VIDEO: Konsert Makin Hampir, Siti Kongsi Latihan Di Instagram

SELANG tiga hari sebelum persembahan berskala besar di konsert unplugged pertamanya, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dilihat gigih melakukan latihan.

Melalui laman Instagram, Siti dilihat berkongsi beberapa video pendek berkenaan persiapan rapinya terutama dari sudut vokal kerana semua sedia tahu, konsert unplugged lebih mengutamakan mutu suara dari instrumen muzik.

Antara lagu yang menjadi pilihan penyanyi dari Kuala Lipis, Pahang itu untuk disampaikan adalah lagu dari album terbaharunya, Fragmen.

Practice!practise! Practice… #unplugged2015 #kausgtbererti

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Selain itu, beliau turut membuat tribute kepada penyanyi lain termasuk Suhaimi Meor Hassan apabila memilih lagu evergreen, Epilog Cinta Dari Bromley yang diberikan nafas baru.

https://instagram.com/p/0-alQArQrB/?taken-by=ctdk

Tiket konsert tersebut yang telahpun sold out bakal diadakan pada Selasa depan bertempat di Istana Budaya.

Dalam pada sibuk membuat persiapan rapi bagi menghadapi konsert sempena ulang tahun ke-20 nya dalam industri muzik, Siti sempat melakukan latihan bersama-sama penyanyi Dayang Nurfaizah bagi persembahan duet mereka di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, esok.

Rehearsal #abpbh2014 bersama @ctdk @abpbh2014

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Menjenguk ruang instagram Dayang, penyanyi itu mengemaskini entrinya dengan memuatnaik foto bersama Siti ketika latihan dibuat.

Menurut sumber, kedua-dua mereka akan mendendangkan beberapa lagu bagi segmen tribute namun butiran lanjut tidak didedahkan.

– MYNEWSHUB.CC

Satu Konsert Siti Nurhaliza Di Istana Budaya

Loading...