Saturday, March 7, 2015
Laman Utama Tags Posts tagged with "porno"

porno

1837

BERLIN — Kisah viral menerusi laman Facebook versi Rusia, VKontakte baru-baru ini benar-benar mengerikan apabila seorang jururawat muda yang juga bekas aktres lucah dari etnik Rusia, Sasha Serova maut dibunuh kejam tentera Ukraine.

Akhbar-akhbar tempatan pada Selasa melaporkan, akaun laman sosial itu menggunakan nama Aid fir Donbas dan tidak jelas sumbernya menyiarkan rakaman Serova, bertugas di barisan hadapan dalam konflik berdarah Ukraine dengan puak pemisah Rusia.

Wanita itu yang bakal menyambut hari lahir ke-27 tahun pada bulan depan, dipercayai ditawan tentera Ukraine di timur negara itu lalu diseret ke sebuah khemah askar Ukraine dan dia diseksa teruk sebelum kepalanya dipenggal dengan kapak.

BACA : Bosan Kerja Di Wall Street, Broker Jelita Ini Jadi Aktres Lucah

Meskipun rakaman video aksi ganas itu merujuk mangsa sebagai Sasha Serova, pentadbir akaun tersebut juga menyiarkan foto wajah seorang perempuan cantik berambut gelap dengan sorotan mata yang agak seksi menggoda kepada lelaki ‘miang’.

Ironi, foto itu amat mengejutkan Sasha Grey (dalam bahasa Rusia: Serova), wanita dalam foto tersebut, kerana bekas pelakon pornografi dengan nama glamor Marina Ann Hantzis masih sihat dan kini menetap di California, Amerika Syarikat!

Rupa-rupanya itu adalah propaganda Rusia dan bukanlah rahsia lagi konflik perang saudara di Ukraine menyebabkan stesen televisyen negara itu sering menyiarkan drama bertema polis dengan watak si penjahat biasanya mesti muka orang Ukraine.

Program siri penyiasatan menerusi televisyen Rusia bahkan akhir-akhir ini menggambarkan orang Ukraine sebagai pembunuh, perogol dan pencuri bagi menyaingi propaganda Barat yang selalu memberi imej watak Rusia sinonim dengan karakter jahat.

BACA : Aktor Wajib Pakai Kondom, Industri Filem Porno California Terjejas

Serova dalam pada itu hanya menyedari dia ‘mati dibunuh’ setelah melihat lebih 7,000 like dan kira-kira 1,000 komen menerusi laman sosial VKontakte, sebelum bergegas mengirim mesej pencerahan melalui akaun Twitter milik dirinya sendiri.

“Saya mencintai jutaan peminat saya di seluruh Rusia, tetapi propaganda kali ini sudah pergi terlalu jauh,” jelas Serova yang pernah membintangi filem porno terkenal berjudul Nurses mengisahkan aksi ‘panas’ jururawat seksi pada 2009 lalu.

Dia yang telah membintangi 171 filem lucah, malah memenangi banyak anugerah antarabangsa antaranya Best Group Sex Scene pada 2007, Best Oral Sex pada 2008 dan Best Anal Sex pada 2010; nyata amat marah dengan ‘perang saraf’ Rusia itu.

Akhbar berpengaruh Jerman, Die Welt pada 2013 pernah menyiarkan artikel dengan merujuk Serova sebagai ‘wanita paling kotor di dunia’ susulan tindakan beliau bersara daripada industri pornografi global mulai tahun tersebut.  — Agensi

BACA : Industri Filem Porno Jepun Alami Kekurangan Pelakon Lelaki

1353

The incident happened on a Jetstar plane. Picture: Jetstar Airways

TOKYO – Seorang penumpang wanita syarikat penerbangan tambang rendah Australia, Jetstar mengalami pengalaman paling ngeri ketika duduk di samping seorang lelaki mabuk warga Jepun berusia 50 tahun baru-baru ini.

Akhbar tempatan pada Selasa melaporkan, mangsa yang enggan dikenali memberitahu teman lelakinya, Nathan Paterson, 29 tahun, dia dicabul sebelum suspek melancap tanpa sebarang tindakan pun daripada anak-anak kapal Jetstar.

Kejadian malang itu berlaku ketika pesawat Boeing 787-8 milik anak syarikat penerbangan kebangsaan Qantas dalam perjalanan dari Narita Tokyo pukul 11.25 pagi sebelum mendarat di Gold Coast, Australia pukul 8.03 malam.

Paterson mendakwa, warga emas tersebut mulanya meraba-raba tubuh teman wanitanya dari bahu sehingga ke paha sebanyak dua kali akibat mabuk minum enam botol minuman keras setelah pesawat penerbangan JQ12 itu berlepas.

BACA : Dicekup Melancap, Raba Wanita Dalam Tren Bawah Tanah

Tidak tahan dengan gelagat pencabulan itu, Paterson yang menghidu bau alkohol tersebut segera meminta krew kabin mengambil kesemua botol minuman berkenaan menyebabkan suspek tidak meneruskan lagi aksi seks lebih ganas.

Dia menyangka lelaki Jepun tersebut sudah kembali ‘sopan’ namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila suspek mengeluarkan sebuah majalah lucah tempatan dan mula menonton banyak foto ‘ranjang panas’ di laptop peribadi.

“Ketika dia khusyuk baca majalah porno itu, warga Jepun tersebut melorotkan seluar panjang hingga ternampak seluar dalamnya. Dia masukkan tangan dan mula melancap zakar selama 3 jam sampai terpancut air mani,” jelas Paterson.

Bimbang akan muncul masalah lebih buruk, Paterson dan kekasihnya cuba berpura-pura tidak nampak bagi mengabaikan aksi pelancapan tersebut tetapi mendakwa, krew pesawat JQ12 yang lihat kejadian itu tidak berbuat apa-apa pun.

Tiba di Gold Coast, pasangan kekasih Australia itu segera membuat laporan di balai polis lapangan terbang dan suspek yang tidak didedahkan identitinya itu berjaya ditahan pihak berkuasa untuk menjalani siasatan lebih lanjut.

Dia kemudian dihadapkan ke sebuah mahkamah Australia dan mengaku bersalah atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh ketika dalam pesawat dengan dikenakan hukuman denda sebanyak A$2,125 (RM6,018) sahaja.

Paterson yang kesal dengan insiden itu hairan kru Jetstar sangat teruk dalam menangani masalah tersebut walaupun syarikat penerbangan berkenaan kemudian memasukkan nama warga Jepun itu dalam senarai daftar ‘dilarang terbang’.

Jetstar dalam pada itu memohon maaf kepada dua penumpang berkenaan dan akan melakukan penyiasatan dalaman terhadap anak kapal JQ12 yang didakwa berbuat ‘bodoh’ sepanjang kejadian separa lucah tersebut. – Agensi