Demonstrasi Jalanan Perlekeh Penggunaan ‘Hijab’ Di Indonesia

ISLAM tidak pernah melarang golongan wanita untuk berfesyen dan mengikuti aliran terkini di dalam cara pemakaian berhijab.

Setiap wanita itu hendaklah memastikan dirinya menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

Bagaimanapun, dek kerana ‘kesenian’ dan kegilaan di dalam berfesyen, rata-rata wanita kini mungkin kelihatan seakan mengenakan hijab hanya kerena ianya cantik.

Baru-baru ini, menjadi viral sekeping gambar di media Indonesia yang memaparkan sekumpulan lelaki mengenakan tudung sambil mengenakan pakaian skirt pendek lagi ketat.

Tujuannya adalah tidak lain dari mempersendakan golongan-golongan wanita Islam yang bertudung tetapi tidak mengikut syarak dengan sepenuhnya.

Namun, mungkin niat yang ingin disampaikan oleh mereka adalah demi memberi kesedaran namun adakah mereka sedar akan merekalah yang seakan memalukan diri?

Jika dilihat kepada gambar, rata-ratanya menggunakan skirt yang menampakkan bahagian betis yang sudah terang-terangan adalah aurat.

Apakah ini merupakan pendekatan terbaik bagi memupuk kesedaran terhadap golongan-golongan wanita di Indonesia?

Bagi kami, perkara seperti ini bukan sahaja mencemarkan imej Islam, malah mungkin akan mendatangkan sedikit kekecohan sekiranya terdapat pihak yang mula campur tangan apabila memainkan isu sensitiviti berkaitan agama.

Sejujurnya,apa yang ingin ditunjukkan oleh mereka ini adalah perbuatan yang boleh kami katakan agak sia-sia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=zC3NDjt3L-Q

Loading...