`Dating’ 75 Lelaki Dari 22 Negara Demi Mencari Mr Right

Melbourne – Demi mencari `putera idaman’ seorang wanita mengembara ke 22 negara dan keluar berdating dengan 75 lelaki selama tiga bulan. Semuanya adalah demi misi mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan.

Bagi Bambi Smyth, 55, sepanjang pengembaraan ke seluruh dunia itu, dia bertemu lelaki melalui `blind date’.

Antara lelaki yang ditemuinya adalah putera raja Itali, gigolo dan paderi.

“Saya ingin mengenali ramai lelaki namun ada kalanya saya hanya mempunyai masa sehari di sesebuah negara jadi saya hanya bertemu dengan dua ada tiga lelaki sahaja.

“Ia agak sukar namun menarik,’’ katanya dengan lelaki ke-75 yang ditemuinya berasal dari Itali dan dikenali sebagai Stefano sebagai lelaki yang berada di kedudukan teratas dalam misi mencari Mr Right.

“Stefano merupakan lelaki yang paling menakjubkan yang pernah saya temui. Dia seorang arkitek dan baik hati, menarik serta amat memahami,’’ katanya.

Bagaimanapun ujarnya sepanjang pengembaraannya itu, ia bukan sesuatu yang mudah, seperti yang dijangkakannya.

“Ada seorang lelaki di Hungary yang menawarkan untuk memasak makan malam di apartmentnya yang kecil itu.

“Ketika dia sedang memotong ayam, dia memberitahu saya bahawa saya sesuai menjadi pembunuh upahan kerana saya pandai memotong ayam dengan kemas dan bersih.

“Ketika itu saya menggeletar kerana takut dan hanya Tuhan yang mengetahui perasaan itu,’’ katanya.

Meskipun Smyth masih belum bertemu pasangan hidupnya, tetapi dia tidak menyesal mengembara ke seluruh dunia dan bertemu 75 lelaki.

Loading...