Nad Zainal Enggan Balas Dakwaan Bekas Pengurus

SUSULAN pendedahan yang dibuat oleh bekas pengurusnya, Alog Zuren, aktres Nad Zainal enggan membalas kenyataan yang telah dibuat oleh individu terbabit.

Menurut Nad, kenyataan yang dibuat Alog itu adalah kerana salah faham semata-mata dan meminta agar tiada pihak mudah melenting kerana beliau tidak menyebut sebarang nama sewaktu membuat pendedahan mengenai individu yang telah melarikan wang miliknya.

Memetik BH Online, Nad berkata, “Kalau boleh saya enggan mengulas lanjut berhubung hal ini kerana ia adalah salah faham semata-mata dan ada pihak yang cepat melenting.”

“Saya tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa kerana bukan saya yang mencari wartawan sebaliknya mereka yang mengajukan soalan berhubung isu itu. Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka ia menjadi isu berbangkit.

“Saya tidak akan melatah dan membalas kenyataan yang dibuat oleh dia (bekas pengurus). Banyak yang perlu saya uruskan dan saya tiada masa untuk memanjangkan isu ini,” katanya.

Sebelum ini, Alog Zuren mendedahkan Nad pernah membawa teman lelakinya masuk ke bilik di rumah sewa Alog selain mendakwa aktres anak jati Kuala Lumpur itu seorang yang sebenarnya sombong dan enggan melayani peminatnya.

Perkara itu dibuktikan menerusi sebuah video ketika Nad menghadiri program amal di sebuah rumah anak yatim, yang mana memperlihatkan sikap tidak ‘senonoh’ Nad yang duduk terkangkang selain tidak melayani adik-adik penghuni rumah kebajikan terbabit. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=NAjYW5KbZM0

Loading...