Mahasiswi Cun Tak Malu Jadi Pembersih Stesen Keretapi

KALAU dilihat daripada wajahnya yang cantik menawan memang tak sukar untuk si gadis ini bergelar seorang model mahupun pelakon.

Namun, demi mencari wang bagi membayar yuran pengajiannya, seorang mahasiswi cantik sanggup bekerja menjadi pembersih di stesen kereta api di Medan, Indonesia.

Pekerjaan yang dianggap tidak cool dan kotor bagi sesetengah anak muda ini menjadi pilihan Duma Mariana yang nyata tidak malu dengan pekerjaan yang dilakukannya.

gadis1

Duma bertugas membersihkan kawasan sekitar stesen tersebut dan juga mencuci bilik air yang disediakan di premis kereta api itu.

Baguslah jadi macam mahasiswi ini yang sanggup berusaha keras mencari rezeki halal begini daripada mengikut cara mudah tapi ‘kotor’ dan haram kan.

MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=_Kuc3CO3KGU

Oleh: JASMIN

Loading...