Wednesday, July 29, 2015
Laman Utama Tags Posts tagged with "tpm"

tpm

402

TAN Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Tempat beliau digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa esok.

Najib turut melahirkan penghargaannya terhadap Muhyiddin di atas bakti yang dicurahkan beliau.

“Keputusan menggugurkan Muhyiddin adalah satu keputusan yang sukar, tapi ia harus diambil demi memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum PRU14,” kata Najib di Putrajaya.

Selain Muhyiddin, menteri yang digugurkan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dipegang Datuk Seri Shafie Apdal dan portfolio beliau digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Datuk Seri G.Palanivel yang memegang tampuk sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar turut digugurkan dan tempat beliau kini digalas Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut menyaksikan perubahan apabila Datuk Seri Hasan Malek ditukarkan dengan Datuk Hamzah Zainuddin.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga menyaksikan perubahan apabila Najib mengumumkan jawatan yang dipegang Datuk Dr Ewon Ebin semenjak 2013 diganti dengan Datuk Wilfred Madius Tangau.

Selain itu, jawatan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri digantikan dengan Datuk Mohd Johari Baharum. – MYNEWSHUB.CC