Samsung Galaxy Note Hadir Berwarna Merah Jambu

Samsung Malaysia pada bulan ini telah menambah sebuah lagi warna penawaran untuk Galaxy Note 4 di Malaysia, iaitu merah jambu.

Sekaligus dilihat lebih ditujukan kepada para pengguna wanita di Malaysia yang gemarkan warna tersebut.

Samsung Galaxy Note 4 telah diperkenalkan pada bulan Oktober lepas, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan Quad HD Super AMOLED, cip pemprosesan empat-teras dan kamera belakang 16-megapixel OIS.

Seperti biasa, Samsung melengkapkan sejumlah fungsi menarik pada peranti ini, terutamanya memfokuskan kepada penggunaan S-Pen untuk pengambilan nota dan juga lakaran.

Galaxy Note 4 ini juga dilengkapi dengan sokongan rakaman Wide-Selfie, selain menawarkan fungsi Power Saving Mode untuk masa penggunaan yang lebih lama.

Samsung Galaxy Note 4 berwarna merah jambu ini boleh didapati melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM2499.

Selain Galaxy Note 4 berwarna merah jambu, pihak Samsung juga telah mula menawarkan Galaxy Note Edge yang menawarkan skrin melengkung pada bahagian tepi bermula hari ini di Malaysia.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=Tv7C4e8thv0

Loading...