UNIK..Bas Lama Diubah Jadi Bilik Hotel Di Pantai Klebang

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, ini mungkin boleh diletakkan dalam senarai salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi.

Ia terletak di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Salah satu tarikan di Melaka yang wajib anda kunjungi ialah Pantai Klebang lagi-lagi tempat ini cukup popular dengan minuman terkenal iaitu Klebang Original Coconut Shake.

Namun cerita ini bukan pasal kelazatan coconut shake tetapi mahu memberitahu tentang kewujudan hotel paling ‘rare’ di Malaysia yang terdapat di sini.

Apa yang ‘rare’ ialah hotel -hotel ini merupakan sebuah bas!

1508196_1486739414876196_311514124644851765_n

10394582_1486739424876195_1135319942857475355_n

10433788_1494769664073171_1269864417007855092_n

DSC_1318
Dikenali sebagai BUSTEL atas gabungan perkataan Bus + Hotel, ia merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

BUSTEL mempunyai 32 bilik dan 1 kafe.

Setiap bas di dalamnya terdapat 2 bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan katil, penghawa dingin, televisyen dan tandas.

10481469_1532624316954372_533718334544798351_n

10665702_1532624513621019_4020100094722341378_n

TV-bustel

Menginap di dalam BUSTEL ini pastinya mampu menggamit nostalgia kerana bas yang diubahsuai untuk menjadi hotel ini adalah bas-bas lama.

Mesti anda tertarik keunikan bas ini kan?

Bagi sesiapa yang berminat bolehlah datang ke Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang untuk mencubanya.

10660318_1527018030848334_5458063529907803648_n

Bustel-Dan-Kafe-Bas-Tarikan-Terbaharu-Di-Pantai-Klebang

DSC_1316

10574324_1514222748794529_6320444112151954645_n

10372581_1488524508031020_8941419773384232756_n

Harga penginapan BUSTEL biasanya antara RM80 hingga RM120, boleh dikatakan murah bagi merasai satu pengalaman yang luar biasa bukan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Farah R

 

Loading...