol Hee sekaligus menyebabkan Jae Won tidak dapat menahan ketawanya.

    “Badan saya mungkin terlalu berat untuk kerusi ini,” jawabnya.

    Rakaman lucu itu kemudiannya dimuatnaik ke laman YouTube dan sehingga kini sudah ditonton lebih sejuta kali oleh netizen. – MYNEWSHUB.CC

    Oleh: Elza

    1285

    PENGELUAR kenderaan Ford baru-baru ini mengeluarkan iklan komersial menarik yang memaparkan adegan blind date beberapa lelaki bersama seorang wanita cantik yang dirakam secara rahsia.

    Sebenarnya wanita cun tersebut merupakan pemandu lagak ngeri profesional.

    Selepas berbual seketika dalam sebuah kafe, pasangan ini keluar dan menaiki sebuah kereta Ford Mustang edisi 2015 yang baru.

    Pada mulanya, wanita di dalam video tersebut memberitahu dia tidak pandai memandu kereta manual.

    Kemudian, apabila lelaki itu mulai bosan, dia mula menunjukkan skill ‘mautnya’.

    Haa…jelas sekali brader-brader ini tak tahu yang mereka sedang di-prank  dan video ini menunjukkan masalah utama lelaki apabila ber-dating……suka tunjuk pandai pada perempuan! Heh..

    Selamat berhibur. – MYNEWSHUB.CC

    Oleh: hzqahmd

      1836

      Tanyalah kepada sesiapa yang bergelar suami, pasti saat melafazkan akad nikah adalah antara saat yang cukup mendebarkan dalam diri mereka.

      Apa tidaknya, hanya dengan lafaz ‘aku terima nikahnya’, si lelaki sudah bergelar suami, sekaligus mengambil alih tugas bapa si isteri.

      Dek kerana itulah, ramai yang ‘tersangkut’ semasa lafaz akad nikah sehingga terpaksa mengulanginya sekali lagi.

      Menerusi video yang kami kongsikan ini, seorang pengantin lelaki dari negara jiran, Brunei Darussalam berdepan dengan detik lucu apabila tersilap  menyebut nilai mas kahwinnya sebanyak B$3 (disebut tiga ringgit)  sedangkan jumlah sebenarnya ialah B$300.

      Haha…memang tergelaklah tetamu dibuatnya!

      Tak mengapalah, anggap saja ia kenangan manis untuk diceritakan kepada anak-anak nanti, betul tak? – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      2946

      JIKA ibu bapa lain mengabadikan foto keluarga mereka di studio, suri rumah merangkap jurugambar sambilan, Anna Angenend, 23, dari San Antonio, Texas punyai cara tersendiri untuk merakam gambar keluarganya.

      Menjadikan rumahnya sebagai set, Anna telah merakam siri foto lucu yang dinamakan ‘Kehidupan Ibu’ dengan menjadikan anak perempuannya, Mia, 2, sebagai subjek utama.

      Berkahwin pada usia 19 tahun, Anna dan suaminya, Ryan, menganggap Mia sebagai satu keajaiban dalam hidup mereka.

      “Berada di rumah 24 jam sehari bersama-sama dengan anak kecil  memberi begitu banyak inspirasi untuk saya.

      “Sesi fotografi pertama yang saya lakukan begitu menyeronokkan, jadi saya terus melakukannya.

      “Mia hanya melalui zaman kanak-kanaknya sekali sahaja dan saya mahu memberikan yang terbaik untuknya,” kata Anna.

      Jom saksikan siri foto menarik yang dirakamkan oleh Anna di bawah ini..

      anna 1

      anna 5

      anna 8

      anna 7

      anna 6

      anna 4

      anna 3

      anna 2

      Kompilasi Video Lucu Kanak-Kanak

      Oleh: ELZA

      1027

      MUSIM persekolahan yang baru bermula menyaksikan ramai ibu bapa memuatnaik gambar dan video gelagat anak mereka, terutama yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah.

      Adik kecil yang dirakamkan dalam video ini adalah antara murid yang menceritakan pengalamannya di sekolah kepada bapanya.

      Apa yang lucu, dia mempunyai definisi tersendiri mengenai ‘cikgu yang baik’ dan ‘cikgu yang garang’.

      Katanya, kalau cikgu garang, bunyinya begini: “Heiii duduk!” kalau cikgu baik pula: “Duduk sayanggg…”

      Amboi, pandai kau dik…haha! – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      1138

      SEKARANG kalau disebut saja nama penyanyi Singapura, Taufik Batisah, pasti terngiang-ngiang di telinga lagu terbarunya yang cukup popular iaitu ‘Awak Kat Mana’.

      Lagu tersebut bukan sahaja menjadi kegilaan orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak kerana iramanya yang begitu ‘catchy’.

      Ternyata adik dalam video yang kami kongsikan ini adalah antara peminat lagu tersebut.

      Bukan main teruja dia menari sambil menyanyikan lagu yang cukup berhantu itu.

      Nak tahu apa kesudahannya? Jom saksikan! – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      1364

      Alahai…comel sungguh gelagat si kecil ini yang begitu bersemangat memakai pakaian seragam sekolah meskipun belum ‘cukup syarat’ untuk masuk darjah satu.

      Alkisahnya, kakak kepada si kecil ini mendaftar masuk darjah satu, semalam.

      (Baca: Apa Sebenarnya Kisah Murid Sekolah Galas Kotak?)

      Mungkin kerana teruja melihat si kakak, adiknya juga mahu memakai pakaian seragam yang sama.

      Lucunya, dia juga menghisap turut menghisap puting kosong sewaktu berada di sekolah kakaknya.

      Gambar si kecil itu sekelip mata menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial dan rata-ratanya meluahkan perasaan ‘geram’ tatkala melihat aksinya.

      Sabarlah ya dik…nanti akan tiba juga masanya untuk adik masuk darjah satu.

      Dua lagi gambar ini turut dikongsi oleh saudara-mara si kecil  ini menerusi ruangan komen di Facebook. Oh, comelnya! – MYNEWSHUB.CC

      Gambar Viral Si Kecil Pakai Baju Sekolah Sambil Hisap Puting

      *Kredit foto: Nur Zaida Natasha

      Gambar Viral Si Kecil Pakai Baju Sekolah Sambil Hisap Puting

      *Kredit foto: Aidil Adha

      Oleh: ELZA

      919

      HAHA! Tergelak besar kami tatkala membaca notis arahan seorang bos kepada para pekerjanya ini.

      Tulisnya:

      “Semua pekerja tolong lapor diri di kaunter semasa waktu kerja/rehat/keluar daripada tempat kerja walaupun 10 min. (Tolong maklum di kaunter). Jika sesiapa mengingkari arahan kemungkinan akan dibuang kerja atau digantung sampai mati atau gaji & pangkat akan diturunkan…”

      Amboi, ganas sungguh bos ini ya.

      Ini mesti kes pekerja selalu keluar lama-lama tapi tak maklumkan pergi ke mana, betul tak?

      Walaupun ada selitan lawak di situ, jangan ambil ringan ya pekerja-pekerja semua.

      Nanti betul-betul dibuatnya, naya korang! - MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      987

      KAMI tak sangka rupa-rupanya rakyat China mempunyai stereotaip tersendiri terhadap kaum wanitanya.

      Menerusi video yang dimuatnaik di laman YouTube ini, wanita China terbahagi kepada tiga kategori iaitu wanita Hong Kong, tanah besar dan kelahiran Amerika yang digelar ABC (American born Chinese).

      Wanita Hong Kong digambarkan sebagai terlalu cerewet dan memilih, manakala gadis tanah besar dikatakan mampu ‘mengosongkan’ poket lelaki.

      Pada masa sama, wanita China kelahiran Amerika pula lebih terbuka dan  tidak kisah walaupun makan di restoran makanan segera.

      Wah, berani juga si pembikin video ini…

      Wanita China Hong Kong dan tanah besar tak kecil hati ke? Opss! - MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      777

      SUSULAN perkhabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangkiti virus E.Coli, ada pihak nampaknya tidak sabar-sabar mahu menggunakan isu tersebut sebagai bahan untuk menyindir beliau.

      (BACA: Najib Dijangkiti E.Coli, Pantau Bantuan Banjir Dari Rumah)

      Namun, sindiran berunsur pertanyaan oleh individu bernama Abu Bakar ini akhirnya memakan diri apabila dia tersilap menyamakan E.Coli dengan virus Ebola yang menular di Afrika Barat tahun lalu.

      Lucunya, si penyindir juga sengaja menyelitkan ‘isu jet’ dalam ayat sindirannya itu.

      Bagaimanapun, mujurlah tidak semua orang punya pemikiran singkat sekaligus tolong betulkan kesilapan bodoh lagi memalukan yang dilakukannya.

      Haa…lain kali kalau nak menyindir jangan terburu-buru ya. Tak pasal-pasal dapat malu setepek! -MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      1081

      OH, comel sungguh melihat aksi dua beradik dalam video yang dimuatnaik oleh bapa mereka menerusi akaun Facebook ini.

      Si kakak dirakam memarahi adik kerana memukulnya sambil mempersoalkan apa kesalahannya hingga dibuat begitu.

      “Apa salah kakak?? Bukan kakak buat Harraz!” marahnya.

      Si adik pula mempamerkan wajah seolah-olah bersalah dengan apa yang telah dilakukannya.

      Si kakak kemudiannya menyuruh adiknya supaya meminta maaf kepada ibu dan juga dirinya.

      Lucunya, si adik mengikut saja kemahuan si kakak sebelum kedua-duanya saling berpelukan.

      Kami tabik kepada ibu bapa mereka kerana berjaya menerapkan nilai kasih-sayang dan kemaafan dalam diri anak mereka.

      Harapnya hubungan rapat antara kedua-dua adik beradik ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.. – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      1297

      Bencana banjir teruk yang melanda beberapa negeri di negara kita secara tidak langsung menyaksikan ribuan netizen menjadi ‘wartawan tak bertauliah’ menerusi maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial.

      Bagi kami, walaupun ada sesetengah maklumat yang disampaikan tidak sahih, namun banyak juga yang tepat dan sangat membantu khususnya dalam mengenalpasti lokasi dan bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir.

      Tapi, dalam banyak-banyak video laporan berita yang kami tonton, inilah rakaman yang kami kira paling unik.

      Tak kisahlah jika anda kata dia kuat berangan, tapi ‘wartawan’ ini kami kira memang cukup berbakat dalam melaporkan kejadian dari lokasi sebenar.

      Mungkin pihak TV3 boleh pertimbangkan dia untuk menjadi wartawan selepas ini.

      Tak percaya? Jom tonton…! – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      1470

      Lucu ada, sedih pun ada apabila membaca status dan gambar yang dikongsikan oleh Ustaz Rosli menerusi akaun Facebook Khalil Yunus.

      Alkisahnya, sewaktu sesi pengagihan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) Tendong di Pasir Mas, tiba-tiba datang beberapa individu berbaju kurung.

      Mereka berlari pantas untuk mengambil bekalan makanan yang diagihkan.

      Namun, apa yang mengejutkan, individu yang berbaju kurung itu rupa-rupanya LELAKI. Haha!

      bj kurung 2

      Bak kata orang, kalau sudah terdesak, apa saja pun sanggup disarung ke tubuh.

      Itu lebih baik daripada menahan kesejukan akibat pakaian yang sudah basah lencun dek air bah.

      Pada masa yang sama, Ustaz Rosli turut memberitahu  masih banyak pusat pemindahan masih kekurangan bekalan makanan kerana kesukaran untuk menghantar bantuan melalui jalan darat. – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      1282

      Ternyata bukan mudah untuk bayi lelaki bernama Landon ini menyesuaikan diri dengan kehadiran adik-beradik baru dalam keluarganya.

      Lebih memeningkan kepala, mereka merupakan pasangan kembar seiras!

      Berkali-kali dia menoleh ke arah kedua-duanya, seakan-akan tak percaya dengan persamaan wajah mereka.

      Pada masa sama, dia turut memandang ke arah kamera seolah-olah mahukan penjelasan daripada ibu-bapanya.

      Rakaman video menunjukkan reaksi Landon yang keliru itu berjaya menarik tontonan lebih 10.5 juta kali di laman YouTube.

      Jom saksikan gelagat si comel ini… – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

       

       

      1247

      BENGANG tak kalau kita menghantar pesanan teks ringkas dengan harapan penerima itu akan membalas secepat mungkin tapi dia buat dekkk jer….

      Mungkin gambar screenshot dibawah memberi kita idea agar pesanan kita akan dibalas secepat mungkin.

      sms

      Eh! Sentap ke? Sape suruh payah sangat balas mesej…hik..hik… :-MYNEWSHUB.CC

      Oleh: KAKAK KAWASAN

       

       

      6660

      Biasanya kita mengenali penyampai berita stesen televisyen TV3 Izwan Azir Saleh sebagai pembaca berita Bahasa Melayu untuk slot Buletin Utama yang ke udara setiap pada pukul 8 malam.

      Bagaimanapun, di laman Facebook beliau, Izwan Azir memaklumkan bahawa semalam beliau melakukan sesuatu yang berlainan daripada rutin sebelum ini apabila terpaksa menjadi bidan terjun membaca berita perniagaan untuk slot Biz World pada pukul 5.30 petang.

      Menurut Izwan, penyampai yang sepatutnya bertugas tiba lewat ke Seri Pentas, Bandar Utama atas sebab-sebab tertentu.

      “Pernah tonton saya menyampaikan berita Inggeris? Mestilah tak pernah sebab tak pernah pun kena buat slot bahasa Inggeris tapi petang tadi saya telah dibidan terjunkan untuk menyampaikan berita Bizworld pada 5.30 petang setelah penyampai asal terlewat tiba atas sebab tertentu.

      IzwanBizWorld_2

      “Berita bahasa Inggeris ini berdurasi lima minit tetapi mengigilnya saya hanya Allah yang tahu. Yelah, tak pernah kan? Slang (gaya) pun tak ada, Jadi apa lagi, kira belasah sajalah!,” katanya dalam status Facebook berkenaan.

      Lebih melucukan, Izwan menggunakan hashtag yang pelbagai dalam menggambarkan emosinya ketika menyampaikan berita dalam slot berkenaan.

      Antara hashtag yang digunakan ialah #cubatry #tv3malaysia #bedalsajalah #taksalahmencuba.

      Yang pasti, Izwan Azir merupakan seorang penyampai berita yang menjadi perhatian ramai di TV3 dan menjadi antara tumpuan jika bertugas menyampaikan slot BU. – MYNEWSHUB.CC

      Oleh : IBNU K

      750

      ALAHAI pakcik…agak-agaklah pandu kereta sampai naik laluan jejantas untuk motosikal.

      Tapi, mungkin kita boleh bersangka baik dan anggap sahaja pakcik ini tersilap.

      Mungkin dia menyangka jejantas itu ‘flyover’ dan hanya menyedarinya sebaik sahaja tiba di selekoh sempit yang sememangnya hanya boleh dilalui oleh motosikal.

      Sudahnya, kereta itu terpaksa diundur semula.

      Gambar ini dikongsikan menerusi Facebook Oh!Media dan kejadian dikatakan berlaku di Sungai Petani.

      Macam-macam perangai…

       

      Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY